Teknik Menyimpan 5gram (RM1100) Dengan Pantas

Teknik ini akan ‘memaksa’ diri saya untuk menyimpan emas di dalam mod “pantas”. Saya target untuk mendapat sekeping emas 5 gram yang cantik ni yang bernilai RM1100 dalam masa 5 bulan je. Tengok gambar emas 5 gram kat bawah.

Jongkong emas 5gram Public Gold LBMA

Bagi yang sudah berkeluarga macam saya, untuk simpan RM1000 dalam masa 5bulan merupakan cabaran yang besar, simpan duit sikit-sikit, akhir sekali korek balik kalau tak betul rancang belanja bulanan . Namun simpan emas 5gram dalam masa 5 bulan, saya rasa biasa-biasa je. Nak tahu macam mana teknik yang saya lakukan, kuatkan semangat untuk pelajari teknik mudah ini sampai habis. (",)

 

Langkah 1 : Fokus & Lupa

  1. Anda perlu buka akaun GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold dengan nilai permulaan 1 gram (kalau lebih pun tak apa, asalkan dengan gandaan 1 gram).
  1. Kenapa anda perlu menggunakan GAP? Sebab GAP membolehkan anda membeli emas serendah 1 gram dengan harga murah. Jika anda tidak tahu Public Gold GAP, sila download maklumatnya di sini : Nota Akaun Emas GAP
  1. Anda FOKUS untuk top-up akaun GAP anda sebanyak 5 gram secepat mungkin. Jangan terpengaruh dengan harga emas semasa. FOKUS anda adalah untuk mengejar gram emas.
  1. Anda boleh buat jadual simpanan seperti di bawah. Ini membolehkan anda boleh memantau prestasi simpanan dengan mudah!
GAP Gram 1 Gram 2 Gram 3 Gram 4 Gram 5 Success!
1 gram asas. (kena simpan) Yes! dapat 5g satu!

Langkah 2 : Dapat & Simpan

  1. Selepas cukup 5 gram ini, anda terus keluarkan jongkong emas 5 gram daripada akaun GAP anda. (p/s: Memandangkan anda kena tinggalkan baki 1 gram dalam akaun GAP untuk akaun kekal aktif, jumlah emas yang perlu ada di dalam akaun GAP anda adalah 6 gram).
  1. Kalau yang sudah bekerja, selalu adakan duit 'claim' bulanan? Haaa, apa lagi duit 'claim' ialah duit tambahan simpanan, bukan duit tambahan berbelanja, kan nak fokus simpanan masa depan.Senang aja nak keluarkan emas fizikal, anda cuma perlu telefon pejabat Public Gold berhampiran dan request untuk keluarkan emas 5gram.
  1. Jongkong emas 5 gram ini kemudiannya MESTI diletakkan dalam beg duit anda (seperti gambar di bawah).
  1. Bayangkan aura jongkong emas 5 gram dalam wallet anda. Fuh! Terasa keseronokannya. Bila anda simpan emas dalam beg duit, senang untuk anda tengok emas ini dengan kerap.
  1. Emas yang anda selalu tengok akan mempengaruhi minda di bawah sedar. Anda akan rasa seronok dan bermotivasi lagi untuk mengejar banyak emas 5 gram.
  1. Emas 5 gram lebih mudah nak kejar berbanding emas yang lebih besar. Jadi anda lebih bermotivasi. Ia ibarat kejayaan kecil yang senang.
  1. Anda ulangi teknik ini untuk mendapatkan 5 gram kedua, ketiga… keempat dan seterusnya. Anda boleh simpan kepingan kedua, ketiga dan seterusnya di dalam gold card.
  1. Cubalah amalkan teknik ini secepat mungkin. Anda mungkin terkejut dengan kemampuan anda mengumpul emas.
  Alhamdulillah, sudah berjaya faham konsep PAKSA dan LUPA dalam membuat simpan. Jadi, bila sudah ada ilmu, apa tunggu lagi? BERTINDAK SEKARANG!!

" Berfikir dan merancang selama 1000 tahun, lebih baik bertindak dalam masa satu hari"

Wallhuallam

p/s : Artikel ini diadaptasi dari artikel yang ditulis oleh mentor saya, dan diambil dengan kebenaran beliau.

Hafiz Tawau, Sabah 10 Jun 2017 15 Ramadhan 1438  

Artikel Berkaitan

Untung Saham, Tukar Kepada Emas

Encik S, nak tukarkan keuntungan saham sekitar RM70,000 kepada bentuk emas fizikal. Katanya nak secure duit tersebut dalam bentuk aset yang lebih stabil, di zaman ekonomi yang tak menentu sekarang. Itulah cari betul sebenarnya untuk manfaatkan alat kewangan. Emas, saham, wang kertas, ada fungsinya sendiri.Tukarkan Keuntungan Kepada EmasHari ini, ramai yang dah celik emas. Tahu fungsi emas

Read More

Pelaburan Emas Digital Yang Anda Kena Faham

Pelaburan emas syarikat itu ok tak? Pelaburan emas syarikat ini ok tak? Mana yang untung? Beli emas digital atau fizikal? Ini antara soalan yang sering di tanya bagi yang baru nak belajar dan korek ilmu tentang emas. Saya percaya, emas ni banyak selok beloknya, masing-masing ejen atau dealer nak promot produk masing- masing atas nama emas.Emas Digital

Read More

Mas Kahwin Dinar Emas. Ini Cara Dan Tipsnya

Mas kahwin guna dinar emas? Mungkin ini bagi saya dah biasa, sebab saya kenal emas sejak dari tahun 2010 lagi. Dan saya sendiri gunakan 20 Dinar emas, sebagai mas kahwin pada 2014 dahulu. Saya pernah ceritakan dalam artikel saya tentang keistimewaan gunakan emas sebagai mas kahwin sebelum ini. Cuma untuk artikel ini, saya akan kongsikan apa tips dan

Read More

Cara Gandakan Duit Dengan Emas? Wujud ke?

Cara gandakan duit dengan emas? Ada ke? Mesti ramai yang teruja untuk tahu lebih lanju tentang teknik gandakan duit dengan emas ni.  Hmm. Ok sekejap. Sebelum tu. Gandakan duit ni macam mana? Cuba jawab dulu soalan ini kepada diri sendiri? Beli emas, kemudian duit beranak dengan dengan sendiri. Dapat income bulan-bulan? Macam tu? Setakat pengalaman saya dengan emas sejak

Read More

4 Soalan Wajib Tanya Sebelum Mula Simpan Emas

Sebelum mula simpan emas, sebaiknya selesaikan 4 soalan wajib ini terlebih dahulu. Cuba tanya diri sendiri, dan cuba jawab untuk diri sendiri. Nak beli atau simpan emas, jangan ikut-ikut orang, jangan ikut apa yang orang kongsi di media social. Bukan sahaja emas. Apa-apa pelaburan sekali pun. Jangan ikut orang. Ini apa yang mentor saya selalu pesan. Saya pegang prinsip

Read More

Asas Pelaburan Emas Yang Patut Semua Orang Tahu

Nak mulakan pelaburan emas? Ini asas penting sebelum kita memulakan pelaburan emas, supaya kita tidak mudah ditipu oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Baiklah, ada 4 asas utama pelaburan emas iaitu : Asas Pelaburan Emas 1. Mesti Boleh Dapatkan Fizikal2. Beli Harga Rendah Jual Harga Tinggi3. Pelaburan atau Simpanan Emas4. Dapatkan Ilmu Secepat MungkinDapatkan Bimbingan Simpanan Emas

Read More