Duit Lesap Dalam CIMB

RM13k Duit Hilang Dalam CIMB, PIDM Tak Cover?

Kecoh sekarang ini, beberapa individu yang kehilangan wang berpuluh ribu ringgit, malah ada yang hilang sehingga ratus ribu ringgit disebabkan oleh account bank mereka di hack oleh scammers.

CIMB kena Hack Rafidah Abdullah

Dah buat report polis, dah bagitau CIMB. Tapi akhirnya, duit yang lesap tidak juga dapat dikembalikan. Boleh baca facebook posting penuh di sini.

Persoalannya sekarang. Kan simpanan duit di bank ada cover dari PIDM?

Apa itu PIDM

PIDM ialah Perbadanan Insuran Deposit Malaysia. PIDM mentadbir mentadbir dua sistem perlindungan konsumer kewangan, iaitu sistem insuran deposit untuk melindungi Pendeposit Bank dan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful.

Saya tak nak explain lanjut tentang PIDM ni secara detail. Untuk baca lebih detail, boleh download Buku Panduan PIDM dibawah ini.

Duit Lesap Sebab Scam, PIDM Tak Cover!

Berdasarkan pembacaan saya di Buku Panduan PIDM di atas. Memang PIDM tidak cover kes-kes hacking oleh hacker (scammer) yang menyebabkan kehilangan wang kita.

Apa yang PIDM cover cuma jika bank tersebut jatuh muflis. Dan ia juga hanya untuk bank yang menjadi ahli PIDM sahaja. Tabung Haji dan ASB bukan ahli PIDM!

Polis Kan Ada?

Majority mangsa sudah membuat laporan polis. Dan polis cuma menerima laporan sekadar laporan. Mereka tidak dapat mengambil apa-apa tindakan. Ini kerana, bank adalah luar bidang kuasa polis.

Andaikata hacker tersebut bukan dari Malaysia. Apa lah sangat PDRM boleh buat kan?

Tiada Jaminan Yang Terjamin

Lepas banyak kes sebegini berlaku. Apa yang saya belajar ialah, tiada jaminan yang terjamin.

Jadi, sebagai rakyat marhean. Apa solusinya?

Simpan duit bawah bantal? Boleh, tapi jangan lupa. Tahun demi tahun, kalau tak dirompak oleh penyamun, duit tersebut dimakan inflasi.

Simpan RM10k bawah bantal sekarang, nilainya tak sama simpan RM10k bawah bantal 30 tahun dulu.

Selamatkan Kekayaan Dengan Emas

Beza Emas 916 atau Emas 999

Jadi, apa yang saya boleh simpulkan. Untuk simpanan yang lebih selamat ialah, simpan kekayaan kita dalam bentuk emas.

Emas yang paling bagus, bukan emas dalam akaun emas, bukan akaun emas bank, bukan saham emas. Tapi, emas fizikal yang kita pegang di tangan.

Selain, nilainya kekal sepanjang zaman. Kalis inflasi. Ia juga akan memberikan emosi rasa sayang terhadap logam kuning berkilat ini.

Semakin hari, semakin rasa nak tambah dan tambah lagi simpanan emas kita.

Bagi yang nak mulakan simpanan emas fizikal. Boleh terus hubungi saya untuk saya bantu anda mulakan simpanan emas yang pertama.

Hafiz
Kota Bharu, Kelantan
24 Ogos 2022

Artikel Berkaitan

>