9 Cara Untuk Langsaikan Hutang Rumah Dalam Masa 5 Tahun Atau Kurang.

tips langsaikan hutang rumah

9 tips nak langsaikan hutang rumah dengan cepat. Kurang dari 5 tahun pun dah boleh selesai.

Tips ini saya belajar dari Tuan Azizi Ali, merupakan seorang jutawan yang terkenal dalam bidang hartanah.

Tipsnya sangat mudah. 

(1) Bayar lebih (2) Bayar awal. Tapi, macam mana?

Namun, sebelum saya pergi lebih jauh, korang kena faham dulu.

Apa prinsip dan konsep pinjaman perumahan yang korang wajib tahu!

Bagaimana Pengiraan Pembayaran Perumahan?

tips hartanah

Bunga (Interest) dan pokok (Principal). Selepas ini, saya akan tulis Interest = Int, dan Principal = Prin

Dua perkataan ini, "Int" dan "Prin". Korang kena faham betul-betul.

Andaikata.

Korang beli rumah yang berharga RM230k. Korang bayar 10% deposit. Dan loan korang ialah RM207k

Bank dah keluarkan jumlah bayaran bulanan yang dikenakan ialah RM1044.7 (biasanya boleh je cek dekat online banking, kalau CIMB ada).

RM1044.7 ini terdiri kepada 2 bahagian. Int dan Prin

Korang kena bayar dulu Int setiap bulan ikut percent yang ditetapkan.

Selebihnya barulah pokok akan ditolak dari jumlah pinjaman yang korang ambil.

Contoh Pengiraan Int untuk bulan pertama :


Prin : RM207,000

Int Rate : 5% per year.


Int : (0.05 x 207,000)/12

= RM862.5

Bulan Pertama bayar RM1044.7. 


Princ yang korang bayar hanya.

1044.7 - 862.5 = RM182.2


Faham kan?

Untuk awal-awal pembayaran, korang hanya bayar Int je banyak, loan korang yang RM207k tu baru berkurang RM182.2

Jadi. Kalau setiap bulan korang bayar sekadar bunga. Jumlah hutang korang tak akan berkurang. Sia-sia je bayar.

Jadi, Macam Mana Cara Terbaik Untuk Bayar Hutang Rumah?

#1  Bayar Cepat-Cepat Apabila Korang Dapat Duit

Ini kesilapan yang saya sendiri buat haritu.

Saya tunggu due date baru nak bayar. Sebab masa tu, pembayaran saya yang bulan pertama. Belum biasa.

Akhir sekali, lambat sehari. Ya Allah. Memang terlupa.

Tengok-tengok. Habis RM200 sebab lambat bayar. Kebetulan duit BRIM masuk, terus habis lah masa tu sedekah dekat bank sotong (",)

#2 Bayar Lebih Setiap Bulan

Bila korang bayar lebih.

Maksudnya, yang lebih tu ialah korang bayar untuk bahagian Prin.

Semakin kecil Prin, maksudnya semakin kurang juga Int bulan seterusnya.

#3 Bayar Setiap 2 Minggu, Bukan 1 Bulan

Andakata pinjaman ialah RM1044.7 sebulan. Tapi, korang bayar RM522 .35 untuk setiap 2 minggu.

"Eh, macam sama je?" Hehe.

Tak sama! Setahun ada 12bulan, tapi korang perlu ingat, setahun ada 26kali 2minggu (fortnight), bukan 24.

(Alamak, baru aku belajar pasal kalender) HEHE

Bila amalkan macam ni, korang akan jimat 3 tahun dari bayar rumah!

3 tahun bermakna, jumlah bayaran kurang RM37k (RM1044.7 x 36 = RM37k)!

#4 Bayar Awal, Sebelum Due Date

Kalau due date 31 haribulan.

Gaji korang pada 25 haribulan. Dapat gaji je, korang terus bayar loan.

Ia boleh memberi kesan kepada jangka masa panjang.

#5 Setiap Kali Ada Duit Lebih, Guna Untuk Bayar Loan

Contohnya kalau korang dapat bonus tahunan.

Bayar loan perumahan dulu, baru nak joli! Kurangkan jumlah pokok cepat-cepat.

#6 Kekalkan Bayaran Sama, Walau Interest Rate Drop

Kadang-kadang. Ada masa interest rate menurun. Pembayaran kepada bank pastikan korang bayar kadar yang sama!

Jangan kurangkan jumlah pembayaran.

#7 Tambah Jumlah Pembayaran Jika Anda Peroleh Kenaikan Gaji

Ingat konsep ni.

Asal ada duit lebih, bayar dulu loan. Fokus kepada kurangkan principal!

#8 Jual Barang Tidak Terpakai, Dan Bayar Pinjaman Rumah

Biasanya. 

Buka store, banyak barang yang sayang nak lepaskan, tapi tak pakai pun.

Haritu, wife saya pun ada barang macam tu. Dia beli DSLR, tapi dah lama tak pakai. Last-last, jual.

Jadi, kalau korang ada barang-barang macam ni. Dapatkan duit tambahan, dan bayar loan!

#9 Refinance Dengan Bank Yang Menawarkan Interast Lagi Rendah

Contoh bank sotong yang korang buat pinjaman sekarang mengenakan interast rate 6%.

Tapi, bank rimau pulak tawarkan 4.5%.

Korang boleh buat kira-kira semua kos yang dikenakan. Kalu rasa berbaloi, buat refinance.

Ingat pesan saya. Buat kira-kira dulu, bukan main balun saja buta-buta buat refinance.

Bank Tak Suka Ada Orang Bocorkan Rahsia Ni!

Saya dah buat kira-kira.

Kalau korang buat macam ni, bayar lebih setiap bulan. Lebih RM150k korang boleh jimat.

RM150k macam dapat kereta import mewah sebiji dah weyy.

Tak percaya tengok gambar kat bawah ni.

bayaran tetap hutang rumah

Bayaran tanpa lebih bayaran

Tips hartanah

Lebihan bayaran RM750 sebulan

Bayaran bunga boleh hampir sama dengan jumlah bayaran pinjaman korang ambil, kalau korang bayar je ikut jadual yang bank bagi.

Jadi, kalau ada duit lebih. Dapat duit sewaan ke, terus bayar je loan rumah tanpa ragu-ragu.

Semoga bermanfaat.

Wallhuallam

Hafiz
Tawau, Sabah
1 Febuari 2019
27 Jamadil Awal 1440H


Artikel Update pada 18 Februari 2019. Baca info dekat bawah.

Info Tambahan

Saya pergi ke kaunter bank sotong baru minggu lalu (Jumaat, 14 Februari 2019) untuk bertanyakan tentang isu ini.

Info yang saya dapat dari pihak bank.

Untuk kurangkan principal, korang perlu kumpulkan payment minimum 6 bulan bayaran, baru boleh bayar untuk kurangkan principal.

Dan pembayaran tersebut mestilah bayar dikaunter, bukan secara online.

Contoh bayar loan rumah korang sebanyak RM1000 sebulan. Maksudnya, untuk kurangkan principal, korang perlu bayar RM6000 sekali gus, bayar di kaunter.

Untuk bank lain saya tak pasti macam mana.

Sekian.

Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

24 Comments

    1. Pn RH,

      Saya dah pernah bertanya kepada pegawai bank. Untuk gunakan teknik ini, kita mesti bayar di kaunter. Bergantung kepada setiap bank. Untuk CIMB, kita perlu kumpul payment lumsump 6 bulan, untuk bayar kurangkan pokok. Maksudnya, kita mesti kumpul dulu duit sendiri sebanyak 6 bulan pembayaran, barulah bayar kepada bank untuk kurangkan pokok.

  1. Assalamualaikum

    Saya selalu guna online untuk kurangkan principal bank sotong, cuma kena kumpul 6 bulan 6000 tu tak faham pulak tuan

    1. Waalaikumussalam En Hafiz,

      Yang 6 bulan tu saya personally pergi tanya staff bank sotong. Kena cukuppkan 6 bulan payment. Bukan RM6000. Kalau En Hafiz bayar bulanan biasa RM500 kepada bank. Maksudnya, minimum RM3000 ke bayar cash di kaunter untuk kurangkan principal. Itu yang saya dah confirm dengan staff CIMB Tawau. Saya rasa CIMB lain pun mesti sama je.

  2. As salam abg….ibu saya membuat pinjaman perumahan di ambank dgn jumlah rm 65 ribu selama 28 tahun pada tahun 2004….skrg bila saya nk buat full settlement…bank menyatakan saya perlu bayar sbanyak 93 ribu…saya x brapa paham dgn konsep pinjaman,blr dan cara pengiraan…..boleh abg bantu saya….

    1. Waalaikumussalam En Khairul,

      Mungkin betul tu orang bank bagitahu. En Khairul boleh mintak dengan bank untuk statment En Khairul. Secara kasarnya, kalau loan rumah RM100k, jumlah total yang kita kena bayar ialah RM200k. Hampir 2 kali ganda juga, disebabkan housing loan intrest tu tadi. Kalau En Khairul nak lebih jelas, En Khairul mintak dengan pihak bank stament yang mak En Khairul dah bayar. Sebab lain bank lain juga intrestnya.

  3. Assalamualaikum Tuan,

    9 Cara ni ada baca kat blog lain 5 tahun lepas. Boleh guna lagi ke cara ini untuk tahun 2019?

    sebab apa yang tuan tanya pada CIMB, boleh buat bayaran principal hanya di kaunter sahaja kan?

    jadi bagaimana nak merealisasikan 9 Cara yang tuan kongsikan ni?

    Terima kasih

    1. Waalaikumussallam En Akmal,

      Saya baru je tanya dengan orang CIMB tentang cara ni, ya ia masih valid untuk tahun 2019.
      Saya tanya CIMB sebab loan rumah saya dengan CIMB. Ya, untuk maklumat dari CIMB, bayar principal 6 bulan hanya di kaunter. Saya tanya di CIMB Tawau,
      CIMB lain saya belum tanya.

      Cadangan saya, ada duit lebih. Kumpulkan sehingga duit tu terkumpul 6 bulan pembayaran. Dan terus bayar sebanyak 6 bulan tu.

  4. As salam tuan,

    Ada cara ke untuk mempercepatkan bayaran loan kereta or pinjaman peribadi seperti teknik untuk housing loan di atas ?

  5. Assalamualaikum

    Saya ada kekeliruan sikit pasal installment rumah.loan rumah(public bnk) atas nama saya sja…lepas kahwin,husband kuar kn epf utk byr installment…mmg cakap dekat pegawai epf mcm tu.kami ingtkn lega le..xpyh byr loan…rupa2nya epf husband hanya utk byr pokok saja..nak reverse diaorang kata x bole dh.
    Pas 2bln baru perasan loan rumah x bayar pn.
    Persoalan saya yg pertama…betul ke x bole?(bayaran pokok tu tukarkn bayar installment)
    Ke 2-dh jd mcm ni..ada x kelebihan nya bla dh bayar pokok saja…

    Mohon penjelasan en hafiz..tq

    1. Waalaikumussalam Pn Noraziwati,

      Setahun saya, EPF boleh keluarkan untuk bayar deposit (termasuk pokok). Saya pun guna untuk bayar deposit, bukan untuk bayar bulanan (installment).
      Kalau suami puan sudah bayar pokok, maksudnya jumlah loan rumah tu sudah berkurang dari harga rumah yang sebenar. Itu dikira bagus, sebab interest juga akan berkurang kalau kita dah bayar pokok lebih.

      Terima Kasih

  6. Assalam, nak tanya saya buat pinjaman loan rumah dgn cimb, jadi seperti dinyatakan di atas, bayar princ 6bulan hanya di kaunter , jadi utk stiap 2minggu perlukah saya bayar lebih? Akan tolak pokok atau interest?

    1. Wsslm En Hanis,

      Setakat yang saya tahu baru-baru ini, yang setiap 2minggu tu berkesan dah untuk bayar lebih. Apa yang En Hanis boleh buat ialah, simpan duit lebihan yang 2minggu tu untuk cukupkan jumlah sebanyak 6 bulan, baru boleh bayar untuk tolak bahagian pokok.

  7. Assalamualaikum tuan,

    Apa pendapat tuan tentang mortgage Interest system. System ni live & reschedule utk bayaran bulanan. System ni juga mengurangkan interest dari bank.

    Contoh sekarang Ada balance 33
    tahun,system akan reduce ke 23 tahun dan boleh jimat sehingga 20% dari outstanding sedia ada.

    Mohon pandangan tuan

    1. Waalaikumusslam Cikpuan Lynn,

      Maaf saya pun baru tahu ada system ni. Sebab lama dah saya kurang ambil berat pasal hartanah. Pendapat saya, kalau ada sistem yang mengurangkan interest tu lebih baik. Untuk penerangan lanjut tentang hartanah, Cikpuan Lynn boleh rujuk dengan guru hartanah saya juga, Dr Azizul Azli dan Tuan Faizul Ridzuan. Mereka berdualah tempat rujukan saya sebelum saya beli rumah pertama 3 tahun lalu.

      Sekian.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *