emas vs saham

8 Perbezaan Pelaburan Emas Dan Saham

emas vs saham

Semenjak kerajaan Malaysia mengumumkan PKP pada 18 Mac 2020, rakyat Malaysia ni jadi buntu sekejap. Sebab itu lah terhasilnya istilah bawang warrior, video orang terbang lah, macam-macam.

 Lepas seminggu, ramai yang mula sedar. Sedar untuk belajar tentang kewangan atau pelaburan pada waktu masa lapang ini. Termasuklah saya sekali, terjebak dengan pelaburan saham.

 Kelas percuma dan kelas berbayar, semua saya sertai. Setakat apa yang saya kaji, ini perbezaan ketara antara pelaburan emas dan saham.

1. Posisi Kewangan

Saya bukanlah seorang pakar dalam kewangan, tapi merujuk konsep asas tentang kewangan, saham dalam posisi serangan. 

Manakala, emas dalam posisi pertahanan. Selagi anda belum sediakan simpanan minimum 3 bulan gaji, jangan sesekali nak sertai mana-mana pelaburan, termasukklah emas.

Paling bagus, keuntungan saham anda tukar kepada emas, selain buat modal pusingan lagi.

2. Potensi Keuntungan

Dari sudut potensi keuntungan, pelabur saham boleh untung 100% dalam masa setahun. Bahkan dalam masa sebulan. Mahupun dalam masa sehari. Semuanya boleh.

Bagi pelabur emas, untung 10% sehari memang tak akan dapat. Spread margin pun sekitar 6% hingga 9%. Nak dapatkan untung 100%, mungkin memakan masa 5 tahun.

3. Risiko Kerugian

Jujur saya katakan, jika anda langsung tiada ilmu tentang saham. Anda boleh rugi 100% (rugi besar!!!). Sedangkan orang yang bertahun pengalaman pun boleh rugi besar, apatah lagi kita yang baru nak kenal.

Kalau emas, risiko kerugian mungkin kosong, kecuali anda ditipu oleh penjual emas. Itu aje.

4. Manfaat Ketika Harga Jatuh

Untuk emas, ketika harga jatuh. Anda ada emas ditangan. Bila ada emas, anda boleh manfaatkan emas tersebut dengan menggadai emas di mana-mana Ar Rahnu untuk dapatkan cash.

Jika saham, anda hanya ada nombor. Ketika harga saham yang anda pegang tu jatuh, tidak ada apa-apa yang anda boleh memanfaatkannya kecuali anda jual dengan kerugian.

5. Volatility

Saham sangat sensitive dengan keadaan ekonomi semasa, emas juga sensitive, tapi tak begitu hebat macam saham. Jika ada sesuatu berita, saham boleh naik dan jatuh sehingga 30% dalam masa sehari (ini biasa-biasa je). 

Ini jarang berlaku terhadap emas. Turun naik kalau RM10/gram sehari tu dah cukup luar biasa.

6. Modal Permulaan

Untuk modal, emas Public Gold boleh beli dengan modal RM100 je. Kalau emas syarikat lain mungkin RM1 ada yang dah boleh mula rasanya. 

Dalam saham juga anda boleh membeli dan jual saham dengan modal yang rendah. Hampir sama je dengan emas, masing-masing ada kos jual dan kos beli.

Dari aspek modal, nak lebih cepat untung. Perlu modal lebih besar, supaya kos jual dan kos beli itu lebih kecil berbanding modal pelaburan kita

7. Skala Kefahaman Ilmu

Ilmu saham ni bagi saya agak unik, memang best juga belajar pasal saham, sebab ia berkait rapat dengan ekonomi dunia, sama macam emas juga.

Cuma, jika emas saya boleh cadangkan aje baca Buku Wang Emas untuk anda rasa tenang bila melabur emas. Kalau saham, anda perlu cari guru selain buku, barulah anda  boleh melabur saham dengan tenang.

Perlu ingat, mana-mana pelaburan yang anda sertai. Pastikan anda boleh tidur lena di waktu malam.

8. Cara Bermula

Untuk emas, senang aje nak mula. Boleh order dan ambil terus emas dekat mana-mana branch Public Gold seluruh Malaysia jika dengan Public Gold.

Untuk saham pula, anda perlu membuka akaun CDS untuk mula membeli saham. Ambil masa dalam masa sebulan kalau saya tempoh hari. Bergantung

Fokus Kepada Ilmu

Mungkin ada yang nak cuba-cuba melabur dalam saham, silakan. Bagus saya rasa. Itu ilmu yang semua dari kita perlu belajar.

Sama juga dengan emas, saya focus educate masyarakat tentang ilmu emas dulu, baru saya ajar macam mana nak beli emas.

Guru saya selalu pesan,

" Bukan emas yang membuatkan kita kaya, tetapi ilmu tentang emas itu sendiri yang membuatkan kita bertambah kaya " - Mohd Zulkifli Shafie

Begitulah juga dengan saham,

Bagi saya, jika anda melabur saham tanpa ilmu, ia umpama anda berjudi dalam Bursa Malaysia.

Sekian. Semoga Bermanfaat.

Hafiz
Kulim, Kedah
18 Julai 2020
27 Zulkaedah 1441H

Ini hanyalah sekadar kajian pribadi saya, mungkin ada yang kurang tepat, sila komen untuk penambahbaikan.

Artikel Berkaitan

>