Experience Your Fears

Beberapa minggu sebelum berlangsung JLT2019 dibawah group PGG100Network, tentatifnya sudah siap.

Saya pula ditugaskan untuk berkongsi ilmu tentang blog marketing dengan 60 orang dealer yang akan menyertai program tersebut.

Nak ikutkan hati dan perasaan, rasa tak mampu nak bawa tugas tu. Topik ini sebenarnya kali pertama dikongsi di JLT secara lebih detail. Jadi, saya perlu sediakan slide semuanya bermula dari kosong!

Dengan jadual padat kerja hakiki, dan nak buat persediaan dengan beberapa audit besar lagi, saya rasa nak tolak kepada orang lain tanggungjawab ni je, tapi hakikatnya, orang lain pun ada tugas hakiki sama macam saya.

Nak tak nak, saya kena ON juga.

Saya ambil keputusan untuk teruskan aje. Walaupun dah selalu menyampaikan seminar, perasaan gugup bila ke depan tu tetap ada. Mana tidaknya, mereka semua ‘someone’ dalam kerja hakiki masing-masing.

Ada pensyarah, ada doctor perubatan, pengurus besar dan juga saintis pun ada. HUHU.


Yang lagi special, memang seorang yang dah bergelar jutawan pun ada!

Alhamdulillah, semuanya selesai pada hari tersebut. Yang rasa tak boleh bawa tu sebenarnya hanya mindset saya je. Mindset yang negative (banyak biawak. HAHA). Kalau saya tak lawan biawak tu, biawak saya makin membesar!

Bila biawak dah besar. Nak buat segala benda pun akan jadi payah.  Itulah. Apa yang penting. EXPERIENCE YOUR FEAR! Ambil perkara yang positif.

Begitulah. Semoga Bermanfaat.

Untuk sahabat-sahabat yang perlukan bantuan untuk mula menyimpan emas, boleh terus hubungi saya, InsyaAllah saya boleh bantu anda secara percuma je.

Hafiz
Kulim, Kedah
11 December 2019
13 Rabiul Akhir 1441H

Artikel Berkaitan

Jadikan Tabiat Orang Berajaya, Kunci Kejayaan Hidup

” Coach, saya tak nak angkat dumble ni, nanti badan saya jadi macam coach “. Seorang kakak yang berumur sekitar 40an, bagitahu jurulatih fisio saya. Coach tadi tergelak, dan bagitau kakak tu bahawa, untuk dapat badan macam “hulk” tu, perlukan training secara konsisten dengan betul selama 3 hingga 5 tahun. Bukan setakat dua tiga bulan training. Mereka

Read More

Pengalaman Mendaki Kinabalu. Apa Yang Saya Belajar?

Dah lama pasang impian nak mendaki Gunung Kinabalu sebenarnya. Sewaktu belajar lagi. Setakat hari, ada lah beberapa gunung dekat semenanjung yang pernah saya sampai ke puncak. Antaranya, Tahan, Korbu, Gayung, dan Batu Puteh. Bagi saya, ni antara gunung yang hardcore jugalah. Dan yang paling santai (tapi tak santai juga lah), ialah Gunung Kinabalu. Haha Sebab apa? Gunung-gunung lain. Lepas saya

Read More

10 Cara Manusia Diberi Rezeki

Pagi ni saya nak berkongsi petikan buku Forensik Kewangan yang ditulis oleh Tuan Zaidi Ismail.  Ia tentang bukti jaminan Allah untuk bagi rezeki kepada hambaNYA.1. Rezeki yang telah dijamin Dan tiadalah seusuatu pun daripada makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya. (Hud 11:6)2. Rezeki kerana usaha Dan bahawa sesungguhnya tidak ada

Read More