silver Public Gold

Cara Untuk Menyimpan Aset Fizikal Dengan Modal Kecil

silver Public Gold

Bila sebut kepada aset fizikal, sudah tentu ramai yang terbayang dengan emas.

Namun hakikatnya, ramai yang lupa dengan silver. Silver juga salah satu aset fizikal yang diguna pakai matawang ketika zaman nabi dulu, bukan sahaja emas.

Jika emas ia digunakan sebagai duit not ratus-ratus atau ribu, manakalah perak (silver) digunakan sebagai duit not sen-sen atau puluh. Ye la kan, zaman nabi dulu andaikan nak dapatkan makanan ruji seperti gandum, mereka gunakan matawang perak iaitu dirham.

Potensi Besar Menyimpan Silver

Ramai pakar tentang kewangan dan ekonomi mengatakan, silver adalah emas pada masa depan.

Dikala silver banyak diguna pakai dalam industri semiconductor, makin lama jumlah pengeluaran silver dari perut bumi makin berkurang, namun demand terhadapnya berterusan, pada saat itu harga silver boleh melambung tinggi.

Tambahan pula, pada saat ekonomi sekarang dalam keadaan gawat disebabkan virus Covid-19 yang melanda seluruh dunia, waktu inilah pakar kewangan menasihatkan orang ramai untuk beralih kepada aset fizikal seperti emas atau perak, kerana ia aset yang paling selamat dalam apa jua gangguan ekonomi melanda.

 Untuk dengar lebih lanjut tentang potensi simpan silver, boleh dengar FB Live yang disampaikan oleh guru emas saya ini.

Tips Kumpul Silver

Bagi sahabat yang nak kumpul silver, saya nasihatkan korang beli dengan syarikat yang berkredibilit tinggi seperti Public Gold, supaya senang nanti korang nak jual balik silver tu bila perlukan duit.

Ini kerana, pernah ada seorang pembeli silver jenama luar negara, beliau beli dengan kawan, sekarang nak jual silver tu susah. Kedai emas tak terima, beliau dah pergi banyak ar rahnu pun tak terima.

 Kecuali beliau beli silver janama Public Gold, ia boleh dijual dengan mudah di Public Gold sendiri tanpa sebarang syarat.


Sekian. Semoga Bermanfaat

Mohamad Hafiz Shafie
Kulim, Kedah
9 April 2020
15 Syaaban 1441H

Artikel Berkaitan

>