Jongkong Emas

Tips Pelaburan Emas Melalui Jongkong Emas di Malaysia (2023)

Untuk pelaburan emas dekat Malaysia, menabung emas dalam bentuk jongkong atau dinar juga antara tindakan bagus jika kalian ingin melabur emas.

Sebelum tu, saya ingin perjelaskan kepada kalian tentang 2 jenis pelaburan emas di Malaysia iaitu :

Jenis Pelaburan Emas

1. Pelaburan emas fizikal

2. Pelaburan emas melalui akaun emas.

Pelaburan emas secara fizikal pula terbahagi kepada 3 jenis, iaitu :

3 Jenis Emas Fizikal

1. Syiling Emas

2. Jongkong Emas

3. Barang Kemas

Untuk artikel kali ini,

Saya fokus kepada pelaburan emas fizikal bagi syiling atau dinar emas sahaja.

Saya mencadangkan kalian membaca tips pelaburan emas melalui barang kemas juga selepas ini.

Bagi menjimatkan masa kalian untuk membaca artikel ini, boleh terus lompat ke tajuk pilihan dalam Isi Kandungan dibawah.

Apa Beza Syiling Dan Jongkong Emas?

Baiklah,

ini antara soalan yang sering saya ditanya,

" Hafiz, nak pilih emas yang mana, syiling atau jongkong emas yang terbaik?"

Sebelum itu, kalian perlu faham dulu istilah yang saya bakal gunakan dalam artikel ini :

1. Syiling = Dinar = Coin

2. Jongkong = Bar

" Syiling dan jongkong emas sama sahaja dari sudut potensi pelaburan. Harga sama, spread sama, malah ketulenan juga sama"

bentuk, syiling emas bentuknya bulatjongkong emas bentuknya petak.
Ini jawapan kepada pertanyaan tadi, Yang berbeza antara syiling dan goldbar hanyalah , manakalah

Kelebihan Pelaburan Emas Bar dan Syiling

Untuk pelaburan mahupun simpanan, beli  emas syiling dan bar lebih cepat untung berbanding barang kemas.

1. Mempunyai Saiz Bentuk Yang Standard

Ini memudahkan kita untuk mengira jumlah gram emas yang kalian memiliki, terutamanya ketika ingin membayar zakat.

Jongkong Emas Public Gold

Ini contoh emas jongkong Public Gold, dari sekecil 0.5gram sehingga 1000gram.

Untuk jongkong emas Public Gold, kita boleh dapatkannya dengan berat standard berikut :

  • 0.5gram
  • 1 gram
  • 5 gram
  • 10 gram
  • 20 gram
  • 50 gram
  • 100 gram
  • 250 gram
  • 1000 gram
Nasi Lemak dan Emas GAP Public Gold

Ini pula contoh dinar emas Public Gold, dari sekecil 1/2 Dinar hingga 10 Dinar.

1 Dinar bersamaan 4.25gram ye, kot-kot ada yang masih belum tahu.

2. Mudah Dibawa Dan Simpan

Antara kelebihan emas jongkong dan dinar berbanding barang kemas ialah lebih mudah dibawa dan disimpam (baca: sorok).

jongkong emas 5gram

Apabila mudah dibawa, dan juga mudah disimpan, risiko kehilangan atau kene ragut sangat rendah.

Opps, satu lagi,

Mungkin pencuri pun tak tahu kita pegang emas, sebab biasanya pencuri hanya terbeliak mata bila tengok barang kemas.

3. Mudah Ditunaikan (Tukar kepada Cash)

Jika kita memiliki barang kemas, dan kita ingin dapatkan tunai (menjual emas), emas kita perlu diuji ketulinan dan beratnya terlebih dahulu, sebelum dapat duit.

Untuk emas jongkong atau dinar Public Gold, kita bawa sahaja ke mana-mana cawangan Public Gold semula untuk menjualnya.

Saya ada tulis artikel tentang Public Gold, nanti boleh baca kemudian.

Tak perlu resit, tak perlu uji ketulinan!

Saya pernah kongsi pengalaman sebenar saya gadai emas Public Gold di Pos Ar Rahnu Tawau tahun, boleh

4. Susut Nilai (Spread) Yang Rendah

spread emas Public Gold

Ini ialah jadual spread emas Public Gold.

Spread bagi jongkong emas dan dinar jauh lebih rendah berbanding barang kemas.

Spread adalah satu kritiria penting kalian perlu tahu sebelum kalian membuat pembelian emas.

Saya mencadangkan kalian membaca 5 Kritiria Penting Emas Pelaburan selepas ini.

Untuk jongkong dan dinar biasanya,

Spreadnya kurang dari 15% (bergantung kepada syarikat emas), jika syarikat Public Gold, spread emasnya hanya sekitar 6% hingga 9% sahaja.

Jika barang kemas pula,

Spreadnya sekitar 20% - 30%, banyak tu. Sebab itulah, kalau kalian nak untung cepat beli emas, pilih jongkong atau dinar.

5. Boleh Digadai

Emas jongkong dan dinar juga boleh digadai seperti barang kemas.

Tapi, saya pernah dengar orang cakap emas jongkong dan dinar tak boleh digadai, saya pun pelik.

Sebab saya sendiri pernah gadai emas-emas saya dekat Pos Arrahnu Tawau sekitar 2018 yang lalu.

Saya pernah kongsi pengalaman saya gadai emas Public Gold sebelum ini, kalian boleh juga baca pengalaman saya tersebut sekejap lagi.

Institusi Yang Menjual Emas Jongkong atau Dinar Di Malaysia

Di Malaysia, terdapat 3 jenis institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan (jongkong/dinar) iaitu bank, kedai emas dan kilang emas.

Kita boleh lihat semua tempat yang menjual emas tersebut di senarai ini :

Bank Yang Menjual Emas

Kedai Emas Yang Menjual Emas Bar/ Syiling

1. Poh Kong

2. Habib Jewel

3. Tomei

4. Poh San

Ini senarai kedai emas yang utama, mungking banyak lagi kedai emas yang lain di tempat kalian.

Syarikat Emas

Ini senarai tempat yang menjual emas bar/dinar sebagai bisnes utama.

Syarikat/Tempat Mana Yang Paling Baik?

Baiklah, 

Sekarang kalian dah faham tentang keutungan simpan goldbar atau dinar berbanding barang kemas.

Kalian juga sudah tahu, dekat mana syarikat atau institusi yang menjual emas pelaburan dekat Malaysia ini.

Persoalan sekarang,

" Emas dari syarikat mana yang paling bagus? "

Emas yang paling bagus kalian boleh menilai secara pakej, bukan hanya dari sudut harga yang murah.

Untuk menilai emas mana yang bagus, kalian boleh memilih berdasarkan 5 kritiria ini.

5 Kritiria Memilih Emas


1. Harga per gram lebih murah.

2. Spread yang lebih rendah.

3. Stock yang tidak terhad

4. Cawangan jual beli banyak.

5. Syarat beli balik tidak cerewet.

Dari 5 kritiria emas ini,

Kita boleh memilih, emas mana atau dari syarikat mana yang paling sesuai dengan kalian.

Kesesuaian ini dari sudut tempat tinggal, dan juga bajet kita.

Kalau nak menabung emas dengan bajet serendah RM100, boleh cuba baca artikel tentang akaun emas GAP Public Gold.

Semoga bermanfaat

Hafiz
Kulim, Kedah
21 Ogos 2020
2 Muharam 1442H
Artikel ini di update pada 27 December 2022, segala komen sebelum ini mungkin sudah tidak lagi releven

Artikel Berkaitan

>