Teknik ini akan ‘memaksa’ diri saya untuk menyimpan emas di dalam mod “pantas”. Saya target untuk mendapat sekeping emas 5 gram yang cantik ni yang bernilai RM1100 dalam masa 5 bulan je. Tengok gambar emas 5 gram kat bawah.
Bagi yang sudah berkeluarga macam saya, untuk simpan RM1000 dalam masa 5bulan merupakan cabaran yang besar, simpan duit sikit-sikit, akhir sekali korek balik kalau tak betul rancang belanja bulanan . Namun simpan emas 5gram dalam masa 5 bulan, saya rasa biasa-biasa je. Nak tahu macam mana teknik yang saya lakukan, kuatkan semangat untuk pelajari teknik mudah ini sampai habis. (“,)
Langkah 1 : Fokus & Lupa
- Anda perlu buka akaun GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold dengan nilai permulaan 1 gram (kalau lebih pun tak apa, asalkan dengan gandaan 1 gram).
- Kenapa anda perlu menggunakan GAP? Sebab GAP membolehkan anda membeli emas serendah 1 gram dengan harga murah. Jika anda tidak tahu Public Gold GAP, sila download maklumatnya di sini : Nota Akaun Emas GAP
- Anda FOKUS untuk top-up akaun GAP anda sebanyak 5 gram secepat mungkin. Jangan terpengaruh dengan harga emas semasa. FOKUS anda adalah untuk mengejar gram emas.
- Anda boleh buat jadual simpanan seperti di bawah. Ini membolehkan anda boleh memantau prestasi simpanan dengan mudah!
GAP | Gram 1 | Gram 2 | Gram 3 | Gram 4 | Gram 5 | Success! |
1 gram asas. (kena simpan) | ✔ | ✔ | ✔ | ✔ | ✔ | Yes! dapat 5g satu! |
Langkah 2 : Dapat & Simpan
- Selepas cukup 5 gram ini, anda terus keluarkan jongkong emas 5 gram daripada akaun GAP anda. (p/s: Memandangkan anda kena tinggalkan baki 1 gram dalam akaun GAP untuk akaun kekal aktif, jumlah emas yang perlu ada di dalam akaun GAP anda adalah 6 gram).
- Kalau yang sudah bekerja, selalu adakan duit ‘claim’ bulanan? Haaa, apa lagi duit ‘claim’ ialah duit tambahan simpanan, bukan duit tambahan berbelanja, kan nak fokus simpanan masa depan.Senang aja nak keluarkan emas fizikal, anda cuma perlu telefon pejabat Public Gold berhampiran dan request untuk keluarkan emas 5gram.
- Jongkong emas 5 gram ini kemudiannya MESTI diletakkan dalam beg duit anda (seperti gambar di bawah).
- Bayangkan aura jongkong emas 5 gram dalam wallet anda. Fuh! Terasa keseronokannya. Bila anda simpan emas dalam beg duit, senang untuk anda tengok emas ini dengan kerap.
- Emas yang anda selalu tengok akan mempengaruhi minda di bawah sedar. Anda akan rasa seronok dan bermotivasi lagi untuk mengejar banyak emas 5 gram.
- Emas 5 gram lebih mudah nak kejar berbanding emas yang lebih besar. Jadi anda lebih bermotivasi. Ia ibarat kejayaan kecil yang senang.
- Anda ulangi teknik ini untuk mendapatkan 5 gram kedua, ketiga… keempat dan seterusnya. Anda boleh simpan kepingan kedua, ketiga dan seterusnya di dalam gold card.
- Cubalah amalkan teknik ini secepat mungkin. Anda mungkin terkejut dengan kemampuan anda mengumpul emas.
Alhamdulillah, sudah berjaya faham konsep PAKSA dan LUPA dalam membuat simpan. Jadi, bila sudah ada ilmu, apa tunggu lagi? BERTINDAK SEKARANG!!
” Berfikir dan merancang selama 1000 tahun, lebih baik bertindak dalam masa satu hari”
Wallhuallam
p/s : Artikel ini diadaptasi dari artikel yang ditulis oleh mentor saya, dan diambil dengan kebenaran beliau.
Hafiz
Tawau, Sabah
10 Jun 2017
15 Ramadhan 1438