Duit Yang Perlu Guna Untuk Beli Emas Simpanan

Semalam, lebih satu jam saya bersembang dengan sahabat saya kami bekerja bersama sewaktu kerja di Sabah dahulu.

En A, seorang jurutera stim.

Beliau memang salah seorang sahabat saya yang agak peka dengan pentingnya ilmu kewangan.

Ini soalan yang ditanya, membuatkan saya terpanggil untuk berkongsi penulisan saya hari ini :

" Fiz, duit yang mana perlu guna untuk beli emas? Kenapa tak simpan je dalam ASB? "

Ini soalan pertama, ada lagi pula soalan lain yang masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga pagi ini.

" Macam mana dengan zakat? Kalau ASB, aku bayar zakat guna dividen, emas takda dividen" 

Ok baiklah, saya akan kongsikan harini, tentang persoalan yang bermain difikiran sahabat saya ini.

Saya yakin, ramai juga sahabat-sahabat yang lain masih keliru dengan dua persoalan ini.

Duit Yang Sesuai Untuk Beli Emas

Untuk sediakan duit beli emas, beli guna duit yang kita tidak akan pakai lebih dari setahun.

Tidak pakai yang saya maksudkan disini ialah tidak pakai dari segi untuk keperluan.

Kalau kita merancang untuk mulakan duit simpanan untuk kegunaan lebih tahun akan datang, ia sesuai wujudkan simpanan tersebut dengan beli emas.

Contoh :

(1) Simpan duit ini untuk deposit beli rumah 3 tahun akan datang. Duit ini sesuai tukar kepada emas.

(2) Simpan duit untuk pergi haji 5 tahun akan datang, duit ini sesuai beli emas.

(3) Dapat duit bonus, dan belum ada rancangan untuk gunakan duit bonus. Tukar cepat-cepat kepada emas, sebelum terbeli barang bukan keperluan lain.

Jika kita alami 3 situasi ini, simpan dalam bentuk emas lebih baik kerana :

(1) Nilai simpanan kita kekal walau macam mana keadaan ekonomi sekalipun. Nilai emas tidak terjejas.

(2) Jumlah simpanan lebih senang kekal berbanding simpan kepada duit. Simpan duit, risiko duit tu habis dirompak oleh diri sendiri lebih tinggi berbanding dicuri oleh orang lain.

Persediaan Duit Sebelum Beli Emas

Jika kita ada RM3000,

Duit inilah untuk beli susu anak, duit inilah untuk beli pampers anak. (duit Keperluan)

RM3000 yang kita ada ini simpan je dalam Tabung Haji. Tak perlu gatal tangan nak beli emas.

Lain pula apabila pendapatan kita RM3000 sebulan, simpanan kecemasan sudah cukup 6 bulan gaji (bersamaan RM18k).

Asal dapat je durian runtuh, seperti bonus atau untung side income, beli je emas.

Tukar cepat-cepat kepada emas, sebelum duit tu tertukar kepada barang bukan keperluan lain.

Itu lebih selamat!

Kalau Simpanan Tak Pernah Cukup

Jika tadi, guru emas saya menasihatkan untuk menyediakan duit kecemasan terlebih dahulu, baru beli emas.

Namun, ia hanya untuk kita yang tidak ada penyakit boros!

Penyakit boros = Gatal tangan bila pegang duit.

Sudah bekerja lebih 5 tahun, tak kesah gaji sidikit atau besar, tetapi simpanan RM1000 atau satu bulan gaji pun belum ada, ini dikategori sebagai ada penyakit boros!

Bila ada simtom penyakit boros,

Kita perlu cari ubat cepat-cepat, iaitu mula simpan emas! 

Simpan duit sikit-sikit, lama-lama masih sikit, cuba pula simpan emas, insyaAllah mujarab!

Kalau sekarang sangat mudah,

Boleh manfaatkan je terus dengan akaun simpanan emas GAP Public Gold, ada bajet RM100 dah boleh mula.

Kita simpan emas pun seperti simpan duit, cuma dalam bentuk yang lebih baik.

Zakat Sebagai Penyucian Harta Kita

"Simpan ASB, guna dividen untuk bayar zakat. Simpan emas, nak kena jual emas ke?"

Tak perlu!

Setakat saya menjadi penyimpan emas sejak dari tahun 2011, alhamdulillah, tak pernah lagi saya terpaksai bergadai harta untuk bayar zakat emas.

Dari tahun ke tahun,

Zakat yang perlu saya bayar semakin banyak! Itulah salah satu cara untuk kita berterima kasih kepada Allah, yang Maha Pemberi Rezeki kepada kita.

Ada je selalu rezeki lain yang merimpah ruah, apabila kita bayar zakat.

Dari sudut rezeki yang Allah kurniakan apabila kita bayar zakat tak boleh guna formula 2 + 2 = 4

Rezeki Allah bagi lain!

2+2  jawapannya mungkin 10 20 atau 100!

Berkaitan dengan zakat, anda mungkin boleh artikel Panduan Ringkas Mengira Zakat Emas selepas ini

Begitulah.

Ada apa-apa persoalan tentang emas? Sila tinggal komen dibawah, nanti saya akan reply satu per satu.

Hafiz
Kota Bharu, Kelantan
18 November 2020
Rabu, 2 Rabiulakhir 1442H

Artikel Berkaitan

Untung Saham, Tukar Kepada Emas

Encik S, nak tukarkan keuntungan saham sekitar RM70,000 kepada bentuk emas fizikal. Katanya nak secure duit tersebut dalam bentuk aset yang lebih stabil, di zaman ekonomi yang tak menentu sekarang. Itulah cari betul sebenarnya untuk manfaatkan alat kewangan. Emas, saham, wang kertas, ada fungsinya sendiri.Tukarkan Keuntungan Kepada EmasHari ini, ramai yang dah celik emas. Tahu fungsi emas

Read More

Pelaburan Emas Digital Yang Anda Kena Faham

Pelaburan emas syarikat itu ok tak? Pelaburan emas syarikat ini ok tak? Mana yang untung? Beli emas digital atau fizikal? Ini antara soalan yang sering di tanya bagi yang baru nak belajar dan korek ilmu tentang emas. Saya percaya, emas ni banyak selok beloknya, masing-masing ejen atau dealer nak promot produk masing- masing atas nama emas.Emas Digital

Read More

Mas Kahwin Dinar Emas. Ini Cara Dan Tipsnya

Mas kahwin guna dinar emas? Mungkin ini bagi saya dah biasa, sebab saya kenal emas sejak dari tahun 2010 lagi. Dan saya sendiri gunakan 20 Dinar emas, sebagai mas kahwin pada 2014 dahulu. Saya pernah ceritakan dalam artikel saya tentang keistimewaan gunakan emas sebagai mas kahwin sebelum ini. Cuma untuk artikel ini, saya akan kongsikan apa tips dan

Read More

Cara Gandakan Duit Dengan Emas? Wujud ke?

Cara gandakan duit dengan emas? Ada ke? Mesti ramai yang teruja untuk tahu lebih lanju tentang teknik gandakan duit dengan emas ni.  Hmm. Ok sekejap. Sebelum tu. Gandakan duit ni macam mana? Cuba jawab dulu soalan ini kepada diri sendiri? Beli emas, kemudian duit beranak dengan dengan sendiri. Dapat income bulan-bulan? Macam tu? Setakat pengalaman saya dengan emas sejak

Read More

4 Soalan Wajib Tanya Sebelum Mula Simpan Emas

Sebelum mula simpan emas, sebaiknya selesaikan 4 soalan wajib ini terlebih dahulu. Cuba tanya diri sendiri, dan cuba jawab untuk diri sendiri. Nak beli atau simpan emas, jangan ikut-ikut orang, jangan ikut apa yang orang kongsi di media social. Bukan sahaja emas. Apa-apa pelaburan sekali pun. Jangan ikut orang. Ini apa yang mentor saya selalu pesan. Saya pegang prinsip

Read More

Asas Pelaburan Emas Yang Patut Semua Orang Tahu

Nak mulakan pelaburan emas? Ini asas penting sebelum kita memulakan pelaburan emas, supaya kita tidak mudah ditipu oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Baiklah, ada 4 asas utama pelaburan emas iaitu : Asas Pelaburan Emas 1. Mesti Boleh Dapatkan Fizikal2. Beli Harga Rendah Jual Harga Tinggi3. Pelaburan atau Simpanan Emas4. Dapatkan Ilmu Secepat MungkinDapatkan Bimbingan Simpanan Emas

Read More