emas sebagai hadiah

Beri Emas Sebagai Hadiah Bernilai Sepanjang Zaman

emas sebagai hadiah

Memberi emas sebagai hadiah merupakan satu idea yang bijak.

Pernah juga seorang pelanggan Public Gold menghubungi saya, untuk dapatkan emas dan mahu jadikan hadiah kepada isteri tercinta beliau sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Wahh. Sungguh bijak.

Kalau bagi duit kepada isteri, RM200 tu sekejap je dah boleh habis, tak sampai seminggu. Tapi, kalau bagi emas, yang nilainya hampir sama, ia boleh dijadikan simpanan sepanjang zaman.

Masalah Hadiah Dibiarkan

emas Public gold

Cuba perhati, apa terjadi kepada hadiah-hadiah semasa majlis perkahwinan?

Kalau alat-alat elektrik, saya percaya, mesti ramai yang menggunanakannya. Sebab majoriti mempelai yang baru mendirikan rumah tangga akan memanfaatkan barangan rumah yang free.

Macam saya juga. Rasa gembira bila ada orang bagi keperluan rumah.

Tapi, ada juga masalah bila ramai sangat beri pinggan atau cawan. Tak tak bersyukur, cuma disebabkan terlampau banyak, hinggakan ia dibazirkan. 

Akhir sekali, hadiah tu disimpan je dalam almari bertahun-tahun.

Semua Orang Sukakan Emas

Gold bar thankyou

btr

Masalah seperti tadi dapat diatasi jika kita jadikan emas sebagai hadiah. Bajetnya tak mahal pun, sekitar RM150 pun dah boleh dapat emas seberat 0.5gram.

Bila hadiakhkan emas, si penerima sudah pasti akan simpankan sampai bila-bila. Apabila perlukan duit, emas tu boleh digadai untuk dapatkan pinjaman segera.

Tak lama lagi akan ada sambutan Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti ramai yang akan mengadakan majlis kesyukuran perkahwinan.

Kalau sahabat-sahabat baik pembaca blog ada yang bakal mendirikan rumah tangga, boleh siap-siap belikan hadiah emas sebagai hadiah kepada mereka.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
22 Mei 2019
17 Ramadhan 1440H

Artikel Berkaitan

>