Mula Dulu Simpanan Emas 1 Gram Pertama, Ketika Hari Pertama Terima Gaji

Mula dulu 1 Gram Yang Pertama!

Setakat pengalaman saya sebagai seorang dealer Public Gold sejak dari tahun 2016.

Perkara paling susah dalam menyimpan emas ialah untuk bermula! Walau hanya 1 gram yang pertama.

Bila dah mula, biasanya terus kena getah. HEHE

Tapi takpe, ini getah yang baik! Getah untuk ubat penyakit boros berbelanja.

Ini harga emas tahun 2014.

Kesilapan biasa penyimpan emas ketika bermula ialah, "nak tunggu harga paling murah".

Hakikat yang sebenar. 

Tiada seorang pun yang tahu, berapa harga emas esok, lusa dan seterusnya.

Namun, berdasarkan sejarah harga emas, harga emas sentiasa meninggkat  dalam jangka masa panjang.

"Mula dulu walau 1gram pertama, nanti fahamkan lebih detail kemudian!" - mentor saya Mohd Zulkifli Shafie

Cara paling mudah untuk mula simpan emas 1gram 1 bulan ialah dengan menggunakan akaun emas fizikal GAP. (KLIK)

Sebelum duit habis, tukarkan siap-siap kepada emas. Emas ni juga duit, duit di dalam bentuk yang lebih baik!

Kenapa saya nasihatkan mula dulu, fahamkan kemudian?

Ia adalah supaya :

(1) Sebagai Benchmark Harga Emas

Benchmark harga bermaksud, korang sendiri ada satu harga emas yang korang boleh jadikan sebagai panduan.

Ini kerana.

Harga emas masa 90an dahulu RM30 per gram jer. Mak-mak kita cakap mahal juga masa tu kan?

Jadi, kalau korang nak tunggu harga emas RM30 per gram jugak baru nak mula, alamatnya sampai ke sudah kita tak mula.

Kalau tanya nenek, zamannya harga emas RM15 per gram. Pun nenek cakap mahal! HEHE

Tidak pernah ada satu zaman pun orang anggap harga emas tu murah!

(2) Supaya lebih mudah faham tentang turun naik harga emas

Tak pernah lagi saya jumpa, orang yang beli emas harini, lepas tu dah tak turun-turun harga emas tu.

Lepas beli, mesti ada turun dan ada naik!

Harga emas memang macam tu, naik turun dalam jangka masa pendek, namun dalam jangka panjang, sejarah telah buktikan harga emas menaik.

Jadi, kita mesti mula dulu walau 1gram pertama, supaya senang faham turun naik harga emas.

Selagai tak mula. Tak akan faham! Percayalah!

(3) Sebagai motivasi menyimpan emas

Emas, semakin dipegang.
Semakin rasa sayang.

Tak sama macam duit, semakin dikira semakin berkurang.

Cuba lah sendiri.

Beli emas seketul yg 5gram (beli yg lebih besar supaya ada feel). Simpan dalam dompet.

Cuba tengok kesannya.

Saya jamin, emas tu masih tersimpan. Malah makin bertambah disebabkan seronoknya menyimpan.

Akhir sekali,

Penyimpan emas bukanlah bertambah kaya disebabkan harga emas yg menaik, tetapi disebabkan rasa seronoknya untuk tambah tambah dan tambah lagi simpanan.

Oleh itu, untuk sahabat-sahabat yg ada plan nak mula, tak perlu tunggu betul-betul faham baru nak mula. 

Dapat gaji. Mula dulu, baru cepat faham.

Tak tahu macam mana nak mula, boleh terus wassap saya di +6014-500 5090 untuk saya bantu!

Nanti tambahkan ilmu sedikit demi sedikin kemudian.

Wallhuallam

Hafiz
Tawau, Sabah
24 Januari 2019
18 Jamadil Awal 1440H

Kredit foto : MohdZulkifliDotCom

Artikel Berkaitan

Untung Saham, Tukar Kepada Emas

Encik S, nak tukarkan keuntungan saham sekitar RM70,000 kepada bentuk emas fizikal. Katanya nak secure duit tersebut dalam bentuk aset yang lebih stabil, di zaman ekonomi yang tak menentu sekarang. Itulah cari betul sebenarnya untuk manfaatkan alat kewangan. Emas, saham, wang kertas, ada fungsinya sendiri.Tukarkan Keuntungan Kepada EmasHari ini, ramai yang dah celik emas. Tahu fungsi emas

Read More

Pelaburan Emas Digital Yang Anda Kena Faham

Pelaburan emas syarikat itu ok tak? Pelaburan emas syarikat ini ok tak? Mana yang untung? Beli emas digital atau fizikal? Ini antara soalan yang sering di tanya bagi yang baru nak belajar dan korek ilmu tentang emas. Saya percaya, emas ni banyak selok beloknya, masing-masing ejen atau dealer nak promot produk masing- masing atas nama emas.Emas Digital

Read More

Mas Kahwin Dinar Emas. Ini Cara Dan Tipsnya

Mas kahwin guna dinar emas? Mungkin ini bagi saya dah biasa, sebab saya kenal emas sejak dari tahun 2010 lagi. Dan saya sendiri gunakan 20 Dinar emas, sebagai mas kahwin pada 2014 dahulu. Saya pernah ceritakan dalam artikel saya tentang keistimewaan gunakan emas sebagai mas kahwin sebelum ini. Cuma untuk artikel ini, saya akan kongsikan apa tips dan

Read More

Cara Gandakan Duit Dengan Emas? Wujud ke?

Cara gandakan duit dengan emas? Ada ke? Mesti ramai yang teruja untuk tahu lebih lanju tentang teknik gandakan duit dengan emas ni.  Hmm. Ok sekejap. Sebelum tu. Gandakan duit ni macam mana? Cuba jawab dulu soalan ini kepada diri sendiri? Beli emas, kemudian duit beranak dengan dengan sendiri. Dapat income bulan-bulan? Macam tu? Setakat pengalaman saya dengan emas sejak

Read More

4 Soalan Wajib Tanya Sebelum Mula Simpan Emas

Sebelum mula simpan emas, sebaiknya selesaikan 4 soalan wajib ini terlebih dahulu. Cuba tanya diri sendiri, dan cuba jawab untuk diri sendiri. Nak beli atau simpan emas, jangan ikut-ikut orang, jangan ikut apa yang orang kongsi di media social. Bukan sahaja emas. Apa-apa pelaburan sekali pun. Jangan ikut orang. Ini apa yang mentor saya selalu pesan. Saya pegang prinsip

Read More

Asas Pelaburan Emas Yang Patut Semua Orang Tahu

Nak mulakan pelaburan emas? Ini asas penting sebelum kita memulakan pelaburan emas, supaya kita tidak mudah ditipu oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Baiklah, ada 4 asas utama pelaburan emas iaitu : Asas Pelaburan Emas 1. Mesti Boleh Dapatkan Fizikal2. Beli Harga Rendah Jual Harga Tinggi3. Pelaburan atau Simpanan Emas4. Dapatkan Ilmu Secepat MungkinDapatkan Bimbingan Simpanan Emas

Read More