Asas Pelaburan Emas Yang Patut Semua Orang Tahu

Nak mulakan pelaburan emas? Ini asas penting sebelum kita memulakan pelaburan emas, supaya kita tidak mudah ditipu oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Baiklah, ada 4 asas utama pelaburan emas iaitu :

Terus klik sahaja poin mana yang nak baca, untuk jimatkan prosess kalian dapatkan panduan asas tentang pelaburan emas ini.

1. Mesti Boleh Dapatkan Fizikal

Pelaburan emas yang sebenarnya ialah, sekadar kita beli dan dapat emas.

Bayar duit, dan boleh dapat emas secara fizikal.

Sama sahaja dengan kita beli barang kemas di kedai emas, kita beri duit kepada penjual emas. Kita dapat emas.

Tak sama dengan ASB, Tabung Haji.

Kita serahkan duit, dan boleh dapat pulangan setiap tahun seperti dividen.  

Pelaburan emas tidak ada dividen!

Oleh itu,

Jika ada ejen emas menawarkan pelaburan emas yang boleh memberikan pulangan setiap bulan.

Saya nasihatkan anda,

Untuk angkat kaki dan lari cepat-cepat, kecuali anda saja-saja nak cuba rasa kerugian, silakan.

Persoalan emas yang kita beli tu nak simpan sendiri atau tidak seperti akaun emas fizikal GAP, itu soal lain.

Yang penting, kita boleh dapatkanya secara fizikal.

Bukan sekadar nombor dan kertas (statment), dan tidak ada hak untuk dapatkan fizikal.

Untuk dapatkan info tentang akaun emas fizikal GAP,

Boleh rujuk video saya di atas atau baca artikel tentang persoalan yang sering ditanya tentang Akaun Emas Fizikal GAP.

2. Beli Harga Rendah Jual Harga Tinggi

Asas yang kedua ialah, tentang cara memperoleh keuntungan dalam pelaburan emas.

Caranya cuma satu :

Kita boleh untung dalam pelaburan emas, apabila kita beli pada harga yang rendah, dan jual pada harga yang lebih mahal.

Ya.

Kita perlu jual dulu baru boleh dapat untung! (dari sudut RM)

Jika ASB, Tabung Haji, Unit Trust atau Saham :

Kita boleh dapatkan dividen tanpa perlu menjualnya terlebih dahulu.

Jika pelaburan hartanah,

Kita boleh untung dari sudut pendapatan terhadap sewaan.

Pelaburan emas, kita perlu jual baru boleh untung.

Jadi, dekat mana uniknya pelaburan emas? Haa, meh saya nak kongsikan satu fakta.

Ini graf harga emas sebelum dan selepas 1971,

Cuma kita perhatikan, harga emas mendatar sahaja sebelum 1971, rasa-rasanya sebab apa?

Sebabnya ialah, pelaburan emas sebenarnya tidak wujud sebelum tahun 1971!

Eh tak wujud? Habis tu?

Tertulis pada duit US Dollar lama, "redeemable on gold demand "

Ya, duit kertas sebelum tahun 1971 tu sebenarnya emas.

Cuma ia sebagai pengganti emas (duit yang sebenar).

Kita yang memiliki duit ketika itu, hakikat sebenar ialah kita memiliki emas yang bervaucerkan duit.

Duit kita tersebut disimpan didalam bank, bagi memudahkan urusan jual diluar.

Umpama masa kita sekolah dulu,

Hari sukan, kita diberi vaucer untuk belanjakan makan minum di gerai-gerai ketika hari sukan sekolah.

Haa, begitulah sebelum 1971, sebelum US melanggar perjanjian Breten Wood, yang memisahkan hubungan sebenar emas dan duit kertas.

Dapat sesuatu?

3. Pelaburan atau Simpanan Emas

Dari sudut seorang pembeli emas, kita sebenarnya boleh melabur atau menyimpan emas. 

Jika kita seorang pelabur,

Fokus kita ialah untuk beli dan jual balik untuk memperoleh keuntungan dari sudut ringgit. 

Soal turun naik harga emas, kita letak tepi dulu.

Jika kita seorang penyimpan emas,

Fokus kita pula ialah beli untuk pertambahan gram dari tahun ke tahun. 

Lagi banyak gram yang kita ada, lagi kita gembira.

Sebab dengan pertambahan gram emas tersebut, kita boleh jadikan aset, modal, sumber untuk kita tukarkan emas kepada mencapai matlamat kita seperti :

  • Pendidikan anak
  • Haji dan umrah
  • Beli rumah atau tanah

Kalau tanya saya,

Nak beli emas untuk pelaburan atau simpanan?

Setakat pengalaman saya menjadi penyimpan emas dan dealer yang aktif lebih dari 5 tahun, penyimpan emas lebih kaya berbanding pelabur emas kerana :

  • Penyimpan emas, untung dari sudut pertambahan simpanan yang dia ada, sedangkan pelabur emas masih sibuk baca teknikal harga emas, sehingga langsung tidak miliki emas.
  • Penyimpan emas permulaannya kecil sahaja, namun kekayaannya semakin lama semakin bertambah dari sudut jangka panjang, sedangkan pelabur emas perlu buat belian minimum 250gram (harga sekitar RM60k sekarang),untuk dapatkan spread emas yang lebih murah.

Jadi, kita sebagai rakyat marhean.

Fokus je mulakan simpanan emas, walau hanya 1gram 1bulan.

Saya jamin, kita akan menjadi lebih kaya berbanding sebelum kita bermula. 

Harga emas tolak tepi dulu, yang penting, fokus kepada pertambahan gram emas.

4. Dapatkan Ilmu Secepat Mungkin

Kalau tanya saya, ada bajet RM200 untuk beli emas, saya akan cadangkan untuk mula dulu simpanan emas dengan bajet RM150, selebihnya RM50 tu buat beli buku.

Buku apa nak beli?

Saya sangat sarankan untuk baca dua buah buku ini, yang ditulis oleh mentor saya sebaik sahaja mulakan simpanan emas yang pertama.

Iaitu buku :

  • Misi Bebas Hutang
  • Wang Emas

Memiliki emas 1000gram sekalipun, tidak akan bernilai jika kita beli emas tanpa ilmu.

Namun, jika kita miliki emas 11gram dengan ilmu yang betul, ia jauh lebih baik dari memilki emas 1000gram tadi tanpa ilmu.

Dua buah buku ini adalah buku bacaan yang santai, dan setakat feedback pembaca, satu hari pun boleh habiskan bacaan tersebut.

Cara nak dapatkan buku ini, terus order buku di Galeri Ilmu.

Dapatkan Bimbingan Simpanan Emas

Saya rasa sudah panjang lebar saya terangkan tentang asas penting pelaburan emas.

Bagi yang sudah mula menyimpan emas, macam mana?

Boleh tinggalkan sedikit pengalaman menabung emas di ruang komen?

Bagi sahabat-sahabat yang perlukan bantuan untuk memulakan pelaburan atau simpanan emas, terus hubungi saya, tekan butang dibawah.

Hafiz
Kota Bharu, Kelantan
24 June 2021

Artikel Berkaitan

Untung Saham, Tukar Kepada Emas

Encik S, nak tukarkan keuntungan saham sekitar RM70,000 kepada bentuk emas fizikal. Katanya nak secure duit tersebut dalam bentuk aset yang lebih stabil, di zaman ekonomi yang tak menentu sekarang. Itulah cari betul sebenarnya untuk manfaatkan alat kewangan. Emas, saham, wang kertas, ada fungsinya sendiri.Tukarkan Keuntungan Kepada EmasHari ini, ramai yang dah celik emas. Tahu fungsi emas

Read More

Pelaburan Emas Digital Yang Anda Kena Faham

Pelaburan emas syarikat itu ok tak? Pelaburan emas syarikat ini ok tak? Mana yang untung? Beli emas digital atau fizikal? Ini antara soalan yang sering di tanya bagi yang baru nak belajar dan korek ilmu tentang emas. Saya percaya, emas ni banyak selok beloknya, masing-masing ejen atau dealer nak promot produk masing- masing atas nama emas.Emas Digital

Read More

Mas Kahwin Dinar Emas. Ini Cara Dan Tipsnya

Mas kahwin guna dinar emas? Mungkin ini bagi saya dah biasa, sebab saya kenal emas sejak dari tahun 2010 lagi. Dan saya sendiri gunakan 20 Dinar emas, sebagai mas kahwin pada 2014 dahulu. Saya pernah ceritakan dalam artikel saya tentang keistimewaan gunakan emas sebagai mas kahwin sebelum ini. Cuma untuk artikel ini, saya akan kongsikan apa tips dan

Read More

Cara Gandakan Duit Dengan Emas? Wujud ke?

Cara gandakan duit dengan emas? Ada ke? Mesti ramai yang teruja untuk tahu lebih lanju tentang teknik gandakan duit dengan emas ni.  Hmm. Ok sekejap. Sebelum tu. Gandakan duit ni macam mana? Cuba jawab dulu soalan ini kepada diri sendiri? Beli emas, kemudian duit beranak dengan dengan sendiri. Dapat income bulan-bulan? Macam tu? Setakat pengalaman saya dengan emas sejak

Read More

4 Soalan Wajib Tanya Sebelum Mula Simpan Emas

Sebelum mula simpan emas, sebaiknya selesaikan 4 soalan wajib ini terlebih dahulu. Cuba tanya diri sendiri, dan cuba jawab untuk diri sendiri. Nak beli atau simpan emas, jangan ikut-ikut orang, jangan ikut apa yang orang kongsi di media social. Bukan sahaja emas. Apa-apa pelaburan sekali pun. Jangan ikut orang. Ini apa yang mentor saya selalu pesan. Saya pegang prinsip

Read More

Apa Beza Emas 916 dan Emas 999?

Apa beza emas 916 dan emas 999? Emas yang mana satu patut kita beli? Ramai pembaca blog saya atau subscriber telegram saya yang bertanya tentang emas yang mana patut kita beli? Emas dinar atau emas goldbar? Apa beza emas 999 dan emas 916? Untuk artikel kali ini, saya akan terangkan apa perbezaan emas 916 dan 999.Beza Emas 916

Read More