cabaran haji usia muda

Road to Haji, Muda atau Tua. Tetap Ada Cabaran

Saya banyak baca penulisan tentang haji, tentang travelog haji, majoriti mesti menulis tentang cabaran. 

" Haji ni, bayar pakej RM200k pun tetap akan ada banyak cabaran", saya ingat kata-kata ustaz sewaktu kursus haji dari PJH Jay Ibrahim.

Yang pergi Muasasah. Ada cabaran. Yang pergi pakej clock tower, ada cabaran dia. Dan semua cabaran itu, akan membentuk kita dalam process tunaikan haji nanti.


Antara cabaran waktu haji

Waktu saya hadiri kursus haji, kadang-kadang saya kesian tengok pakcik makcik yang dah berumur, berjalan tawaf (latihan) pun nampak penat, ada yang terpaksa bawa bekalan ubat kencing manis, dan macam-macam lagi.

Saya bersyukur, saya & isteri terima panggilan haji pada usia 35 tahun. Tapi, tak bermaksud yang muda ni lebih mudah untuk ibadah haji dari sudut kesihatan.

Banyak kisah, waktu duduk Malaysia sakit nak berjalan. Sampai di Makkah, sihat walafiat. Nak pergi Makkah, kata-kata kena jaga. Sentiasa berdoa untuk Allah mudahkan urusan kita jalani ibadah di sana. Itu yang saya boleh simpulkan, apabila belajar dari pengalaman jemaah haji lain.

Jadi, walaupun kita rasa kita masih muda. Tetap kena berdoa, diberi kekuatan di tanah suci nanti. Macam-macam ujian yang Allah boleh bagi kepada kita.

Cabaran haji yang selalu kita dengar tentang :

  1. Cuaca tak sama di Malaysia.
  2. Perlu kekuatan fizikal. Dalam erti kata lain, perlu sihat.
  3. Banyak berjalan, jadi mesti kena fit.

Mungkin cabaran ini bagi yang masih muda, rasa ada kelebihan bagi yang dah berumur (majoriti jemaah haji Malaysia umur 50an ke atas). Jadi, cabaran seperti diatas, boleh jadi biasa bagi orang muda.


Cabaran orang muda

Apa cabaran terbesar bagi tunaikan haji pada usia muda?

Pengalaman saya, cabaran terbesar setakat ni adalah untuk tinggalkan anak-anak. Terutamanya anak yang masih baby. Saya menulis ni, di saat saya berada di dalam penerbangan menuju ke Jeddah.

Tapi alhamdulillah, bila kita nak tunaikan haji, Allah permudahkan urusan kami. Ada anak saudara saya yang tengah menunggu keputusan universiti, boleh bantu kami jaga keselamatan, dan juga semua keluarga saya yang berada di Pasir Mas sedia untuk bantu jagakan anak kami.

Waktu dekat Movenpick tadi, saya tengok ramai anak-anak yang menangis. Sampaikan saya sendiri pun rasa sedih, teringat dekat anak-anak. InsyaAllah, dengan menjadi tetamu VVIP Allah, semua cabaran tersebut kami mampu tempuhi dengan keizinan-Nya.

Hafiz
Hampiri Miqat, Qarnu Manazil
15 Mei 2026M

Artikel Berkaitan

>