Financial Freedom

Financial Freedom. Apa Dan Bagaimana?

Financial freedom atau bebas kewangan. Mesti kalian selalu dengar istilah ini dari sifu bisnes atau sifu kewangan.

Saya percaya, bila dengar saja perkataan ini. 

Mesti dalam kepala kalian ialah tentang kekayaan, jutawan atau duit berkepuk-kepuk dalam bank.

Nak tak saya bagitau satu perkara.

Yang mungkin membuatkan dahi kalian berkerut.

Orang jutawan, tidak semestinya financial freedom. Dan orang financial freedom, tidak semestianya jutawan

Habis tu macam mana?

Orang yang berpendapatan kurang dari RM2k pun boleh financial freedom? Begitu?

Ya. Boleh!

Percaya tak saya cakap. Orang tua-tua dekat kampung pun mungkin boleh dikategorikan sebagai financial freedom.

Meh saya terangkan.

Apa Sebenarnya Financial Freedom?

Jadi, apa sebenarnya financial freedom?

Baiklah.

Saya terangkan dalam bahasa Malaysia iaitu “bebas kewangan”.

Bebas kewangan bermaksud, kalian tidak perlu lagi fikir tentang duit.

Tidak kesah masih bekerja atau tidak.
Tidak kesah lah ada bisnes atau tidak.
Tidak kesah lah ada duit sejuta dalam bank atau tidak.

Bagaimana jika saya katakan orang tua-tua di kampung lebih 'financial freedom' dari majority kita yang berada di bandar?

Hidup mereka simple.

Mereka ada tanah, kebun yang orang lain usahakan. Mereka cuma dapat duit sewaan secara bulanan.

Mereka ada dusun yang memberi income tahunan.

Walaupun campur darab tolak dan bahagi, income mereka kecil. Tetapi, mereka tidak ada hutang, tidak ada komitmen hutang.

Dalam masa yang sama.

Meraka ada pasif income.

Apa yang menyebabkan kita tidak akan berfikir tentang duit?

Contoh mudah begini.

Kalian ada sumber pendapatan pasif (tak kerja pun, tapi duit masuk).

Dan perbelanjaan bulaan kalian tidak melebihi pendapatan pasif bulanan.

Formula
Pendapatan pasif > Perbelanjaan

Jadi, hasil pasif income ini. Menyebabkan mereka tak perlu pergi kerja pun. Boleh hidup normal, tak perlu fikir tentang duit.

Apa sumber pendapatan pasif?

Bagi rakyat Marhean. Macam kita semua.

Boleh jadi dari dividen tahunan ASB/Tabung Haji.

Boleh jadi dari income rumah sewa.

Boleh juga dari tanah kebun yang disewakan.

Boleh juga dari bisnes bersistem.

atau, bagi kakitangan kerajaan.

Bila dah pencen nanti. Mereka ada duit pencen bulanan.

Ini juga sumber pendapatan pasif mereka.

Haa. Mudah kan?

Faham dah tentang financial freedom? Iaitu matlamat kita semua dalam bekerja.

Seperti yang saya terangkan dalam artikel tentang 5 Checkpoint Kewangan ini.

Hafiz
Kota Bharu, Kelantan
20 December 2021

Artikel Berkaitan

>