ASB kepada Emas

Adakah Berbaloi Keluarkan ASB dan beli emas?

Berbaloi atau tidak kalau kita keluarkan ASB untuk beli emas? Jawapanya cukup subjektif, mungkin ada yang sesuai ada yang tak sesuai.

Kenapa saya macam tu?

Ya, ada orang duit dalam ASB sahaja satu-satunya duit kecemasan mereka untuk 6 hingga setahun pendapatan.

Ada orang, duit ASB adalah wang lebihan, mereka sudah ada aset-aset lain untuk jana income tahunan, dan masih ada cash lain untuk duit kecemasan.

Jadi, siapa yang berbaloi keluarkan ASB dan alihkan cash tersebut kepada emas.

Keuntungan Emas Tahunan

Cuba perhatikan harga emas dekat bawah. Kita tengok berapa kenaikan harga emas dalam tempoh 20 tahun :

Harga emas 20 tahun

20 tahun : 617% (30% per year)

5 tahun : 90% (18% per year)

1 tahun : 23%

Tolak spread value, kos premium. Paling busuk pun minimum 10% setahun. Boleh rujuk sendiri carta harga emas ni di goldprice.org

Dalam tempoh 20 tahun pun, memang ada turun dan ada nak. Terutamanya sekitar tahun 2014, harga emas kekal sahaja dan malah ada bulan yang jatuh banyak.

So, untuk jangka masa panjang, tukarkan cash dari ASB kepada emas jauh menguntungkan. Kalau nak dibandingkan dengan ASB yang cuma agihkan dividen sekitar 5%-8% setahun.

Malah, akhir-akhir ini juga, potensi ASB juga sekitar 5% sahaja. Emas lebih untung 100% dari ASB!

Berbaloikan Duit ASB Alihkan Kepada Emas

Jadi, secara ringkas. 

Untuk jangka masa panjang. Comfirm berbaloi tukarkan cash kepada emas. Tabungan jangka panjang ni macam mana?

Bagi yang di pertengahan usia.

  • Dana pendidikan anak (10 tahun)
  • Dana haji umrah (5-10 tahun)
  • Dana bersara selesa (20 tahun)

Namun, kalau beli emas untuk jangka masa pendek. Agak tidak sesuai. Harga emas dalam jangka masa pendek ni ada turun dan ada naik.

Dan kena ingat, kalau duit ASB anda sekarang untuk :

  • Dana kecemasan
  • Duit untuk masuk sekolah anak tahun depan.
  • Duit untuk majlis kahwin kurang dari setahun dari sekarang.

Jangan gunakan untuk beli emas. Emas ada susut nilainya. Kalau beli bulan ni, jual bulan depan. Mungkin ia merugikan anda.

Artikel Berkaitan

>