Kesalahan Semasa Persediaan Untuk Berkahwin

Kesalahan Persediaan Kewangan Sebelum Berkahwin

Adakah anda membuat kesalahan seperti ini dalam persediaan kewangan untuk berkahwin?

Artikel ini khas untuk anda yang berniat melangsungkan perkahwinan dalam tempoh kurang 2 tahun dari sekarang.

Yang dah kahwin dan nak kahwin lagi. Tak perlu sibuk nak baca. 🙂

Tiada Matlamat Yang Betul

Tidak membuat keputusan bersungguh-sungguh untuk berkahwin. Sekadar berniat “tunggu ada duit lah, baru nak kahwin”

Dalam membuat keputusan untuk berkahwin, anda perlu firm. Bagitahu bakal isteri, bakal tahu mak ayah, dan bagitahu mak ayah sendri.

Bila sudah bagitahu, barulah kita ada komitmen untuk bekerja mengukuhkan kewangan, mengumpul modal untuk berkahwin.

Kalau tak bagitahu.

Anda akan tak kesah. Kalau kahwin, kahwin. Kalau tak kahwin. Next time lagi.

Tidak Ada Target

Tidak meletakkan tarikh tetap untuk berkahwin. Sekadar bagitahu bakal pasangan 2 tahun lagi kita kahwin. Ini salah.

Kalau anda betul-betul nak berkahwin. Terus letak tarikh.

Dan saya sudah pasti, kita akan berkerja untuk makesure, pada tarikh tersebut. Majlis perkahwinan berlangsung.

Beli Emas Last Minit

Bagi yang nak jadikan emas sebagai sebagai mas kahwin. Jangan sebulan lagi nak kahwin, baru dapatkan emas.

Dua tahun lagi nak kahwin, mula terus kumpul dari sekarang. Kumpul sikit-sikit. Nak senang, guna cara akaun emas fizikal GAP.

Hampir sahaja waktu majlis perkahwinan, terus keluarkan fizikal dan boleh dijadikan sebagai hantaran kahwin di majlis raja sehari nanti.

Apa apa pun.

Jodoh itu ditangan tuhan. Namun, sebelum tu. Kita dulu kena berusaha. Bukan sekadar angan-angan.

Share kepada bakal pasangan anda jika rasa bermanfaat!

Artikel Berkaitan

>