29 Oktober 2025, saya dapat SMS dari Tabung Haji, minta saya semak THijari untuk surat tawaran haji. Hati saya bercampur gembira, dapat surat panggilan haji, dan juga timbul sedikit ketidakselesaan.
Dalam masa sama, otak saya terus fikir tentang macam mana nak buat rayuan untuk wife, macam mana nak tinggalkan keluarga, mana duit saya cari untuk buat bayaran haji.
Macam-macam idea keluar. Nak jual tanah, atau nak jual emas. Apa cara booster untuk dapat extra income. Masa ni, apa juga idea keluar, saya cuba buat. Waktu inilah pengorbanan kami bermula. Keluar dari zon selesa.
Minta nasihat mentor
Mentor saya, baru sahaja tunaikan haji pada 2025M atau 1446H, saya terus forward surat tawaran kepada mentor saya, dan tanpa explain panjang, terus dia recomend untuk saya pergi dengan PJH.
Saya dalam hati? Hahh? Nak kena pergi PJH? Kos dua kali ganda lebih besar dari T20 sekitar RM60k seorang. Dua orang RM120k. Mana saya nak cari duit dalam masa segera?
Saya pula dapat tawaran sebagai M40 Muasasah, mungkin dia ikut cukai saya 2 tahun dari surat tawaran. Dalam hati saya, sepatutnya saya kena sediakan cuma RM23k seorang, tapi sekarang, saya kena sediakan RM60k seorang. Lagilah bercelaru fikira saya ketika itu. Saya berdoa sebaiknya, semoga dipermudahkan untuk jadi tetamu VVIP Allah.
Masanya sudah tiba
Fast forward, pada 4pm 14 Mei 2026. Saya dan isteri kali pertamanya menjejak kaki di Movenpick KLIA, untuk lapor kepada pihak Tabung Haji. Cepat betul masa berlalu.
Segala kerisauan saya pada awalnya semuanya sudah selesai. Saya pada ketika itu, bersedia dengan ihram, untuk berlepas ke Jeddah dari Movenpick
Masanya telah tiba. Lepas segala persediaan dalam 7 bulan, dari sudut ilmu manasik Haji, dari sudut persediaan barang, kos-kos haji yang terlibat, saya dapat selesaikan semuanya. Dan sudah tiba masanya saya dan isteri berangkat ke tanah suci. Syukur alhamdulillah.
Surat jemputan dari Allah
Dua bulan sebelum berangkat, saya dah mula tinggalkan pesanan untuk anak-anak. Untuk jaga solat, jaga kesihatan. Dekat yang bongsu pun tetap kami pesan, walaupun dia macam tak faham. Tapi saya tahu, dia sudah faham walaupun baru setahun lebih.
Teringat kata-kata ustaz, Haji bukan tentang siapa duit atau tidak ada duit, bukan tentang siapa sihat atau tidak, tapi ia adalah jemputan Allah sebagai tetamu Nya di Tanah Suci ini.
Syukur, perjalanan Haji saya dan isteri bermula pada hari tersebut.

