Panduan Lengkap Bagi Newbie Untuk Mula Pelaburan Emas (2021)
Ini ialah panduan lengkap bagi newbie untuk mulakan pelaburan emas, untuk dapatkan bimbingan segera, boleh terus wassap saya di 60145005090
Read MoreUntuk pelaburan emas dekat Malaysia, menabung emas dalam bentuk jongkong atau dinar juga antara tindakan bagus jika kalian ingin melabur emas.
Sebelum tu, saya ingin perjelaskan kepada kalian tentang 2 jenis pelaburan emas di Malaysia iaitu :
Jenis Pelaburan Emas
1. Pelaburan emas fizikal
2. Pelaburan emas melalui akaun emas.
Pelaburan emas secara fizikal pula terbahagi kepada 3 jenis, iaitu :
Untuk artikel kali ini,
Saya fokus kepada pelaburan emas fizikal bagi syiling atau dinar emas sahaja.
Saya mencadangkan kalian membaca tips pelaburan emas melalui barang kemas juga selepas ini.
Bagi menjimatkan masa kalian untuk membaca artikel ini, boleh terus lompat ke tajuk pilihan dalam Isi Kandungan dibawah.
Baiklah,
ini antara soalan yang sering saya ditanya,
" Hafiz, nak pilih emas yang mana, syiling atau jongkong emas yang terbaik?"
Sebelum itu, kalian perlu faham dulu istilah yang saya bakal gunakan dalam artikel ini :
1. Syiling = Dinar = Coin
2. Jongkong = Bar
Untuk pelaburan mahupun simpanan, beli emas syiling dan bar lebih cepat untung berbanding barang kemas.
Ini memudahkan kita untuk mengira jumlah gram emas yang kalian memiliki, terutamanya ketika ingin membayar zakat.
Ini contoh emas jongkong Public Gold, dari sekecil 0.5gram sehingga 1000gram.
Untuk jongkong emas Public Gold, kita boleh dapatkannya dengan berat standard berikut :
Ini pula contoh dinar emas Public Gold, dari sekecil 1/2 Dinar hingga 10 Dinar.
1 Dinar bersamaan 4.25gram ye, kot-kot ada yang masih belum tahu.
Antara kelebihan emas jongkong dan dinar berbanding barang kemas ialah lebih mudah dibawa dan disimpam (baca: sorok).
Apabila mudah dibawa, dan juga mudah disimpan, risiko kehilangan atau kene ragut sangat rendah.
Opps, satu lagi,
Mungkin pencuri pun tak tahu kita pegang emas, sebab biasanya pencuri hanya terbeliak mata bila tengok barang kemas.
Jika kita memiliki barang kemas, dan kita ingin dapatkan tunai (menjual emas), emas kita perlu diuji ketulinan dan beratnya terlebih dahulu, sebelum dapat duit.
Untuk emas jongkong atau dinar Public Gold, kita bawa sahaja ke mana-mana cawangan Public Gold semula untuk menjualnya.
Saya ada tulis artikel tentang Public Gold, nanti boleh baca kemudian.
Tak perlu resit, tak perlu uji ketulinan!
Saya pernah kongsi pengalaman sebenar saya gadai emas Public Gold di Pos Ar Rahnu Tawau tahun, boleh
Ini ialah jadual spread emas Public Gold.
Spread bagi jongkong emas dan dinar jauh lebih rendah berbanding barang kemas.
Spread adalah satu kritiria penting kalian perlu tahu sebelum kalian membuat pembelian emas.
Saya mencadangkan kalian membaca 5 Kritiria Penting Emas Pelaburan selepas ini.
Untuk jongkong dan dinar biasanya,
Spreadnya kurang dari 15% (bergantung kepada syarikat emas), jika syarikat Public Gold, spread emasnya hanya sekitar 6% hingga 9% sahaja.
Jika barang kemas pula,
Spreadnya sekitar 20% - 30%, banyak tu. Sebab itulah, kalau kalian nak untung cepat beli emas, pilih jongkong atau dinar.
Emas jongkong dan dinar juga boleh digadai seperti barang kemas.
Tapi, saya pernah dengar orang cakap emas jongkong dan dinar tak boleh digadai, saya pun pelik.
Sebab saya sendiri pernah gadai emas-emas saya dekat Pos Arrahnu Tawau sekitar 2018 yang lalu.
Saya pernah kongsi pengalaman saya gadai emas Public Gold sebelum ini, kalian boleh juga baca pengalaman saya tersebut sekejap lagi.
Di Malaysia, terdapat 3 jenis institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan (jongkong/dinar) iaitu bank, kedai emas dan kilang emas.
Kita boleh lihat semua tempat yang menjual emas tersebut di senarai ini :
Ini senarai kedai emas yang utama, mungking banyak lagi kedai emas yang lain di tempat kalian.
Ini senarai tempat yang menjual emas bar/dinar sebagai bisnes utama.
Baiklah,
Sekarang kalian dah faham tentang keutungan simpan goldbar atau dinar berbanding barang kemas.
Kalian juga sudah tahu, dekat mana syarikat atau institusi yang menjual emas pelaburan dekat Malaysia ini.
Persoalan sekarang,
" Emas dari syarikat mana yang paling bagus? "
Emas yang paling bagus kalian boleh menilai secara pakej, bukan hanya dari sudut harga yang murah.
Untuk menilai emas mana yang bagus, kalian boleh memilih berdasarkan 5 kritiria ini.
5 Kritiria Memilih Emas
1. Harga per gram lebih murah.
2. Spread yang lebih rendah.
3. Stock yang tidak terhad
4. Cawangan jual beli banyak.
5. Syarat beli balik tidak cerewet.
Dari 5 kritiria emas ini,
Kita boleh memilih, emas mana atau dari syarikat mana yang paling sesuai dengan kalian.
Kesesuaian ini dari sudut tempat tinggal, dan juga bajet kita.
Kalau nak menabung emas dengan bajet serendah RM100, boleh cuba baca artikel tentang akaun emas GAP Public Gold.
Semoga bermanfaat
Ini ialah panduan lengkap bagi newbie untuk mulakan pelaburan emas, untuk dapatkan bimbingan segera, boleh terus wassap saya di 60145005090
Read MoreIni ialah antara sedikit perbezaan harga emas antara syarikat emas yang terdapat di Malaysia, anda boleh rujuk di artikel ringkas sini .
Read MoreBila sebut kepada aset fizikal, sudah tentu ramai yang terbayang dengan emas.
Namun hakikatnya, ramai yang lupa dengan silver. Silver juga salah satu aset fizikal yang diguna pakai matawang ketika zaman nabi dulu, bukan sahaja emas.