Simpanan Jangka Masa Panjang

Emas Sebagai Simpanan Jangka Masa Panjang

Sebab tidak ada ilmu tentang emas, tidak faham tentang emas. Bergaduh sakan adik beradik, dah hampir 10 tahun putus tali persaudaraan.

Cerita ini berlaku kepada saudara saya sendiri.

Orang kampung. Bank akaun tidak ada. Nak berurusan dengan bank tak pandai. Membaca dan menulis sikit-sikit saja boleh.

Kisahnya bermula apabila ibu mereka meninggal dunia. Arwah Ibu mereka seorang peniaga pasar Siti Khadijah Kota Bharu Kelantan.

Dapat untung berniaga. Beli emas. Mereka ada 3 adik beradik. Semuanya perempuan. Untuk mudah faham. Saya guna nama Kak Long, Kak Ngah dan Su.

Semasa arwah ibu mereka meninggal dunia. Ada peninggal beberapa utas emas. Dan semua adik beradik mereka itu mendapat utas emas sama banyak, dan sama berat.

Kisah ini berlaku 20 tahun lalu, ketika arwah ibu mereka meninggal dunia. Tapi berlanjutan hingga sekarang.

Apabila Kehilangan Ibu Sekitar Tahun 2000

Sebaik sahaja ibu mereka meninggal. Semua utas barang kemas arwah dibahagi sama banyak dengan 3 beradik tadi.

Kak Long, Kak Ngah dan Su dapat beberapa utas emas. Sama banyak. Sama berat.

Sebaik sahaja dapat pembahagian harta itu. Kak Long dan Kak Ngah terus jual emas tersebut. Mereka bawa ke kedai emas. Masing-masing dapat sekitar RM2000.

RM2000 ketika tahun 2000 tu dah banyak. Tambah-tambah lagi. Orang kampung. Kerja kais pagi makan pagi.

Su pulak?

Su tak jual. Dari sudut pendidikan. Su paling rendah. Dia malas nak berserabut. Jadi Su simpan saja dari tahun 2000 hinggalah tahun 2010.

Mula Muncul Hasrat Dengki

Sekitar tahun 2010, anak sulong Su pun dah mencecah umur 20an. Suami Su pula cuma seorang peniaga ikan. Suami Su menjaja ikan dari rumah ke rumah. 

Ketika itu, Su perlukan modal duit untuk menghantar anak sulungnya ke menara gading.

Anak sulongnya mendapat tawaran belajar di UITM Machang.

Untuk beli kelengkapan belajar. Zaman IT sekarang. Su nak belikan komputer kepada anaknya.

Jadi, Su datang jumpa ayah saya (Pakcik mereka), untuk jual emas peninggalan arwah ibunya 10 tahun lalu kepada ayah saya.

Su nak tolak RM3500 je kepada ayah saya. Sebab Su bagitau, kakaknya berjaya jual dengan harga RM2000 sebelum ni. J

Jadi Su minta ihsan dari ayah saya. Untuk bayar emas tersebut dengan harga RM3500 sahaja.

Asalkan boleh guna untuk tanggung kos anak sulongnya masuk Universiti. Itu je.

Terkejut Besar, Macam Mimpi

Harga Emas Jangka Panjang

Perbezaan harga emas tahun 2000 dan 2010

Ayah saya rasa serba salah. Nak ambil terus. Ayah saya tak tahu harga emas semasa.

Tak ambil. Kesian pulak.

Jadi, sebagai inisiatif lain untuk bantu anak saudara. Ayah saya bawak Su ke kedai emas di Pasir Mas. Kedai yang berdekatan dengan rumah.

Bila bawak ke kedai emas.

Tokey kedai emas uji ketulinan. Tokey kedai emas timbang berat emas. Tokey emas tekan-tekan kalkulator, Su dapat jual emas tersebut dengan harga RM13k.

Su terkejut besar. Tangan menggeletar. Mana lah nak simpan duit banyak ni dalam rumah?

Akhir sekali, Su terpaksa tumpang akaun bank ayah saya. Untuk tumpang duit tersebut. Dan beliau minta sikit-sikit bila perlukan duit selepas itu.

Mula Tuduh Menuduh, Asbab Tiada Ilmu

Bila dapat tahu cerita ini. Bila sampai info ni kepada telinga kakak-kakak Su.

Kak Long dan Kak Ngah dah mula syak wasangka kepada Su. Su di tuduh pulak menyorok dan mencuri harta arwah mak sebelum ini.

Dari situ lah mula bergaduhan mereka.

Kak Long dan Kak Ngah mula risik-risik ayah saya. Berapa gram emas yang Su jual? Berapa utas rantai emas yang Su jual?

Bila dicongak-congak.

Oh, semua yang Su jual tu memang sama dengan apa yang mereka terima dulu. Tak lebih tak kurang.

Emas Sebagai Simpanan Jangka Masa Panjang

Apa yang kita boleh belajar dari kisah Kak Long, Kak Ngah dan Su? Banyak kan? Tapi saya fokus bab emas.

Yang pertama,

Siapa-siapa tiada ilmu tentang emas. Siapa-siapa buta huruf, tak pandai menulis hatta tak pandai membaca sekali pun, boleh simpan emas.

Yang Kedua,

Mereka sangat dijadikan emas sebagai simpanan jangka masa panjang. Tanpa perlu rasa risau tentang kehilangan nilai terhadap emas.

Harga emas jangka masa panjang comfirm naik. Disebabkan makin lama, nilai wang kertas semakin menyusut.

Andaikata kita merancang untuk mencari instrumen simpanan untuk 5-10 tahun akan datang, seperti simpanan pendidikan anak. Emas adalah salah satu solusinya.

Begitulah


Hafiz
Kota Bharu Kelantan
8 December 2021

Artikel Berkaitan

>