Untuk menjimatkan masa anda, boleh terus ke tajuk dalam isi kandungan :
Pelaburan emas melalui barang kemas juga menguntungkan. Ia diminati oleh kaum wanita. Ini kerana barang kemas boleh dijadikan sebagai perhiasan.
Bagi kaum wanita, ia lebih menyeronokkan daripada membeli dan menyimpan jongkong atau syiling emas.
Ramai yang tanya saya,
" Adakah barang kemas pelaburan emas yang menguntungkan? "
Ini apa yang mentor saya bagitahu,
" Emas adalah aset. Jadi membeli barang kemas sebagai untuk tujuan pelaburan juga menguntungkan. Tetapi, ia mengambil masa yang lebih panjang untuk untung berbanding jongkong emas atau dinar emas mahupun syiling emas " - Tuan Syukor Hashim
Antara sebab utamanya ialah, susut nilainya (spread) adalah sangat tinggi (sekitar 25% hingga 40%).
Jadi, jika kalian ingin membuat pelaburan barang kemas, kalian perlu memilih barang kemas yang terbaik.
Ia membolehkan kalian memaksimumkan keuntungan barang kemas tersebut.
Kelebihan Pelaburan Emas Melalui Barang Kemas
Baiklah, sekarang ini saya ingin berkongsi dengan kalian, kelebihan pelaburan emas melalui barang kemas.
(1) Cantik
Barang kemas cantik dan boleh dipakai, sudah pasti ia akan menceriakan hati pemakainya.
(2) Zakat
Dari segi zakat barang kemas, ia lebih rendah kadar wajib bayarnya berbanding pengiraan zakat emas jongkong, syiling mahupun dinar.
Namun, jika kalian beli barang kemas, dan hanya simpan (tak pakai). Kadar zakatnya sama seperti emas jongkong, syiling dan dinar.
(3) Gadaian
Barang kemas tidak mempunyai seal, dan menjadikan barang kemas lebih mesra pajakan ar rahnu berbanding jongkong, syiling atau dinar emas yang berseal.
Gadai barang kemas tidak meroskakkan kondisi asal barang kemas tersebut.
(4) Harta Warisan
Nenek isteri saya dulu seorang peniaga di Pasar Kuala Besut. Untung berniaga beliau tukarkan duit kepada emas.
Sekarang ini, cucunya (isteri saya) masih dapat manfaat hasil pelaburan barang kemas neneknya.
(5) Keuntungan RM
Boleh memberi keuntugan apabila jual semula apabila harga emas meningkat. Kalian boleh merujuk harga emas dibawah, dan membaca kajiak kes dari mentor emas saya.
Kelemahan Barang Kemas
Disebalik keuntungan pelaburan emas barang kemas, ada juga kekurangannya. Antaranya :
(1) Sudut Harga
Harga barang kemas lebih mahal jika dibeli di kedai emas yang mengikut harga FGJAM
(2) Ada Kos Upah Tukang
Upah pula bergantung kepada reka bentuk barang kemas tersebut. Semakin sukar, semakin mahal kos tukang
(3) Susut Nilai (Spread)
Spread barang kemas jauh lebih tinggi berbanding jongkong emas. Spreadnya boleh menceceh sehingga 25% hingga 40%.
(4) Boleh Rosak
Barang kemas boleh rosak dari segi putus, patah bengkok, berlubang atau kemek.
(5) Susah Untuk Gadaian Ar Rahnu
Kalau barang kemas kalian ada batu permata, ia menyukarkan kalian untuk membuat gadaian emas tersebut di mana-mana Ar Rahnu.
Ini kerana ujian ketulinan menggunakan mesin desimeter tidak boleh dijalankan.
(6) Kerugian Semasa Menjual
Kalian boleh mendapat kerugian besar jika emas kalian mempunyai banyak batu permata.
Ini kerana, semasa jual emas. Batu permata tak dikira, mungkin juga batu permata akan dipulangkan semula.
Cara Memaksimumkan Keuntungan Melalui Barang Kemas
Walaubagaimanapun, kalian boleh memaksimumkan keuntungan dengan barang kemas jika mengikuti tips yang berikut :
Tips 1 : Selidik Harga
Sebelum pergi ke kedai emas untuk membuat pembelian barang kemas, selidik harga terlebih dahulu harga emas yang ditetapkan oleh FGJAM (Persatuan Perniagaan Emas Dan Permata Malaysia)
Walaupun harga yang dipaparkan mengikut harga FGJAM, namun ada juga kedai emas yang menawarkan harga dibawah FGJAM.
Yang penting kalian perlu bertanya.
Tips 2: Selidik Kos Upah
Selidik kos upah dengan bertanya pada 3-4 kedai emas. Anda boleh tawar menawar untuk mendapatkan kos upah yang terbaik.
Jika anda sukakan dengan loket emas seperti dibawah, tanyakan dulu dengan beberapa kedai emas, jangan terkejut jika harga kos upah disetiap kedai emas berbeza sehingga 100%.
Jika kos upah tukang murah, anda lebih jimat. Contoh ada kedai cas RM50 dan ada kedai cas RM100. Jauh bezanya tu.
Tips 3: Pilih Gred Emas
Pilih gred emas yang grednya 916 (22k) keatas. Gred emas barang kemas biasanya 916, elakkan membeli barang kemas yang mempunyai gred 916 kebawah, seperti emas 720 (18K)
Cuba kira harga jual balik emas, semakin rendah, semakin kurang harga emas bila kita nak jual balik nanti.
Tips 4: Reka Bentuk
Pilih reka bentuk yang padu, tebal dan tahan lasak. Kalau membeli emas bertujuan untuk pakai, belilah barang kemas yang lebih tebal dan kasar.
Elakkan dari reka bentuk yang nipis atau halus. Jika tidak, emas kalian mungkin berisko untuk putus, kemek atau bengkok.
Bila berlaku kerosokan, hati kalian tak ceria lagi, sebab tak boleh pakai. Dan bila nak trade in, nanti kerugian terhadap spread sehingga 25%.
Tips 5 : Pilih Tiada Permata
Pilih emas yang 100% emas dan tanpa permata. Elakkan beli emas gred dibawah 916 dan ada permata.
Ini kerana barang kemas yang ada pemata tidak boleh diuji dengan densimeter.
Dan bila jual balik, batu permata tidak dikira dalam kiraan berat semasa jual emas.
Anda akan rasa sakit hati nanti!
Tips 6 : Pilih Kedai
Pemilihan kedai juga sangat penting, kalian perlu pilih kedai yang boleh membeli emas balik dengan harga yang lebih baik, walaupun spreadnya 25% hingga 40%.
Tidak salah untuk kalian bertanya.
Jika ada rezeki, mungkin kedai emas akan mengambil dengan spread 15% sahaja. Cuma kebiasaanya kena sertakan resit belian sekali semasa ingin jual balik.
Sekian. Semoga Bermanfaat