Adakah Ekonomi Kita Lebih Baik Pasca PRU15

Pasca PRU 15, Ekonomi Kita Semakin Meningkat?

Setakat 2022, saya telah 3 kali menjadi pengundi dalam plihan raya umum Malaysia (PRU).

Namun, setakat ini.

Belum ada lagi mana-mana parti (kerajaan) yang memerintah membuatkan rakyat menjadi lebih kaya disebabkan dasar baru dari meraka berbanding kerajaan sebelum.

Jadi, pada Pasca PRU15 ini, persoalannya adakah ekonomi kita semakin baik?

Kalau ekonomi negara semakin baik, adakah ia juga menyebabkan ekonomi peribadi kita semakin bertambah?

Ekonomi Kerajaan

Memang betul dengan kerajaan yang stabil, ekonomi negara semakin baik. Itu tidak dinafikan.

Dan, ada peminpin yang amanah dan bijak mengurus negara merupakan antara penyebab negara Malaysia menjadi sebuah negara yang stabil.

Apabila negara kita stabil,

Pelancong luar suka masuk negara kita, peniaga, industri-industri tempatan akan bertambah baik bisnes mereka.

Bila bertambah baik bisnes mereka, jumlah kutipan cukai oleh kerajaan juga meningkat.

Itu baru kita cerita bab pelancong luar.

Bagaimana pula dengan pelabur dari luar yang ingin melabur dalam syarikat-syarikat di Malaysia? Sudah pasti kesannya sangat baik kepada negara.

Ya, kepada negara.

Cuma, adakah kita mendapat tempias yang besar hasil dari dua contoh mudah yang saya berikan tadi?

Kalau kita masih memberi makan ego, dan membela saka "malas" dalam diri kita?

Ekonomi Kita?

Sebaik sahaja Dato Sri Anwar Ibrahim (DSAI) menjadi Perdana Menteri (PM).

Yang menyokong Pakatan Harapan(PH) nampak begitu yakin bahawa seolah-olah mereka (rakyat) menjadi lebih kaya disebabkan DSAI menjadi PM.

Yang menyokong Perikatan Nasional(PN) pula nampak sangat risau dengan "keislaman" mereka menjadi kurang apabila DSAI menjadi PM.

Sudah-sudahlah bertelagah. Kita "move on" sahaja.

Sebagai rakyat marhean, kita tetap perlu bekerja keras setiap hari membanting tulang untuk keluarga.

Ekonomi dan keislaman kita langsung tak bergantung kepada orang lain. Ia sebenarnnya bergantung kepada diri kita sendiri.

Cuma, setakat pengalaman saya 6 tahun bekerja di sebuah syarikat GLC.

Orang yang malas, orang yang tinggi egonya untuk belajar, mereka tetap "miskin" sehinggalah mereka buang malas dalam laut dalam, mereka tundukkan ego dalam diri sendiri.

Pasca PRU15 & Tahun 2023

Pasca PRU15 dah selesai, dan yang dihadapan kita sekarang ialah tahun 2023 yang mencabar.

Kita yang cuma menyumbang 1 undi di PRU15, tanggungjawab kita kepada negara dalam memilih peminpin dah selesai.

Sekali lagi saya nak cakap. MOVE ON JELAH.

Saya sangat anti mana-mana pihak (parti) yang menyokong tegar parti mereka, masih buka "buruk orang" selepas YDPA Agong sudah memilih siapa PM kita.

Waktu berkempen dah TAMAT.

Ibarat anjing menyalak dekat kaki bukit sahaja. Langsung tak membangun diri, dan juga lansung tidak memberi kesan kepada negara.

Dan.

Tidak juga memberi kesan kepada kewangan diri kita sendri. Sebagai rakyat marhean, apa perlu kita buat?

Persiap ilmu kewangan, banyak yang percuma di mana-mana Socmed. Saya pun ada sharing ilmu dan pengalaman secara percuma.

Nak lagi bagus.

Pergi mana-mana kedai buku. Baca minimum 10 buku tentang kewangan. Saya jamin ekonomi keluarga kita sebagai rakyat marhean akan bertambah baik!

Baca buku di kedai buku juga free, nak buat balik je kena bayar. Haha

Hafiz
Kota Bharu
1 December 2022

Artikel Berkaitan

>