PG1System Weekly Meeting dan Kisah Burung Pelican

PG1System ialah satu educational system untuk dealer-dealer Public Gold yang nak berjaya, ikut acuan mentor-mentor yang dah terbukti berjaya.

Saya bersama ketiga-tiga mentor dalam Public Gold. Mereka semua sudah mencapai financial freedom

Manakala, PG1System Weekly Meeting setiap selasa malam yang saya hadir tu ialah perjumpaan mingguan dealer-dealer Public Gold yang aktif di seluruh Malaysia.

Semasa perjumpaan tersebut, kami bukan sahaja belajar dan mendengar perkongsian rakan-rakan dealer (termasuk mentor) di seluruh Malaysia, malah kami juga jadikan sebagai tempat untuk bergaul dan berbincang apa lagi penambahbaikan yang perlu dibuat oleh setiap dari kami.


Ini team saya di Tawau. Saya setiap selasa malam, saya drive dari Merotai ke Ranggu (rumah rakan dealer dari Tawau, jaraknya dalam 35km) demi untuk perjumpaan mingguan selama 2jam tersebut.

 

Kisah Burung Pelican

Kisah burung pelican ni sangat memberi pengajaran kepada saya tentang ” dengan siapa kita bergaul sekarang, akan mempengaruhi kehidupan kita 5 tahun akan datang” .

Ini secara ringkasnya tentang tersebut :

Suatu ketika dulu, di sebuah pulau yang terletak di USA, ada beribu-ribu burung pelican yang tinggal dan diberi makan oleh pihak perusahaan makanan laut di pulau tersebut.

Maksudnya, burung pelican di pulau tersebut tidak perlu dan tidak pandai menangkap ikan sendiri untuk mendapat makanan, kerana mereka sudah terbiasa diberi makan oleh nelayan-nelayan di sana.

Suatu hari, pihak kerajaan mengarahkan di pulau tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijadikan tempat pemprosesan makanan laut lagi atas sebab-sebab tertentu. 

Nelayan-nelayan yang memberi makan kepada burung pelican tadi terpaksa berpindah ke tempat lain.

Akibatnya, apabila perusahaan tersebut ditutup, banyak burung pelican mati kelaparan, kerana mereka tidak pandai untuk menangkap ikan sendiri.

Oleh itu, kerajaan US mencari inisiatif untuk mengimport beribu-ribu burung pelican dari benua Africa, untuk menggalakkan process pembiakan balik burung-burung pelican di pulau tersebut.

Walau bagaimanapun, kerajaan US dapati, burung pelican yang tidak pandai menangkap ikan tadi sudah pandai menangkap ikan sendiri akibat terpengaruh dengan burung-burung pelican yang diimport tadi.

Bukanlah disebabkan oleh process persenyawaan berlaku oleh burung pelican dari luar, namun ia disebabkan oleh ‘burung pelican’ tadi berkawan dengan burung pelican yang hebat menangkap ikan.

Apa yang saya belajar dari kisah ini ialah, dengan siapa kita bergaul mencorak perilaku kita pada masa sekarang dan juga memberi kesan kepada kita pada masa akan datang. Boleh baca ulasan lebih detail dari artikel mentor saya tentang The Power Of Association.

 

 Kewangan Bukan Sahaja Matematik, Tapi Emosi

Secara asasnya, kewangan merupakan matematik. Tolak campur darab bahagi dalam kewangan, semuanya dari tangan kita sendiri.

Namun, yang lebih mempengaruhi matematik dalam kewangan ialah emosi kita sendiri. Emosi dengan kewangan inilah yang menentukan bagaimana tahap kewangan kita semakin baik atau semakin buruk.

Emosi berbelanja ditentukan oleh dengan siapa kita bergaul. Sama juga dengan kisah burung pelican tadi. Jika burung pelican bergaul dengan yang tak pandai memburu, akhirnya mereka pada tahap sama je.

Sama juga dengan manusia.

Kalau kita bergaul dengan orang yang suka lepak kedai mamak, duit kita akan habis banyak di kedai mamak.

Kalau kita bergaul dengan orang yang suka repair-repair kereta, duit kita akan habis banyak dengan repair kereta.

Kalau kita bergaul dengan orang suka shopping online, duit kita conform akan habis banyak untuk shopping online.

Kalau sebaliknya pulak.

Jika kita bergaul dengan orang yang suka berjimat cermat, sudah tentu kita akan suka berjimat.

Jika kita bergaul dengan orang pandai berbisnes? Sudah tentu tak lama kemudian, kita juga akan pandai berbisnes.

 

Oleh itu, pilih betul-betul dengan siapa untuk berkawan rapat. Pilih untuk berkawan rapat dengan orang yang boleh memberi impak positif kepada kita pada masa depan.

Bukan maksud saya untuk membenci dengan kawan yang negatif, tapi untuk tidak terlalu rapat, takut lama-lama kita pulak yang terjangkit dengan orang yang negatif.

 

Environment PG1System Banyak Mengubah Perilaku Saya

Jujur saya katakan, dengan Environment PG1System sekarang ni, ia banyak mengubah perilaku saya ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah, terima kasih kepada-Mu ya Allah.

Dulu saya nak pegang mic pun boleh parkinson. HAHA. Sekarang Alhamdulillah, pegang mic dan bercakap depan orang ramai bukan satu masalah kepada saya.


 Saya di seminar emas dan shariah di Hotel Tabung Haji. Tiba-tiba MC minta ke depan untuk bagi ucapan. Fuhhh

Dulu saya baca buku-buku kisah yang entah apa-apa, sekarang saya lebih suka baca buku tentang kewangan.

Dalam hampir 2 tahun saya jalankan bisnes Public Gold, income saya dengan Public Gold sekarang  hanya RM150 hingga RM300 sebulan. (Alhamdulillah, ia lebih baik dari saya tunggu kenaikan gaji tahunan oleh syarikat).

Namun mentor saya selalu pesan, pengalaman baru dan perubahan yang tkita lakukan kepada yang lebih baik itulah sebenarnya kejayaaa awal yang telah saya kecapi.

Buat je perkara yang betul, dan sentiasa improve menjadi lebih baik, insyaAllah nanti duit datang sendiri. InsyaAllah

“Succes Is Predictable, See You At The Top”

 

Hafiz
Tawau, Sabah
11 Sept 2018
1 Muharam 1440H

 

Artikel Berkaitan

  1. Pengalaman Pertama Buka Booth di Tawau
  2. Mudahnya Membina Pencen Dengan Public Gold
  3. Seminar Emas Public Gold Ke-14 di Tawau

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

>