Di Malaysia sendiri, ada banyak kedai emas. Dan sebagai pembeli emas yang bijak. Anda wajib hindari kedai atau syarikat emas yang ada ciri-cirinya seperti ini.
1. Tidak Jujur
Tidak jujur yang macam mana?
Tidak jujur dalam berat emas, atau ketulinan emas. Anda perlu ingat, sewaktu beli emas. Jika beli emas yang corak-corak atau design yang unik.
Biasanya di bahagian cangkuk atau pemegang permata itu ketulinanan emas lebih rendah.
Walaupun kedai emas claim bahawa itu emas 916. Tapi, dibahagian tersebut. Ketulinannya lebih rendah supaya ia menjadi lebih kukuh, untuk dibuat corak dan design supaya nampak lebih cantik.
Misalnya, sewaktu anda beli emas. Beratnya 20gram emas 916. Tetapi, ia termasuk permata di emas tersebut.
Bila nak jual nanti.
Berat permata tersebut tidak akan dikira. Jadi berat sebenar sewaktu nak jual emas mungkin cuma 15gram emas sebagai contoh. Jadi anda sudah kerugian berat emas dekat situ.
2. Kos Upah Sentiasa Berubah
Untuk belian barang kemas.
Salah satu perkara yang sukar di jangka dari sudut harga ialah kos upah. Sudah lah kos upah yang tinggi, malah kos upahnya juga berubah-ubah.
Berubah yang macam mana?
Andakata anda pergi ke kedai emas hari ini. Ingin beli seutas barang kemas yang berharga RM270 per gram.
Belum termasuk kos upah. Apa tambah kos upah, anda perlu bayar lagi kos tambahan sebanyak RM300 ringgit misalnya.
Bila anda datang lagi minggu hadapan. Harga emas sudah turun menjadi RM250 per gram.
Namun, bila ditanya kos upah. Kos upah sudah dinaikkan menjadi RM400. Dengan alasan yang macam-macam oleh pekedai emas.
Akhir sekali, walaupun harga emas jatuh RM20 per gram. Tapi, anda tetap perlu bayar dengan harga emas yang mahal.
3. Susah Nak Jual Balik
Ciri yang ketiga pula ialah syarat jual balik sangat cerewet.
Antara perkara yang sangat penting sebelum beli emas ialah, anda perlu tahu apa syarat syarikat tersebut beli balik emas yang kita beli dari mereka.
Selain tanya staff mereka, anda juga boleh baca T&C syarikat mereka atau bertanyakan pengalaman dari rakan-rakan anda tentang pengalaman mereka beli balik emas mereka.
Antara syarat yang tak masuk akal yang pernah saya dengar ialah :
Nak jual balik emas, perlu ada resit asal.
Kalau tidak ada, syarikat tersebut tidak terima kembali emas jenama mereka sendiri. Andaikata kita dah beli emas tahun 2010, mana mungkin kita masih simpan resit yang lebih 10 tahun yang lalu.
Sepatutnya yang bernilai itu emas. Bukanya resit.
Selain itu, ada juga syarikat emas tidak terima emas yang tersedikit tercalar walaupun pada kadnya. Dan banyak lagi syarat2 yang lain.
Jadi. bila kita terpaksa jual emas di tempat yang lain. Biasanya potongan nya lebih tinggi.
4. Menawarkan Head Hunting
Selain mereka menawarkan produk emas, ini biasanya syarikat jual belie emas pelaburan goldbar dan dinar.
Ada juga yang menawarkan untuk menjadi ahli di koperasi mereka. Kononnya dengan menjadi ahli (yang perlu dibayar), anda akan dapat banyak kelebihan harga emas yang murah.
Maksudnya, mereka kurang fokus terhadap jualan emas, tapi mereka fokus mencari orang untuk menjadi ahli. Jual beli emas tolak tepi.
Maaf ya. Bagi saya, syarikat seperti ini sebenarnya mereka mempunya status kewangan yang tidak bagus. Biarpun mereka ada produk yang sebenar, tetapi dengan mencari ahli baru, mereka sebenarnya gunakan kita untuk tanggung pusingan modal mereka.
Lambat atau cepat saja. Syarikat mereka akan tutup, dan akan menyusahkan kita sebagai pembeli untuk jual emas dikemudian hari.
Jadi, pendapat saya. Lebih baik kita jauhkan syarikat emas seperti ini.
5. Tawarkan Skim Pelaburan Tidak Masuk Akal
Ciri yang ke-5 ialah selain dari menawarkan pakej ahli yang berbayar.
Syarikat tersebut menawarkan skim pelaburan emas yang pelik. Ada yang menjanjikan keuntungan sehingga 100% setahun jika beli emas yang pakejnya sebegitu dan sebegini.
Soal macam mana mereka boleh bagi keuntunggan 100% tu mereka letak tepi. Yang penting mereka janji boleh untung.
Kalau ada syarikat yang macam ni. Anda harus berhati-hati.
Kadang-kadang. Mereka boleh tunjuk formula yang macam-macam.
Formula 10x ganda emas. Mereka tunjuk graf harga emas. Akhir sekali, anda seorang yang bijak pun boleh rasa bodoh, sebab tak faham asas mereka memperolehkan keuntungan apabila anda sertai pakej pelaburan yang mereka tawarkan.
Kes seperti ini sudah berlaku sekitar tahun 2012 hingga 2014 dahulu. Yang membawa kerugian jutaaan ringgit kepada mereka yang telah laburkan duit kepada skim emas mereka.
Mereka boleh tunjuk formula macam-macam. Untuk memperdayakan kita. Cuma yang sebenar ialah mereka adalah pengelola scam pelaburan yang bertopengkan emas.
Anda perlu ingat. Beli emas tidak ada income bulanan. Beli emas cuma untuk kita alihkan simpanan dalam bentuk emas, untuk simpanan jangka masa yang panjang.
Kesimpulan
Kenapa saya tulis artikel seperti ini.
Bukan untuk jatuhkan mana-mana syarikat emas. Tapi, untuk berkongsi ilmu kepada anda supaya anda tidak rugi apabila mula membeli atau melabur emas.
Jadi. Dengan 5 point saya ini. Masuk akal tak apa yang saya kongsikan tentang 5 ciri syariakt emas yang anda perlu hindari ini?
Atau anda ada ciri-ciri sendiri? Boleh kongsi di ruang komen dibawah, supaya ramai lagi rakan-rakan yang lain boleh belajar dari perkongsian anda nanti.