Boros Berbelanja

Tak Salah Boros Berbelanja, Namun

Nak boros berbelanja? Silakan. Sampai bila nak berjimat cermat ikat perut kan? Ini prinsip yang saya pegang.

Dan sebelum tu.

Kalau dalam fikiran anda, bahawa

"Duit aku, suka hati aku lah nak simpan ke nak boros. Tak menyusahkan orang lain pun"

Maaf. Blog saya ini bukan tempat anda. Saya menulis disini adalah disebabkan rasa bertanggungjawab untuk berkongsi ilmu kepada masyarakat dekat luar sana.

Dan saya tak paksa semua orang ikut cara saya. Namun, saya rasa cara yang saya kongsikan ini boleh memberi manfaat kepada orang ramai.

Sikap Boros Berbelanja. Kenapa?

Saya yakin, sebenarnya kita bukan boros berbelanja. Tapi, kita ada keinginan yang sendiri.

Keinginan ini yang secara tak sedar. Kita boros berbelanja.

Contoh :

Kita tengok kawan minum kopi kayangan RM15 secawan, dan dia pos dalam SocMed. Kita pun rasa ingin cuba.

Sekali dah cuba. Sangkut pulak. Haha (Macam saya sekarang).

Contoh lain lagi :

Kita tengok kawan bercuti luar negara, kita pun sama nak ke sana. Wal hal kita dalam negara pun tak habis round lagi.

Sanggup kumpul modal bertahun-tahun, (alhamdulilah kalau bukan hutang), dan habis dalam masa sehari sahaja.

Semuanya sebab apa?

Ingin sama dengan kawan..

Inging tunjuk dekat orang. 

Pendek kata, kita bayar untuk impress orang lain. Yang menanggungnya nanti kita sendiri jugak.

Kalau Nak Boros Juga. Macam Mana?

Sebelum tu. Saya nak jelaskan. Boros dan membazir mempunyai maksud berlainan. Boros yang saya maksudkan ialah berbelanja ikut kemahuan. 

Jadi, kalau nak ber 'boros' juga boleh.

Cuma pastikan anda sudah capai atau miliki 3 perkara ini :

1. Simpanan minimum 6 bulan pendapatan (RM & Emas)

2. Perlindungan yang cukup

3. Boros berbelanja menggunakan pasif income. Bukan aktif income.

Haa. Kalau dah miliki 3 perkara ini. Silakan. Belanjalah apa sahaja yang kita nak. Yang penting jangan membazir.

Artikel Berkaitan

>