5 Intipati Temubual Bersama Chef Li, Seorang Jutawan Dengan Bisnes Pasar Malam

Chef Li Jutawan Senyap

Korang kenal Chef Li?

Chef Li, nama sebenar Dato Dr Hj Rusly Abdullah ialah salah seorang pendiri bisnes pasar malam yang jutawan.

Beliau merupakan orang yang terkenal dalam kalangan orang bisnes. Beliau juga salah seorang guru kepada mentor saya, En Mohd Zulkifli Shafie.

Buku-buku beliau banyak memotivasikan saya dalam urus kewangan dan bisnes.

5 Intipati Temubual MajalahNiaga Bersama Chef Li

Intipati temubual yang saya kongsikan ini bukan temubual dari saya. Tapi, temubual dari pihak Majalah Niaga dengan Chef Li.

Chef Li banyak menghuraikan kenapa kita orang Melayu kurang menyimpan, berbanding bangsa lain.

#1 Perlu berniaga untuk jadi jutawan

Untuk jadi jutawan dalam masa 5 tahun, kita kena menyimpan RM500 sehari atau RM30,000 sebulan.

Mampukah kalau sekadar makan gaji?

#2 Orang yang paling banyak menyimpan

Orang paling banyak dan kerap menyimpan ialah orang berniaga.

Tidak kira mereka berniaga apa. Mereka kelihatan lekeh, bisnes mereka tidak ada kelas tetapi tahap kewangan mereka adalah kelas pertama.

 Simpanan mereka kebanyakannya ratusan ribu ringgit.

#3 Kaum yang paling banyak menyimpan

Kaum yang paling banyak menyimpan ialah:

1. Cina 2. India 3. Pendatang - Indonesia, Bangladesh, Kemboja 4. Melayu.

Kenapa kaum lain lebih banyak menyimpan? Sebab kaum mereka ramai yang berniaga

#4 Beza orang berniaga dan orang makan gaji semata-mata

Orang berniaga berpeluang menyimpan setiap hari, tetapi orang makan gaji cuma sebulan sekali.

Itulah sebabny orang berniaga lebih kaya daripada makan gaji.

Statistik menunjukkan 74% jutawan lahir daripada kalangan orang berniaga.

#5 Simpanan apa paling penting?

Simpanan paling penting ialah simpanan untuk dilupakan (forgoten saving).

Kalau sentiasa ingat-ingat dengan ada simpanan, ia tidak akan menjadi.

Banyak perkara nanti yang terkait apabila kita ingat dengan simpanan.

Contohnya, hendak beli itu dan ini, nak masuk skim sana sini dan sebagainya.

Kesimpulan

Orang berniaga lebih teliti bab kewangan berbanding yang makan gaji semata-mata.

Setakat pengalaman saya.

Memang benar apa yang Chef Li perkatakan.

Sahabat-sahabat saya yang berniaga sendiri, lebih banyak membeli dan menyimpan emas berbanding yang kerja makan gaji sepenuhnya.

Kalau yang berniaga. Beli emas RM10k itu biasa-biasa. Kalau yang hanya makan gaji semata-mata, dapat menyimpan 1gram 1bulan pun dikira sudah bagus.

Semoga bermanfaat.

Wallhuallam

Hafiz
Tawau, Sabah
29 Januari 2019
24 Jamadil Awal 1440H
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *