cara kira zakat emas

Simpan Emas Atau Simpan Duit, Kedua-duanya Perlu Bayar Zakat!

cara kira zakat emas

"Takutlah simpan emas, sebab nanti kena bayar zakat".

Aduihh. Tepuk dahi saya bila dengar ada orang yang cakap macam ni sebagai alasan sebab tidak mahu simpan emas. 

Saya percaya, dia sendiri tak faham bagaimana zakat simpanan emas. Takpa, saya terangkan dekat artikel kali ini.

Emas ni sangat unik.

Sesiapa menyimpan emas sebanyak 85gram selama setahun diwajibkan untuk bayar zakat.

Kalau anda simpan besi 1 tan sekali pun, anda tidak perlu mengeluarkan zakat.

Cara Pengiraan Zakat Emas

Baiklah. Zakat emas terbahagi kepada dua. Iaitu zakat emas perhiasan dan zakat emas simpanan.

Ada satu lagi. Emas pelaburan. Tapi, konspenya sama juga dengan emas simpanan.

(1) Zakat Emas Perhiasan

Untuk emas perhiasan yang di pakai (kalau tak dipakai dikira sebagai emas simpanan), uruf yang ditetapkan berbeza mengikut negeri.

Uruf ialah berat emas minimum yang tidak dikenakan zakat. Saya ambil contoh bagi yang tinggal di Kuala Lumpur (KL). Urufnya ialah 150gram.

Boleh google atau cek dekat pusat zakat untuk tahu uruf setiap negeri.

Contoh : Puan Siti tinggal di KL dan harga emas jualan semasa ialah RM150

Kalau Puan Siti pakai gelang emas sebanyak 250gram selama 12bulan (setahun). Puan Siti perlu bayar zakat emas yang baki selepas uruf sahaja iaitu 100gram.

100gram x RM150 x 2.5% = RM375

Boleh rujuk penerangan ringkas oleh Ustaz Don dekat video yang saya share ni, supaya lebih mudah faham.

(2) Zakat Emas Simpanan

Untuk emas simpanan. Emas yang tidak dibuat apa-apa minimum 20 Dinar (85gram), selama setahun. Perlu bayar zakat 2.5%.

Untuk emas simpanan tiada uruf, ia sama di seluruh muka bumi (",). Ini saya bagi contoh pengiraan zakat simpanan.

#1 Contohnya : Jika anda ada menyimpan emas (gelang/dinar emas/jongkong emas), selama 12 bulan, sebanyak 200gram. Harga emas semasa pun RM150/gram.

Jumlah yang dikenakan zakat ialah kesemua 200gram yang tersimpan itu. 

200gram x RM150 x 2.5% = RM750

#2 Contohnya : Jika anda ada menyimpan emas (gelang/dinar emas/jongkong emas), selama 12 bulan, sebanyak 50gram. 

Anda tidak dikenakan zakat, sebab nisab untuk zakat emas simpanan ialah 85gram.

Baiklah, sekarang anda sudah jelas bagaimana cara pengiraan zakat emas.

Mitos Takut Simpan Emas Sebab Kena Bayar Zakat

Baiklah. Simpan emas cukup 85gram kena bayar zakat. 

Tapi, anda perlu ingat, simpan duit kertas pun kena bayar zakat sama macam zakat emas simpanan.

" Zakat wang simpanan di nisabkan kepada harga semasa 85gram emas "

Maksudnya, kalau anda simpan duit selama setahun yang berjumlah sama seperti harga semasa 85gram emas, anda juga perlu mengeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh anda menyimpan RM20,000. Harga semasa 85gram emas ialah :

RM150x85gram = RM12,750

Jadi, anda diwajibkan membayar zakat wang simpanan sebanyak :

RM20,000 x 2.5% = RM500 

Untuk keterangan lanjut tentang zakat wang simpanan, boleh klik link video dibawah.

Apa Salahnya Kalau Bayar Zakat

Apa salahnya kalau bayar zakatkan?

Kan itu lebih baik. Simpan emas 85gram kena bayar zakat. Simpan duit sekitar RM13k (jika di nisabkan kepada 85gram emas) pun kena bayar.

Tapi, biasanya bukan senang nak simpan duit sebanyak tu. Simpan duit sikit-sikit, hujung bulan korek balik. HEHE

Tak sama dengan simpan emas. Kalau setakat nak capai 85gram tu, sekejap sahaja.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
12 Februari 2019
7 Jamadil Akhir 1440H

Kredit Foto : The Jakarta Post

Artikel Berkaitan

>