Syarikat Emas di Malaysia

Perbandingan Antara Syarikat Emas di Malaysia

Sebagai penyimpan emas baru, buat perbandingan antara syarikat emas yang ada di Malaysia, adalah satu tindakan yang bijak.

Ini soalan yang saya sering ditanya :

" Hafiz, emas syarikat A okey ke? Emas bank B okey ke? Kenapa emas syarikat ini murah? Kenapa emas syarikat ini mahal?"

Maksudnya anda sangat berhati-hati sebelum melepaskan duit dari tangan kita. Bagus!

Untuk membuat perbandingan, ini 5 kritiria penting sebagai penanda aras untuk kita pilih sesuatu jenama emas tersebut.

Untuk kajian saya kali ini, saya pilih 6 tempat paling bagus kita boleh beli emas di Malaysia, berdasarkan reputasi syarikat tersebut.

6 Syarikat Emas Kajian


1. Maybank

2. UOB Bank

3. Kuwait Finance House (KFH)

4. Public Gold Marketing

5. Ar Rajhi Bank

6. Kelantan Gold Trade

Jom kita bandingkan satu persatu.

Kita bandingkan dari semua aspek, bukan sahaja dari satu sudut iaitu harga murah semata-mata.

Sebelum teruskan bacaan artikel ini, saya sarankan anda baca juga artikel Tips Pelaburan Emas Melalui Jongkong atau Dinar Emas di Malaysia

Perbandingan Harga Emas Per Gram

1. Harga Emas Maybank

kijang emas maybank

Maybank mengeluarkan syiling emas yang dipanggil Kijang Emas.

Bermula dari 1/4 Oz, 1/2 Oz dan 1 Oz. 1 Oz bersamaan 31.1gram

harga emas maybank

Sumber : Gold & Silver Counter Rates Maybank

Untuk emas Maybank - Syiling Kijang Emas, saya rujuk harga di atas ini. (Tarikh 21/8/2020).

Harga emas per gram saya ringkaskan seperti berikut :

Harga Emas Per Gram

1/4 Oz = RM288.69/g

1/2 Oz = RM283.66/g

1 Oz = RM278.34/g

2. Harga Emas UOB Bank

emas UOB

Ini ialah semua jenis produk emas UOB Bank. Sangat menarik design-design emas yang dijual di UOB.

harga emas uob

Sumber : Gold Bullion Pricess UOB Bank

Untuk harga emas UOB, ada terlalu banyak stock dan jenis emas, yang saya kirakan ini hanya goldbar UOB Bank.

Ini sedikit ringkasan tentang harga emas UOB Bank (Tarikh : 23/8/2020)

Harga Emas Per Gram

100gram = RM264.19/g

20gram = RM272.0/g

10gram =RM281.9/g

5 gram = RM297/g

2.5gram = RM324.4/g

1gram = RM357/g

3. Harga Emas KFH

emas KFH

Kredit Foto: Teknik7Naga

Ini antara contoh jongkong emas yang anda boleh dapatkan di KFH. Jongkong emas 1gram.

Untuk KFH, harga yang display di websitenya hanya harga emas melalui akaun emas fizikal KFH.

Saya mencadang untuk anda membaca tentang Akaun Emas Fizikal Public Gold juga selepas ini, konsepnya sama sahaja.

harga emas KFH

Ini harga emas KFH

Sumber : KFH Gold Calculator

Produk emas KFH harganya jauh lebih rendah, namun KFH menawarkan emas gred  995, bukan 999.9.

4. Harga Emas Public Gold

Untuk harga emas Public Gold, anda boleh terus rujuk di www.publicgold.com.my

harga emas Public Gold

Harga emas Public Gold ini belum termasuk premium kos, dan juga emas-emas lain pun begitu.

Untuk PG Buy ialah harga emas yang kita jual kepada Public Gold, harga PG Sell ialah harga emas yang kita beli dengan Public Gold.

5. Harga Emas Ar Rajhi Bank

Ar Rajhi bank menjual emas jenama Pamp Suise, ini produk-produk emas Ar Rajhi Bank

Harga Emas Ar Rajhi

Sumber : Ar Rajhi Bank Gold Price

Ini sedikit ringkasan tentang harga emas Ar Rajhi bank.

Harga Emas Per Gram

1000gram = RM252/g

500gram = RM252/g

100gram = RM252/g

20gram = RM252/g

10gram =RM252/g

Apa yang saya perhati, dari sudut harga. Emas Ar Rajhi bank sangat menarik.

Walaupun item semakin besar, harga emas per gram tetap sama.

6. Kelantan Gold Trade

Dinar Emas Kelantan

Ini Dinar Emas Kelantan yang terbaru. Berketulinan 91.7% emas atau 22k.

Sumber : Kelantan Gold Trade

harga emas dinar kelantan

Inilah antara syarikat emas yang menjual goldbar atau dinar di Malaysia, anda boleh bandingkan sendiri syarikat emas yang mana harganya lebih murah.

Namun, untuk membeli emas, ia perlu dinilai secara pakej atau dipanggil kritiria emas yang terbaik untuk pelaburan.

Saya menggalakkan anda untuk membaca lebih detail tentang 5 kritiria emas terbaik untuk pelaburan selepas ini.

Hafiz
Kulim, Kedah
24 Ogos 2020
5 Muharam 1442H

Kredit Foto : Certified Gold Exchange

Artikel Berkaitan

>