Tempat simpanan terbaik untuk anak-anak sebenarnya bergantung kepada matlamat akhir duit simpanan tersebut.
Kebiasaannya, tujuan simpanan untuk anak ialah simpanan untuk tujuan pendidikan.
Antara Instrumen Simpanan :
1. Tabung Haji
2. ASB
3. Emas
Yang mana paling sesuai?
Kos pendidikan untuk anak-anak ialah antara kos paling besar mereka perlu tanggung sebaik sahaja memasuki umur remaja.
Bukan di Malaysia je, namun di seluruh dunia.
Kita tengok di Jepun, ibu bapa sampai sanggup tidak mahu mendapat cahaya mata lagi, disebabkan khuatir tentang kemampuan mereka untuk menanggung kos pendidikan yang tinggi disana.
(Ini apa yang sahabat saya yang bekerja di Jepun beritahu)
Berapa Kos Pendidikan Anak?

Kredit Foto : edayzakaria.com
Kalau kita lihat sekarang, kos pendidikan untuk seorang pelajar untuk mendapatkan segulung ijazah ialah sekitar RM30k hingga RM50k.
Namun, berapa kos pengajian anak akan datang? 10 tahun lagi? 20 tahun lagi?
Bergantung kepada kos apa yang pelajar tersebut ambil.
Pakar ekonomi juga menjangkakan menjelang tahun 2030, kos pendidikan anak akan meningkat naik, atas faktor inflasi.

Bila Nak Guna Duit Pendidikan Anak?
Oh. Sudah pasti lebih 10 tahun akan datang. Jika anak baru lahir, sudah pasti paling cepat ialah 20 tahun lagi.
Jadi, simpanan untuk anak-anak boleh dikategorikan sebagai simpanan jangka masa panjang!
Untuk kegunaan 20 tahun akan datang, saya rasa sudah tidak releven kita membuka tabung 'duit' untuk anak.
Nilai duit yang kita simpan sekarang, tidak akan sama dengan nilai duit 20 tahun akan datang!
Ambil Kira Faktor Inflasi

Ambil kira faktor inflasi, simpanan emas adalah simpanan terbaik untuk anak-anak.
Duit simpanan untuk pendidikan anak ialah simpanan jangka masa panjang!
Terlalu panjang.
10 tahun hingga 20 tahun lagi, baru kita akan guna simpanan tersebut untuk mereka.
Cara terbaik untuk alihkan simpanan pendidikan kepada anak ialah simpan dalam bentuk emas.
Kita tak perlu pening-pening nak membuat analisa harga emas 20 tahun akan datang, tengok sahaja harga sebiji karipap 20 tahun lalu dengan sekarang?
Banyak bezanya.
Jadi, untuk 20 tahun akan datang?
Simpanan emas ialah cabang tabung yang paling releven untuk pendidikan anak.
Kelebihan Simpanan Emas Untuk Tabung Anak
Saya pernah ulasnya dekat sini tentang 3 kelebihan simpanan emas untuk anak-anak.
Sekarang ini amat mudah, dengan Public Gold. Saya boleh terus mulakan simpanan emas untuk anak-anak dengan serendah RM100 je.
Iaitu dengan akaun emas fizikal GAP.
Sejujurnya, anak saya sebaik sahaja ada My Kid je terus buka akaun emas untuk anak.

Tabung Haji sekadar untuk cukupkan daftar haji je. Selebihnya saya tukarkan kepada akaun emas GAP.
Setiap seorang anak, ada satu akaun.
Bila anak terima duit, atau dapat duit raya ke, terus masukkan dalam akaun emas GAP.
Mudah!