G100 Gold

Tentang G100 Network

Kalau kalian ternampak posting saya samaada di FB atau telegram yang menulis tentang PGG100 Network.

Mesti kalian tertanya-tanya, 'PGG100 Network' tu apa? Anak syarikat Public Gold ke? Hehe.

Ohh, bukan.

PGG100 Network atau G100 tu ialah satu group dealer Public Gold yang aktif mendidik dan membimbing berpuluh ribu penyimpan emas di seluruh Malaysia (mungkin juga dunia).

Kenapa Nama G100?

Baiklah. Pada asalnya, G100 ialah bermaksud Group 100 Founder Master Dealer (FMD) Public Gold.

100 FMD ini khas dibawah bimbingan penulis buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang iaitu En Mohd Zulkifli Shafie.

Misi beliau ialah untuk melahirkan 100 FMD yang memiliki at least 500 customer base sebagai penyimpan emas Public Gold, yang mana setiap FMD ini memiliki pendapatan pasif minimum RM4000 hingga RM10k sebulan melalui platform yang Public Gold sediakan.

Tentang G100 -Pada 2021

G100 ialah sebuah tim dealer Public Gold (PG) di bawah bimbingan dan kepimpinan Mohd Zulkifli Shafie, sebagai pengasas kepada network ini yang juga penulis buku pelaburan emas popular di Malaysia, bertajuk "Wang Emas". Ia asaskan secara rasminya pada tahun 2018.

Misi utama G100 ialah untuk melahirkan 1,000 Master Dealer (MD) menjelang 2024 yang mana mereka ini berperanan aktif dalam mendidik masyarakat dengan ilmu yang betul tentang simpanan emas dan kewangan di Malaysia, Singapore, Brunei dan Indonesia.

G100 komited melahirkan dealer yang berintegiriti, kompeten dan berakhlak baik supaya memberikan impak yang positif kepada masyarakat melalui yang disediakan oleh Public Gold.

G100 menyediakan sistem pembelajaran dan sokongan yang betul dan berterusan bagi melahirkan dealer Public Gold yang amanah, pakar, dan berakhlak baik supaya dapat menjalankan bisnes secara harmoni dan komited, melalui sistem pembelajaran yang dipanggil sebagai PG One System (PG1S).

G100 sentiasa memastikan supaya dealer-dealer ini sentiasa bersedia dari sudut mindset, skillset dan memiliki toolset yang lengkap bagi membolehkan mereka membina bisnes dengan betul, secara sihat dan cepat.

G100 sentiasa memegang kepada prinsip intergriti, komitmen, dan perpaduan dalam memberikan servis kepada pelanggan-pelanggan Public Gold khususnya, dan masyarakat umumnya. Ia telah terbukti setelah usaha yang telah bermula sejak tahun 2016, dan sekarang G100 dianggarkan mewakili 1/3 dari bisnes Public Gold. Jumlah ini dijangka terus meningkat dengan cepat pada masa akan datang. InsyaAllah.

Saya Salah Seorang FMD G100

With Mohd Zulkifli Shafie

Alhamdulillah, pada October 2020, saya telah mendapat title sebagai Founder Master Dealer Public Gold, setelah mula mendidik masyarakat tentang emas dan kewangan sejak dari tahun 2016.

Bermaksud, jika kalian membuat simpanan emas Public Gold melalui kod introducer saya (PG00054635 - Mohamad Hafiz bin Shafie), kalian juga layak mendapat access segala support system G100 sediakan secara percuma.

Kalian juga layak untuk mendapat sesi coaching dengan penulis buku Wang Emas secara terus juga, dalam misi beliau melahirkan 1000 FMD dibawah G100 Network.

Hafiz
Pasir Mas, Kelantan
Jumaat, 22 Januari 2021
8 Jamadil Akhir 1442H

Artikel Berkaitan

>