Selepas taklimat pagi Selasa lepas, saya sempat bersembang sekejap dengan rakan sekerja saya, Fahmi (bukan nama sebenar). Tiba-tiba entah macam mana, Fahmi terkeluar cerita pasal ada seorang member kami beli kereta Honda baru.
Beli kereta baru disebabkan oleh GST dihapuskan dan untuk elakkan dikenakan SST sebelum 1 September 2018 nanti.
Bila keluar cerita pasal kereta, saya memang tak rasa teruja sangat, tapi rakan saya Fahmi pula menunjukkan reaksi untuk turut menukar kereta baru sempena ketiadaan GST dan SST sekarang ni.
Namun, satu ayat yang terkeluar dari mulut Fahmi ni membuatkan saya terkedu,
"Bagus la tu tambah hutang, at least ada motivasi diri untuk bekerja lebih kuat, sebab ada komitmen untuk bayar hutang" kata Fahmi dengan serius. Sebab dia pun ada rancangan untuk tukar kereta baru.
Terus terkeluar dari mulut saya dengan spontan,
"Aduish, lebih baik tak perlu kerja dan tak perlu bayar hutang dari pergi kerja sebab nak bayar hutang", reaksi saya sambil gelak-gelak bergurau (tapi serius dalam hati) dengan Fahmi.
Perbualan kami berhenti dekat situ dan kami beredar dari tapak taklimat pagi sambil berhuhuhu.
2 Jenis Hutang, Hutang Baik dan Hutang Jahat
Dari sudut kewangan, hutang ada dua jenis, iaitu hutang baik dan hutang jahat.
Tapi, mentor saya
En Mohd Zulkifli lebih suka panggil ia sebagai hutang positif dan hutang negatif, kerana bukan hutang itu baik atau jahat, tapi kita sendiri yang menguruskannya untuk menjadikan ia hutang yang baik atau hutang jahat.
Apa beza hutang positif dan hutang negatif?
Guru kewangan antarabangsa, Robert Kiyosaki kata " Hutang positif ialah hutang yang membuatkan poket kita bertambah tebal, manakala hutang negatif pula ialah hutang yang membuatkan poket kita semakin nipis."
Pelikkan? Berhutang, tetapi boleh membuatkan poket kita semakin tebal?
Ya, ada. Contoh paling mudah ialah, kita berhutang dengan bank untuk membeli rumah. Dan kita sewakan rumah tersebut. Hasil sewaan rumah itu membuatkan poket kita menjadi semakin tebal. Ia sebagai sumber pasif income.
Hutang yang membuatkan poket semakin nipis pula macam mana?
Yang ni saya tak perlu cerita panjang, banyak sangat hutang yang macam ni disekeliling kita. Contoh mudah ialah, hutang pribadi, hutang kereta dan hutang kad kredit.
Ini antara contoh yang biasa tentang hutang positif dan hutang negatif.
Mindset Orang Kaya Dalam Mengurus Hutang
Saya pernah baca buku "How to Invest Like Warran Buffet".
Warran Buffet ialah antara icon kewangan antarabangsa yang tersohor dalam kalangan guru-guru kewangan. Beliau menunjukkan minat terhadap pelaburan dan kewangan sejak dari kecil lagi.
Warran Buffet tidak akan membuat sebarang hutang (dan perbelanjaan) yang membuatkan dia tidak lena untuk tidur pada waktu malam. Beginilah mindset beliau terhadap hutang.
Berbeza dengan orang biasa-biasa, mereka ingin membuat hutang untuk nampak kaya.
Mindset orang biasa-biasa, berhutang itu perkara normal dan perlu berhutang bagi meneruskan kehidupan, dan juga beranggapan hutang sebagai motivasi untuk kuat bekerja? Fuhh, bahayanya.
Saya jamin, sebelum buat hutang boleh cakap lah sebagai motivasi kerja, tapi bila dah stress dengan kerja, lupa dah motivasi kerja tadi. HAHA
Motivasi kerja hilang entah kemana, yang ada hanya kerja "cakap belakang" dengan bos. HEHE
Orang betul-betul kaya, bukan hutang yang memotivasikan diri mereka untuk kuat bekerja, tapi dream. Jadi, mereka kejar dream, bukan kejar "duit".
Sebab tu, bab berbelanja. Mereka biasa-biasa sahaja.
Saya pernah share di Facebook saya bagaimana Warran Buffet membuat perkiraan sebelum berbelanja. Fuhh, sangat teliti. Dengan mindset macam ni lah membuatkan beliau semakin hari semakin kaya.
Orang benar-benar kaya, berbelanja ikut keperluan. Orang biasa-biasa berbelanja ikut kemahuan.
Fikir Betul Betul
Ini nasihat saya sebagai seorang sahabat yang inginkan kebaikan dengan sahabat-sahabat saya semua. Fikir betul betul sebelum buat hutang baru.
Adakah hutang yang nak buat ni perlu atau benar-benar perlu?
Ramai sahabat saya yang saya kenal, buat hutang baru seperti beli kereta baru sebab tengok kawan pun beli kereta baru. Bukan sebab kita benar-benar perlu.
Kita tak rasa susah untuk menyimpan apabila kita dapat pinjaman bank, dan boleh tolak duit gaji tu secara bulan-bulan. Sebab itu kita tak fikir panjang untuk buat hutang sebab kita rasa kerja kita terjamin.
Kalau dibuang kerja macam mana? Hutang siapa nak bayar?
Saya ada share tips insaf sebelum beli kerata dekat personal FB saya sebelum ni.
Saya selalu ingat pesan mentor saya, berhutang sebenarnya ialah kita berbelanja duit kita yang masa depan, duit kita belum dapat, tapi kita dah belanjakannya siap-siap. Semoga perkongsian ringkas saya ni boleh memberi manfaat.
Wallahuallam
Hafiz
Tawau, Sabah
23 Ogos 2018
11 Zulhijjah 1439H
Artikel Berkaitan
15 minit sahaja dah selesai urusan cari beberapa barang keperluan untuk haji. Bila shopping waktu hari bekerja, tak ramai orang. Inilah antar nikmat, kehidupan sebagai orang yang sudah capai bebas kewangan. Saya datang untuk cari sandal. Bila datang waktu macam ni, staff tak sibuk. Boleh tanya lebih, sebab tak ada orang pun dalam kedai. Bersyukur, saya nikmati
Read More
Dekat dalam kilang, dia lah antara orang nombor 1. Nak gunakan duit syarikat, kena lalu dia dulu. Pendek kata, kalau dia tak sign, bajet syarikat tak boleh keluar. Baru grad, terus beli kereta paling mampu. Kereta jenama H. Belum apa-apa, beli rumah dengan hutang maksimum. Walau nampak hidup “mewah”, kalau tengok gaji, kira golongan T20, tapi
Read More
Saya sangat benci sekiranya pempengaruh sangat mengambil kesempatan terhadap pengikut mereka disebabkan oleh pengaruhnya. Bagi saya, ini adalah golongan yang tak jujur dengan ilmu. Disaat saya menulis ni, saya baru terima saya jemputan oleh satu jenama sifu saham untuk ikuti kelasnya tentang emas. Saya baru nak cuba daftar, saya ingatkan ia percuma. Rupa-rupanya berbayar hingga hampir
Read More
Baru landing dari KL selepas leaders forum untuk December 2024, saya luangkan masa sekejap mengopi dengan rakan-rakan gym saya. Sad but true, kawan saya kehilangan RM1000 disebabkan oleh satu pelaburan yang beliau join. Hint : pernah jadi penaja pasukan Terengganu FC sebelum ni, tapi di tarik balik. Aduih. ” Patut tanya Hafiz dulu sebelum labur”. Dalam hati saya,
Read More
Bila kewangan dah cukup stabil, sebagai seorang dealer Public Gold, mereka ada banyak pilihan nak tinggal dekat mana, samaada duduk kampung atau bandar. Yang penting, ada access internet yang laju, dan senang untuk bergerak ke public transport, yang paling senang kalau dekat dengan airport. So, nak tinggal dekat mana?Kampung atau BandarSaya hari ni duduk di kampung. Tapi
Read More
Gaji T20 atau income sebagai CEO bulan ni, bulan depan mungkin boleh jadi kosong. Itulah ciri-ciri gaji kita dari pendapatan aktif. Kita kena aktif, baru boleh jana income. Kita kena aktif, baru duit masuk dalam poket. Jadi, selagi mana ia bersifat aktif, banykkan tabungan, bersedia jika berlaku apa-apa musibah kepada kita. Bila kita sudah tidak mampu bekerja, ada pelbagai
Read More