Bagi newbie, ini adalah panduan lengkap untuk mula pelaburan emas. Saya pasti, masih ramai yang masih perlukan bimbingan.
Pernah dengar pasal emas,
Tetapi tidak tahu produk emas apa yang ada dekat luar sana.
Bila dah tahu produk,
Tak tahu macam mana nak pilh tempat yang baik untuk beli emas.
Bila sudah tahu syarikat, cara mana yang paling sesuai dengan keadaan kita sekarang.
Baiklah, untuk artikel kali ini, saya akan guide anda satu per satu, dari mengenal produk, hinggalah anda menjadi penyimpan emas yang merdeka.
Artikel ini panjang, saya sarankan anda menggunakan jadual isi kandungan untuk mempercepatkan proses pemahaman anda :
Step 1 : Pilih Jenis Pelaburan Emas
Pelaburan emas terdiri kepada dua jenis, iaitu :
Jenis Pelaburan Emas
1. Emas Yang Ada Fizikal
2. Emas Melalui Akaun (Emas Kertas)
Untuk pelaburan emas fizikal pula, ia terdiri kepada 3 kategori :
Kategori Emas Fizikal
1. Barang Kemas
2. Emas Bar dan Dinar
3. Akaun Emas Fizikal
Bagi pelaburan emas melalui akaun emas (emas kertas), biasanya kebanyakan bank ada menyediakan produk ini.
Pelaburan emas kertas ini biasanya dipanggil Gold Investement Account (GIA).
Kita beli emas berdasarkan harga emas semasa, dan kita hanya dapat nombor (gram emas). Tak dapat keluarkan kepada fizikal.
Dan cari GIA ni ada sedikit isu tentang shariah.
(1) Membeli barang kemas juga salah satu pelaburan emas melalui emas fizikal yang bagus, terutamanya untuk kaum hawa.
Selain untuk pelaburan, barang kemas juga boleh dijadikan sebagai alat perhiasan wanita.
Jika anda nak beli barang kemas dan lebih menguntungkan, saya mencadangkan anda baca artikel saya sebelum ini tentang tips membeli barang kemas.
(2) Membeli goldbar atau dinar, sebagai pelaburan emas juga adalah tindakan yang sangat bijak.
Ia lebih cepat untuk meraih keuntungan berbanding pelaburan emas melalui barang kemas.
Ini kerana :
Kelebihan Utama Goldbar/Dinar
1. Harga Lebih Murah
2. Berketulinan 999.9
3. Spread lebih kecil
Saya sudah terangkan lebih jelas dalam artikel saya tentang tips pelaburan emas melalui jongkong dan syiling emas, saya mencadangkan untuk anda baca dulu sebelum mulakan pelaburan emas.
Selain itu, pelaburan emas fizikal juga boleh dibuat (3) melalui akaun emas yang disandarkan emas fizikal.
Jika di Malaysia,
Selain Public Gold Gold Accumulation Program (GAP), Kuwait Finance House(KFH) juga menawarkan perkhidmatan ini.
Untuk faham lebih detail tentang akaun emas fizikal yang ditawarkan oleh pihak Public Gold, saya sarankan untuk anda baca artikel saya FAQ Gold Accumulation Program.
Step 2 : Letak Matlamat Pelaburan Emas
Baiklah,
Sekarang anda sudah faham tentang produk-produk pelaburan emas yang ada di luar sana.
Langkah seterusnya ialah anda perlu letak matlamat dalam pelaburan emas.
Matlamat pelaburan emas lebih sesuai untuk matlamat kewangan anda dalam jangka masa panjang.
Bagi anak muda sekitar 20an, ini beberapa saranan untuk anda simpan emas:
Matlamat Simpanan Bagi Remaja 20an
1. Simpan emas untuk maskahwin, 5 Dinar
2. Simpan emas untuk deposit beli rumah, 50gram
3. Simpan emas untuk travel, 20gram
Bagi yang dah nak masuk 30an, antara matlamat anda simpan emas :
Matlamat Simpanan Bagi Golongan Muda 30an
1. Simpan emas untuk pergi haji, 20 Dinar
2. Simpan emas untuk tunaikan umrah, 10 Dinar
3. Simpan emas untuk melancong dengan keluarga, 50gram
Anda boleh aje nak simpan dalam ASB atau Tabung Haji,
Cuma setakat pengalaman saya menjadi penyimpan emas sejak dari tahun 2011, simpan dalam bentuk emas lebih mudah, berbanding simpan duit.
Apabila saya dah letakkan matlamat simpanan saya kepada gram emas, ia lebih cepat untuk dicapai.
Bagi yang dah lama bekerja, umur dah capai 40an, ini antara tujuan simpan emas :
Matlamat Simpanan Bagi Golongan 40an
1. Simpan emas untuk yuran pengajian anak, 250gram
2. Simpan emas sebagai simpanan kalis inflasi, 500gram
3. Simpan emas sebagai persediaan waktu persaraan, 1000gram
Semua matlamat simpanan emas ini,
Berdasarkan pengalaman sebenar saya dalam menyimpan emas, dan juga penyimpan-penyimpan emas yang lain dibawah bimbingan saya.
Namun, anda boleh ejas ikut kesesuaian anda.
Lain orang, lain matlamat dan juga lain impian.
Step 3 : Buat Kajian Ringkas Tentang Syarikat Emas
Okey,
Sekarang ini, anda dah sampai masa untuk beli emas.
Banyak tempat anda boleh beli emas dekat luar sana, dan yang mana satu anda nak pilih?
Untuk membuat kajian ringkas itu, anda perlu berpandukan 5 Kritiria Emas Yang Terbaik Untuk Pelaburan, ringkasnya iaitu :
5 Kritiria Emas
1. Harga Per Gram Yang Murah.
2. Spread yang nipis
3. Stock Tidak Terhad
4. Syarat beli balik tidak cerewer.
5. Cawangan Jual Beli Banyak
Saya mencadangkan anda membaca artikel saya tentang Kajian Kes Perbandingan Harga Syarikat Emas di Malaysia, untuk memudahkan anda membuat kajian sendiri secara lebih terperinci.
Untuk kesimpulan dari topik kecil ini,
Apa yang saya perhati, antara syarikat (atau tempat beli emas) yang paling melengkapi 5 kritiria emas terbaik untuk pelaburan ialah Public Gold.
Tempat Membeli Emas Fizikal di Malaysia
1. Maybank
2. UOB Bank
3. Ar Rajhi Bank
4. KFH
5. Yapiem
6. Kelantan Gold Trade
Mungkin ini satu kenyataan yang tidak adil, disebabkan saya ialah dealer Public Gold, tetapi anda boleh buat kajian sendiri berdasarkan guideline yang saya beri.
Step 4 : Tentukan Kesesuaian Bajet
Ok sekarang,
Anda sudah ada ilmu tentang pelaburan emas yang mana patut anda sertai.
Persoalan seterusnya ialah,
" Berapa bajet bulanan anda peruntukan untuk menabung emas? "
Apabila anda sudah jelas dengan bajet, barulah anda akan mudah untuk pilih produk emas yang mana sesuai dengan bajet anda.
Jika anda ingin membuat pelaburan emas dengan Public Gold, saya ingin ringkaskan 4 cara beli emas Public Gold, iaitu :
Cara Beli Emas Public Gold
1. Walk In
2. Order Online (Full Payment)
3. Easy Payment Purchase (EPP)
4. Akaun Emas Fizikal GAP
Setiap kaedah belian emas Public Gold ini mempunyai kelebihan masing-masing, mengikut kesesuaian keaadaan pembeli emas.
Anda tak perlu risau,
Saya akan guide satu persatu, cara belian emas Public Gold yang terbaik, mengikut produk yang anda ingin dapatkan.
Step 5 : Produk Emas Public Gold 2020, Dan Cara Belian Sesuai
Untuk step 5 ini,
Saya nak tunjukkan dekat anda semua semua produk emas Public Gold,
dan apa cara terbaik untuk dapatkan produk emas ini.
Small Bar, 0.5gram, 1gram, 1/2 Dinar dan 5gram
Item emas ini boleh dibeli dengan cara (1) Walk In, (2) Order Online dan (4) GAP.
Jika walk in dan order direct online, harganya ialah RM350 sekeping. (Rujuk jadual harga di atas, atau terus ke www.publicgold.com.my)
Untuk emas 1/2 Dinar pula,
Jika walk in dan order direct online, harganya ialah RM725 sekeping.
Dan untuk goldbar 5gram,
Jika walk in dan order direct online, harganya ialah RM1650 sekeping.
Bila dikira balik harga emas per gram bagi ketiga-tiga item emas ini, harganya agak mahal.
Harga Per Gram Retail Small Item :
Goldbar 1 gram: RM350/g
1/2 Dinar: RM341/g
Goldbar 5 gram : RM330/g
Jadi, macam mana nak dapatkan harga lebih murah?
Untuk lebih jimat dapatkan item ini, anda boleh beli dengan cara akaun emas fiikal GAP.
Untuk harga emas GAP, harga merujuk pada harga yang di atas ini, dan ditambah gold premium apabila nak keluarkan emas tu nanti.
Jika harga hari ini RM287/g, anda boleh dapatkan harga emas ini seperti berikut:
Harga Emas Beli Cara GAP
Goldbar 1 Gram
= RM287 + RM10
=RM297 sekeping
1/2 Dinar (2.125)
=RM287*(2.125) + RM10
=RM620 sekeping
Goldbar 5 Gram
=RM284*5 + RM10
=RM1435 sekeping
Baiklah,
Secara ringkasnya, untuk dapatkan small item ini, anda dinasihatkan untuk beli emas dengan cara akaun emas fizikal GAP,
Kecuali anda seorang 'beruang', yang tak kesah sangat pasal harga =).
Emas 1 Dinar dan 10gram
Harga Emas 1 Dinar Public Gold sekarang sekitar RM1200, boleh dibeli dengan kesemua cara, rujuk balik 4 cara beli emas tadi.
Sama juga dengan Bungamas 10gram ini
Harga emas ini sekarang sekitar RM2875 + RM15 sekeping.
Cara terbaik untuk dapatkan emas ini ialah dengan cara EPP4 atau Full Payment.
Cuma kadang-kadang, kalau ada promosi, boleh juga dibeli dengan EPP10.
Dekat bawah ini saya tunjukkan cara pengiraan kos untuk belian emas Bungamas 10gram:
Fullpayment
RM2875 + RM15
= RM2890
EPP4
RM2875/4 = RM719
Bulan 1 = RM719 + RM15 + RM10
Bulan 2 = RM719
Bulan 3 = RM719
Bulan 4 = RM719
Total = RM2900
Untuk EPP,
Kita perlu pembayaran extra EPP premium, cuma kadang-kadang kalau ada promosi, EPP premium free.
Jadi, bila ada apa-apa promosi, terus grab ye. =)
Emas 20gram & 5 Dinar
Untuk emas 20gram dan keatas, jumlah harganya sudah melebihi RM5000.
Jadi, ia boleh dibeli dengan cara EPP10 juga. Rujuk harga tadi juga ye.
Untuk pengiraan harga,
Anda boleh rujuk balik huraian saya untuk goldbar Bungamas 10gram tadi.
Bajet perlu ada untuk beli emas ini seperti kat bawah :
20gram Jongkong
EPP10 : RM573/sebulan
Full Payment : RM5747
Untuk belian 5 Dinar,
Ini contoh pengiraan yang saya buat sebagai rujukan.
5 Dinar
EPP10 : +-RM610/sebulan
Full Payment : RM6129
Jongkong 50gram dan 10 Dinar
Untuk jongkong emas 50gram, dan emas 10Dinar. Harga emasnya sekitar RM10k hingga RM15k.
Jika anda bercadang untuk dapatkan 2 item yang ini, anda mungkin berpeluang buat belian emas sekali gus mendapat free jadi normal dealer.
Jom saya tolong kirakan, berapa bajet yang anda perlu ada untuk dapatkan emas 50gram.
50gram
EPP10 : +-RM1440/sebulan
Full Payment : RM14,447
10 Dinar
EPP10 : +-RM1233/sebulan
Full Payment : RM12,371
Jongkong Emas 100g, 250g, 1000g
Kebiasaannya,
Jika anda ada bajet untuk dapatkan emas item 100g ke atas, saya recommend anda terus grab belian emas ini dengan mendapat percuma jadi Priority Dealer.
Ini harga emas 100g, 250g dan 1000gram Public Gold.
Cara terbaik untuk dapatkan 3 item ini ialah EPP10 atau Full Payment.
100gram Bungamas
EPP10 : +-RM2868/sebulan
Full Payment : RM28,750
250gram
EPP10 : +-RM7147/sebulan
Full Payment : RM71,566
1000gram
EPP10 : +-RM28,586/sebulan
Full Payment : RM286,115
Kesimpulan,
Ini antara cara belian mengikut item dan bajet yang sesuai bagi emas Public Gold.
Apa yang penting,
Set bajet! Dan pilih cara belian yang sesuai.
Step 6 : Cara Beli Emas Public Gold
Okey baiklah,
Anda dah sampai lankah yang terakhir, iaitu nak mula dalam pelaburan emas.
Cara 1 : Walk In
Untuk beli emas secara walk in,
Anda pergi sahaja ke mana-mana branch Public Gold, dan pilih emas mana yang available dekat branch, bayar dan terus dapat emas.
Jika belum pernah buat belian emas dengan Public Gold sebelum ini.
Pastikan anda bagitahu staff Kod PG saya :
Nama : Mohamad Hafiz b Shafie
PG Code : PG00054635
Keperluan Di Branch
1. IC
2. Duit yang cukup (Jika melebihi RM5k, buat pembayaran di bank, dan bawa resit pembayaran)
Cara 2 : Order Online ( Full Payment)
Untuk membuat order di webstie Public Gold, anda perlu register terlebih dahulu.
Klik Register Sebagai Customer Public Gold, ikut step sampai siap register.
Dan terus lock harga emas yang anda nak seperti dalam video, sehinga anda dapat nombor order (CSO Number).
Kemudian,
Sharekan CSO number ini kepada saya di +60145005090 untuk saya bantu anda follow up dengan staff Public Gold tentang progress emas anda.
Cara 3: Order Online (Easy Payment Purchase)
Untuk membuat order EPP di webstie Public Gold, anda perlu register terlebih dahulu jika belum ada PG Code.
Klik Register Sebagai Customer Public Gold, ikut step sampai siap register.
Dan terus lock harga emas yang anda nak seperti dalam video, sehinga anda dapat nombor order (CSO Number).
Boleh rujuk video yang saya kongsi di atas.
Ini CSO untuk order Easy Payment Purchase, dekat CSP EPP, sistem Public Gold terus berikan jadual pembayaran.
Kemudian,
Sharekan CSO number ini kepada saya di +60145005090 untuk saya bantu anda follow up dengan staff Public Gold tentang progress emas anda.
Cara 4 : Beli Emas Melalui Akaun Emas Fizikal GAP
Untuk membuka akaun emas fizikal GAP, hanya dealer yang boleh daftarkan akaun emas ini kepada 'new customer', iaitu bagi yang belum pernah buat pembelian dengan Public Gold.
Untuk saya bantu anda membuka akaun emas fizikal GAP, boleh whatsap saya maklumat berikut :
Maklumat Untuk Buka GAP
Nama:
Email:
Nombor Fon :
No IC :
Pekerjaan :
Kemudian,
Saya akan siapkan akaun emas GAP untuk anda, dan anda perlu membuat pembayaran pertama kepada Public Gold dalam masa 24jam selepas anda terima PG Code dari saya.
Dapatkan Bimbingan Segera
Untuk dapatkan bimbingan dengan segera dalam memulkan pelaburane emas Public Gold, anda boleh terus hubungi saya atau isteri saya, kami berdua ialah Master Dealer Public Gold.
Untuk dapat info dan tips terkini tentang emas dan kewangan, boleh join Telegram rasmi saya.