5 Keuntungan Beli Emas Cara Ansuran Public Gold

Sebelum saya kongsi keuntungan beli emas dengan cara ansuran ini, saya nak bagitahu bahawa, cara ini dinamakan Easy Payment Purchase Public Gold.

Cara belian ini sudah disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisor, yang merupakan juga penasihat syariah Bank Negara Malaysia.

Keuntungan Buat Belian Secara Ansuran EPP Public Gold

1. Dapat Beli Emas Masa Depan Dengan Harga Sekarang

Untuk beli emas cara EPP Public Gold, harga emas sekarang dibahagi 4 atau 10. Jika EPP4, kita perlu bayar dalam masa 4 bulan, manakala untuk EPP10, kita bayar dalam 10bulan.

Contoh mudah,

Jika harga emas goldbar 10gram sekarang RM2500. Kita hanya peru bayar RM250/sebulan dalam masa 10bulan. 

Jika harga emas 10 bulan akan datang meningkat kepada RM2800 untuk goldbar 10gram, dari segi nombor, kita dah untung sekitar RM300!

Ini pengalaman sebenar, sahabat saya sendiri yang untung lebih 20% sebab dia grab EPP10 tahun lepas.

Belian buat belian EPP10 pada tahun lepas, ketika harga emas 1 Dinar hanya RM889 per dinar. Sekarang June 2020, baru dia habis bayar, harga emas sudah cecah RM1100!

2. Disiplinkan Diri Dalam Menyimpan

Antara salah satu faktor utama kenapa guru-guru kewangan cadangkan untuk buat ASB financing ialah untuk mewujudkan tabiat menyimpan secara paksa.

Yelah, nak menyimpan ni, kalau tunggu  ada duit lebih, memang tak akan pernah ada duit lebih.

Dengan memanfaatkan EPP Public Gold, sebenarnya ia dapat melatih kita untuk paksa diri menyimpan emas, selain dapat untung ke atas kenaikan harga emas, kita juga dapat tambahkan jumlah aset fizikal kita.

Secara tak langsung, kekayaan kita semakin bertambah akibat tabiat yang kita amalkan, iaitu menyimpan secara paksa.

3. Beli Emas Besar, Dengan Modal Kecil

Untuk EPP Public Gold ni, kita boleh dapatkan emas yang besar-besar, dengan modal yang lebih kecil, dibayar secara bulanan.

Sebagai contoh sahabat saya tadi, kalau nak beli 2 Dinar terus sekali gus (sekitar RM1800), agak tinggi bagi kami yang bergelar graduan baru kalau nak bayar RM1800 sekali gus.

Tapi, jika bayar RM180 sebulan, itu lebih senang. Mula sekarang, 10bulan akan datang dapat 2 Dinar dah sedar tak sedar.

4. Tak Wajib Tunggu 10 Bulan

 Apa yang lebih menarik, EPP ni sebenarnya tak perlu tunggu 10bulan pun kita dah boleh ambil emas.

Asal dah habis bayar, boleh terus ambil. 

Biasanya, ramai yang saya jumpa. Bila dah mula simpan emas, rasa seronok nak tambah lagi gram-gram emas.

Jadi, tak menyabar sangat. Mereka buat aje bayaran penuh walau baru hanya 5 6 bulan. Mungkin sebab ada duit extra, mereka mampu bayar lebih.

Bila sudah habis bayar, terus inform staff PG berdekatan untuk ambil emas yang dibeli dengan cara EPP tadi.

Mudah!

5. Jadi Dealer Public Gold, Dengan Modal Minima

Saya bersama founder Public Gold, Dato Wira Loise Ng 

Untuk jadi dealer Public Gold, waktu bukan promosi, anda perlu buat belian minimum 200gram dalam satu resit, baru layak jadi dealer.

Jika sekarang, 200gram harganya sekitar RM50k. Fuhh. Banyak tu.

Jika buat belian secara EPP10, anda hanya perlu modal RM5k sebulan, terus dapat jadi dealer.

Apa yang bestnya, jika ada kawan-kawan nak beli emas pada bulan kedua, anda sudah layak dapat komisyen sebagai dealer, walaupun anda belum habis bayar emas 200gram tu.

Nak lagi best, kalau Public Gold buat promosi 30gram (sekitar RM7500) dah boleh jadi dealer?

Haa. Modal RM750 je dah layak jadi dealer. Tak perlu susah-susah sediakan duit RM7500 sekali gus tu.

Langkah Untuk Buat Belian EPP Public Gold

Untuk buat belian EPP ini bagi yang sudah ada PG Code (pernah beli emas PG) :

Kalau lupa PG Code : Cek Email
Username : PG Code
Password Default : No IC


Caranya :

(1) Order

Login web > Order > Purchase Order

Lepas tu pilih item emas (minimum 1 Dinar). Untuk EPP10 minimum jumlah item RM5k, untuk EPP4 minium RM500. Kecuali waktu promosi.

Masa buat option bayaran, pilih EPP Shariah, bukan Full Payment. Pilih samaada EPP4 atau EPP10.

(2) Bayaran

Boleh terus buat bayaran pertama pakai FPX atau nak tunggu email Performa Invoice dari sistem PG pun boleh.

Jika, buat bayaran secara manual, masukkan nombor order CSOXXXX, dekat reference supaya senang nak buat payment tracking. Bayaran kedua dan seterusnya pun sama.

Slip bayaran tu, emailkan ke payment@publicgold.com.my sekali dengan no rujukan order. Nak senang, wassap je nombor staff PG.

(3) Slip Bayaran Original

Slip bayaran tu  kena simpan dan serahkan masa ambil emas lepas habis semua bayaran bulanan tu.

Info Tambahan

Bagi yang belum ada PG Code, boleh register dulu account sementara  dekat link registration ini --> Daftar Account Sementara PG, jika belum ada Introducer, letak Kod PG saya PG00054635 sebagai Introducer.

Lepas daftar, login semula ke website Public Gold www.publicgold.com.my

Username : No IC (Lepas dah buat order, baru sistem Public Gold berikan PG Code secara rasmi dekat email)

Sekian. Semoga Bermanfaat.

Hafiz
Kulim Kedah
8 Jun 2020
16 Syawal 1441H

Artikel Berkaitan

3 Kerugian Beli Emas Public Gold di Platform Shopee atau Lazada

Sangat rugi beli emas Public Gold di platform Shopee atau Lazada tu.  Sebab apa?  Ini yang saya cakap beli emas jenama Public Gold sendiri, bukan beli emas jenama lain. Saya tahu ada ramai tersilap langkah beli dekat sana. Memang betul beli emas dapat emas.  Tapi, hakikatnya kalian akan rugi 3 perkara penting jika beli di sana. Beli beli emas

Read More

GAP Public Gold Auto Debit, Mudahkan Penyimpan Emas

GAP Public Gold (Auto Debit), ini fungsi terbaru untuk kita menabung emas dengan lebih mudah. Dengan hanya sekali ‘setting’,  Anda akan menabung emas secara automatik selama 12 bulan! Tak perlu setiap bulan nak login account GAP. Tiada risiko terlupa untuk menabung. Sewaktu saya kerja makan gaji dulu, saya jumpa HR untuk tolak siap-siap gaji bulanan saya, masuk

Read More

Kota Rome & Masa Depan Public Gold

Kota Rome tidak dibina dalam masa satu hari! Bila saya tahu info tentang Colosseum ni, saya cukup kagum. Macam mana 2000 tahun lalu mereka bina sebuah “stadium” yang :   Struktur nya yang unik. Disusun dengan bata nipis dan kukuh. Kalau tempat kita batu bata yang besar setiap keping.   Setiap penjuru penonton Colosseum ini, kita akan dengar volume suara

Read More

Peluang Jana Pendapatan Sebagai Dealer Public Gold

Boleh ke jana pendapatan sambil simpan emas, sebagai seorang dealer Public Gold? Boleh sangat! Pn Marlia sebagai HR Manager yang mempunyai pengalaman 17 tahun dalam MNC Company berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang dealer Public Gold di FB Live PGG100 Network tadi. Mula sekadar niat untuk mengisi masa lapang semasa bersara pada umur 45 tahun, target sekadar

Read More

Apa Keburukan Public Gold? Jujur dari saya.

Apa keburukan Public Gold? Asyik duk cerita kelebihan emas Public Gold je. Yelah, sebab saya seorang dealer Public Gold, memang lah cerita tentang yang murni-murni tentang Public Gold sahaja kan? Baiklah, saya cuba memberi info yang adil. Bukan sebab saya seorang dealer Public Gold, tapi sebab saya sendiri menjadi penyimpan emas Public Gold sejak dari tahun 2010

Read More