Sebagai ibu bapa yang prihatin tentang masa depan anak-anak, mesti kita sangat menekankan tentang duit simpanan merekakan?
Untuk orang kebanyakan seperti saya, tempat paling biasa untuk simpanan masa depan anak ialah samaada Tabung Haji atau ASM (saya kurang pasti namanya, tapi lebih kurang ASB, cuma untuk kanak-kanak)
Bagi yang berduit dan ada ilmu hartanah, mungkin mereka pada usia anak masih baby pun dah belikan sebiji rumah untuk anak (walaupun letak nama bapak).
Akhir sekali, bila anak tu dah besar, rumah tu boleh dijual untuk dana pendidikan mereka. Untung dari segi kenaikan harga rumah dalam jangka masa panjang.
Walaubagaimanapun, mungkin ramai yang terlepas pandang, ada satu lagi simpanan terbaik untuk anak-anak, yang nenek moyang kita dah amalkan sejak dari dulu lagi, iaitu simpan emas untuk anak cucu mereka.
Nenek moyang kita dulu sungguh bijak, ada lebihan duit, terus tukar kepada tanah atau emas.
Zaman dulu memang tiada ASB atau Tabung Haji. Namun, inilah tempat menyimpan terbaik untuk simpanan jangka masa panjang yang digunakan oleh nenek moyang kita suatu ketika dulu.
Apa yang saya perhati, memang benar!
Banyak kebaikan apabila simpanan masa depan anak-anak saya tukar kepada emas. Antaranya ialah :
(1) Pupuk Tabiat Suka Menyimpan, Elakkan Dari Terboros
Dah lebih setahun saya simpan 5gram ni dalam dompet, Alhamdulillah. Masih kekal dalam dompet.
Orang lain saya tak pasti macammana, namun beginilah saya masa awal-awal bekerja 4 tahun lalu. Apabila saya paksa simpan emas setiap bulan, hujung bulan duit gaji saya cukup-cukup makan.
Namun, apabila saya tidak simpan emas pun, gaji saya pun masih cukup-cukup makan. HUHU
Bila difikirkan balik, lebih baik saya paksa simpan emas dari terus dibiarkan duit gaji habis tanpa ada sedikit simpanan masa depan.
Apa yang boleh saya simpulkan,
Bila ada emas. Saya lebih suka untuk disimpan. Kalau setakat perlukan duit untuk perkara-perkara biasa, saya tak akan jual emas. Nak tak nak, paksalah jugak berjimat.
Saya akan gunakan emas (jual atau gadai) untuk perkara yang benar-benar perlu sahaja.
Itulah antara kelebihan simpan emas, dapat elakkan dari terboros berbelanja. Apabila ada emas, rasa berduit tu hilang, walau hakikatnya, emas tu sebenarnya juga duit.
Jadi, mulai dari sekarang, saya lebih suka simpanan masa depan anak ke dalam bentuk emas.
Mungkin suatu hari nanti, apabila Fayyadh (anak pertama saya) dah pandai mengira, Fayyadh akan tanya “Paaa, Berapa jumlah simpanan yang Fayyadh ada? ”
Mudah je nanti saya nak cakap. “Fayyadh ada 50gram emas dah” Hehe.
Sudah tentu Fayyadh tak akan fikir lagi, 50gram tu berapa ringgit, dan apa yang boleh dibeli dari simpanannya tu.
Dari situ, duit simpanan Fayyadh lebih bertahan lama.
(2) Kos Pendidikan Menurun Jika Disimpan Dalam Bentuk Emas
Perkongsian dari rakan Public Gol saya, kos pendidikin menurun kalau dibayar dalam bentuk emas.
Ini salah satu penemuan yang mengejutkan saya. Kos pendidikan di Univerisiti Awam sebenarnya menurun kalau duit tu disimpan ke dalam betuk emas!
Boleh rujuk gambar jadual diatas untuk melihat berbezaan RM dan gram emas.
Apabila sudah faham pasal emas dan keruntuhan sistem kewangan. Dua tempat je yang saya guna untuk simpanan Fayyadh, iaitu emas dan Tabung Haji je.
Tabung Haji saya simpankan untuk Fayyadh sekadar untuk melayakkan Fayyadh untuk daftar haji je. Jumlah tu jelah. Selebihnya semuanya saya simpan duit Fayyadh ke dalam bentuk emas.
Duit simpanan Fayyadh tu memang khas untuk simpanan jangka masa panjang, jadi saya tak perlu risau dengan turun naik harga emas dalam jangka pendek. Yang penting, simpanan emas Fayyadh bertambah dari bulan ke bulan.
Antara kelebihan lain apabila saya simpan emas 1gram 1bulan untuk dana pendidikan Fayyadh nanti ialah sebab mudah untuk monitor.
Maksud saya.
Biasanya seseorang akan mula melangkah di alam universiti pada usia 20 tahun.
Usia 20 tahun, kalau dikira dalam bulan ialah 20 x 12 bersamaan 240bulan.
Kalau saya konsisten simpan emas 1gram 1bulan untuk Fayyadh, insyaAllah pada usia 20 tahun, Fayyadh dah ada sebanyak 240gram emas, bersamaan RM45k.
RM45k kalau dikira sekarang, sudah cukup untuk masuk universiti pendidikan awam di Malaysia, tanpa perlu buat apa pinjaman PTPTN.
(3) Terselamat Dari Dikorek Oleh Ibu Bapa
Risiko kalau kita pegang dan simpan dirumah duit simpanan anak
Haah, inilah antara risiko paling besar simpan duit untuk simpanan masa depan anak-anak.
Pengalaman saya sendiri sebelum ni, apabila Fayyadh dapat duit raya, saya simpan dulu dalam sampul di rumah untuk cukupkan kepada jumlah-jumlah tertentu, barulah masukkan dalam bentuk Tabung Haji atau beli emas GAP.
Namun, duit tak tahan lama.
Apabila hujung bulan, duit gaji pun dah kering, terkorek pulak duit Fayyadh untuk berbelanja benda yang bukan benar-benar keperluan. HEHE.
Ada kes lain lagi yang pernah saya tahu (bukan saya), sudah elok-elok simpan duit dalam Tabung Haji untuk anak-anak, bila rasa nak pakai duit je, keluarkan duit balik duit tu.
Kalau masalah ni berterusan macam ni, saya rasa sampai bila-bila pun simpanan Fayyadh untuk masa depan tak akan bertambah.
Simpan sikit-sikit lama-lama masih sikit. Simpan awal bulan, hujung bulan korek balik.
Lama-lama langsung tiada simpanan.
Selamatkan Duit Anak Cepat Cepat
Akhir sekali, selepas saya dapati banyak risiko simpan duit untuk anak, saya terus selamatkan simpan masa depan Fayyadh ke dalam bentuk emas.
Kalau ada minimum RM100, saya terus tukar duit tu ke dalam akaun emas fizikal GAP. Bila duit tu dah terselamat ke dalam bentuk emas, hati saya lebih tenang.
Emas-emas yang Fayyadh ada hanya akan dijual atau gadai masa dia berumur 20 tahun nanti.
Pada ketika kawan-kawan Fayyadh perlu buat pinjaman lagi untuk belajar, insyaAllah Fayyadh tak perlu risau dengan kos-kos pembelajaran dia nanti.
Wallhuallam
Hafiz
Tawau, Sabah
6 Ogos 2018
24 Zulkaedah 1439