Lepas ASB umumkan dividen, ramai pulak yang duduk share cari kira keuntungan ASBF. Macam-macam pendapat ada. Ada yang cakap untung, tapi ramai juga cakap rugi.
Sejujurnya, memang saya pun tak tahu sangat pengiraan detail ASBF tu.
Cuma, prinsip saya, kalau duit tak banyak, fokus cari duit dulu, buat bisnes, buat side income, buat apa apa servis yang boleh bertambah cash flow setiap bulan.
Fokus Sebenar Orang Kaya
Kalau duk kira sangat berapa untung, yang cuma tak sampai 10% setahun tu, bagi saya sangat membazir masa.
Lebih baik saya fokus kembangkan bisnes, yang boleh bagi untung lebih 100% setahun. Dan dalam bisnes, untung lebih 1000% setahun pun bukan satu perkara yang mustahil.
Untung dari bisnes, saya bagi kepada dua :
- Untuk guna jangka masa pendek, saya letak dalam Tabung Haji.
- Untuk simpanan jangka dua tahun dan ke atas, saya tukar siap2 kepada emas.
Jadi, yang lebih penting ialah kita fokus banyakkan cashflow masuk. Bukan kita sibuk dengan untung pelaburan kalau cash kita belum banyak.
Cara Kita Bertambah Kaya
Dan satu lagi, duit yang tak plan nak buat apa apa dari income bisnes tu.
Saya selamatkan siap-siap kepada emas supaya duit itu lebih kekal lama sebagai saving berbanding saya simpan dalam bentuk duit.
Pengalaman saya simpan duit ni sangat senang untuk bocor. Simpan emas lebih cepat untuk capai target saving. Saya tak buat kira-kira, tapi bila saya simpan dalam bentuk emas, nampak hasilnya. Gram emas saya bertamabah.
Tak semestinya buat bisnes baru kita boleh kaya.
Ada penyimpan emas yang saya jumpa, mereka fokus menabung hingga ada berkilogram emas sebaik sahaja beliau sampai umur bersara.
Pendapatan bulanan dari income makan gaji dah baik. Jadi, fokus beliau cuma tambahkan tabungan sahaja setiap bulan.