Emas Sebagai Simpanan? (Pengalaman Saya)

Emas sebagai simpanan atau pelaburan? Mesti ramai yang keliru. Simpan emas ke melabur emas?

Saya bukan pakar dalam kewangan. Saya juga bukan pakar dalam bidang emas. Apatah lah dalam mana-mana pelaburan.

Cuma setakat pengalaman saya menyimpan emas sejak dari tahun 2011 hingga sekarang.

Ini saya kongsikan tips dan pengalaman saya dari tak tahu langsung tentang emas.

Hinggalah saya sekarang mampu duduk rumah sahaja (tak kerja, tapi ada duit), asbab saya mula menyimpan emas 10 tahun dulu.

(1) Aset Fizikal Mampu Milik

Rasa macam tak percaya, waktu saya belajar dulu. Dalam tempoh 4 tahun, saya mampu wujudkan simpanan sebanyak 20 Dinar emas.

20 Dinar ketika saya tamat belajar sekitar RM11k.

Memang lah sebab saya dapat biasiswa. Tapi, majority kawan-kawan saya yang lain pun dapat biasiswa. Tetapi, tak ramai yang ada simpanan sebanyak tu ketika tamat belajar. 

Saya ringkaskan.

Emas ni aset fizikal mampu milik. Ketika itu saya mampu menyimpan sekitar 1 Dinar setiap semester.

Kalau sekarang lebih mudah. Ada bajet RM100 pun dah boleh mula simpan emas. Dengan cara akaun emas fizikal GAP.

(2) Menutup Nafsu Boros Berbelanja

Waktu saya sebagai seorang engineer dulu. Setiap kali dapat gaji, saya tukarkan siap-siap duit gaji saya kepada minimum 1gram emas.

Maklumlah, kerja sebagai seorang engineer kilang sawit ni. Kita antara orang berpangkat tinggi dalam kilang selepas manager.

Jadi, kawan-kawan pun sama.

Tambah lagi senior-senior yang income lebih 2 kali ganda dari kita. Tabiat berbelanja juga agak tinggi bila kita setiap hari bersama mereka.

Oleh itu, untuk kawal tabiat berbelanja berlebihan. Saya paksa diri tukar kepada emas dulu, lebihnya baru berbelanja.

Bila tiba hujung bulan. Tengok duit dalam akaun bank dah berkurang. Bila kawan-kawan ajak lepak, pandai-pandailah saya undur diri.

Walaupun nampak tidak ada duit dalam akaun. Tapi, saya ada emas, yang menyembabkan simpanan saya kekal bertahan dan bertambah setiap bulan.

(3) Emas Senang Ditukar Kepada Tunai

Pernah sekali. Waktu hujung bulan. Kucing saya demam. Walaupun kucing kampung, saya kesian. Saya perlu hantar kucing-kucing saya tu ke klinik.

Nak hantar ke klinik haiwan swasta ni kosnya tak murah juga. (Dengan situasi saya yang baru bekerja).

Nak korek tabung haji? Memang tak sempat.

Duit dalam bank tinggal cukup-cukup untuk makan je.

Tapi, saya ada emas. Pagi tu juga saya bawak emas saya yang keping-keping dalam kad tu. Bawak ke Pos Ar Rahnu Tawau, dalam masa 15minit juga saya dapat cash.

Dengan cash tersebut.

Saya gunakan sebagai belanja untuk rawatan kucing saya di klinik. Tapi, tak lama lepas tu kucing saya mati juga sebab demam. Huhu

(4) Nilai Emas Terjamin Dalam Jangka Panjang

Saya pernah ceritakan tentang sebuah keluarga yang bergaduh tentang harta peninggalan ibu mereka. Itu juga kisah tentang nilai emas kekal bernilai dalam tempoh 10 tahun.

Namun, ini fakta bahawa nilai emas kekal dalam tempoh lebih 1000 tahun.

Zaman Nabi Muhammad dahulu. Sekitar 1400 tahun lalu. Satu Dinar emas boleh dibayar untuk dapatkan seekor kambing yang sihat, dan dewasa.

Sekarang ini, cuba dicongak balik. Harga satu Dinar sekitar RM1100. Masih valid untuk dapatkan seekor kambing kan?

Dalam sudut yang lain.

Aset emas membuktikan nilainya tidak akan jatuh menjadi kosong. Walau sudah beribu tahun lamanya tempoh disimpan. 

Macam mana dengan aset kertas seperti saham, atau wang ringgit? Sedangkan hartanah pun boleh musnah dalam tempoh lebih 100 tahun bukan?

(5) Kekayaan Di Tangan Kita

Bila simpan emas, kekayaan sebenar adalah di tangan kita sendiri. 

Jika hari ini kita simpan 1kilogram emas yang bernilai sekitar RM250k (mampu membeli sebuah rumah kos senderhana di area KL Selangor).

Maka kekayaan kita yang bernilai sebiji rumah itu tetap kekal selama-lamanya, jika simpan dalam bentuk emas.

Masih kurang jelas?

Saya bagi satu contoh. Gambar dibawah ini gambar duit syiling RM1. Masih ingat?

Sekarang ini bank negara telah gazetkan bahawa duit syiling ini tidak lagi sah laku sebagai duit. Ia hanyalah sekeping logam biasa, yang tidak mampu lagi digunakan sebagai mata wang.

Tambah lagi. Ketika krisis kewangan dunia 1997, ringgit Malaysia jatuh sehingga 50% setahun selepas kejadian itu.

Dan sampai sekarang, ringgit Malaysia masih mengalami kejatuhan kekal sehingga 30% berbanding USD.

Jadi, hakikat yang sebenar.

Kita simpan duit banyak-banyak dalam bank ataupun di dalam rumah. Sebenarnya kekayaan tersebut bukan di tangan kita. Tetapi, kekayaan tersebut di tangan kekukuhan ekonomi sesebuah kerajaan.

Hafiz
Kota Bharu, Kelantan
9 December 2021

Artikel Berkaitan

ASB dan Emas Untuk Tahun 2023. Yang mana lebih untung?

Selepas ASB mengumumkan pengagihan keuntungan sebanyak 5.25% tempoh hari, ramai yang telah berkira-kira untuk tukarkan sebahagan keuntungan dividen ASB kepada emas. Dan tak kurang juga yang masih buat perbandingan antara ASB dan emas, mana yang lebih baik untuk tahun 2023. Dalam tempoh setahun. Sebenarnya, perbandingan antara ASB dan emas untuk tempoh setahun adalah satu perbandingan berat sebelah.

Read More

Adakah Sekarang (2024) Waktu Terbaik Untuk Jual Emas?

1 Dinar ni sekarang, harganya RM1400. Saya beli tahun lepas baru sekitar RM1200. Adakah saya jual emas ni sebab dah untung? Tak! Tapi saya tambah lagi simpanan emas saya. Sebab, kalau tukar 1 Dinar emas ni kepada duit (jual emas), ibarat saya downgrade aset saya.Waktu Terbaik Untuk Jual EmasSekarang harga emas antara yang tinggi. Dan sudah

Read More

Elak Miskin Selepas Bersara, Dah Bersedia?

Data dari KWSP, 60% pesara habis wang KWSP selepas 3 hingga 5 tahun sahaja. Ini satu fakta yang mengejutkan. Jadi, selepas dari 5 tahun bersara, ada yang terpaksa bekerja semula demi kelangsungan hidup. Kecuali siapa yang ada sumber income dari duit bersara bulanan macam kakitangan awam. Ataupun, ada juga yang jadikan anak-anak sebagai dana persaraan mereka. Kemana Hilangnya

Read More

Tidak Akan Jatuh Miskin, Bila Ada Emas

Emas kekal bernilai, atau berharga walau apapun bencana ekonomi berlaku. Nilai ringgit jatuh ke, nilai USD jatuh ke, atau sebaliknya berlaku. Nilai emas kekal sama. Memang betul simpan emas ni lambat kaya,  tapi at least, kita tak jatuh miskin secara tiba-tiba.Kuasa Beli Emas, Kuasa Beli Duit KertasDuit kertas sekarang, dicetak tanpa sandaran. Jadi, mana mungkin sekeping

Read More

Berjaya Bayar Hutang RM50k Dalam Masa 3 Tahun

Seorang guru berjaya selesaikan personal loan (hutang peribadi) lebih RM50,000 dalam tempoh cuma 3 tahun, hasil dari simpanan emas. Dengar macam tak logik bukan?Ibarat buat hutang sebiji kereta, dan selesaikan bayaran cuma dalam tempoh 3 tahun, yang biasanya orang lain buat 9 tahun. Bila dah ada ilmu, semua perkara menjadi mudah. Langsaikan hutang dengan tempoh yang singkat mungkin

Read More

Emas Sebagai Simpanan Jangka Masa Panjang

Sebab tidak ada ilmu tentang emas, tidak faham tentang emas. Bergaduh sakan adik beradik, dah hampir 10 tahun putus tali persaudaraan. Cerita ini berlaku kepada saudara saya sendiri. Orang kampung. Bank akaun tidak ada. Nak berurusan dengan bank tak pandai. Membaca dan menulis sikit-sikit saja boleh. Kisahnya bermula apabila ibu mereka meninggal dunia. Arwah Ibu mereka seorang peniaga

Read More