Ejen Public Gold

Jangan Harapkan Ejen Untuk Memberi Untung Dalam Pelaburan Kita

Ejen Public Gold

Baru-baru ini saya mendapat wassap dari seorang hamba Allah yang ada rancangan nak mula simpanan emas. Jadi, segala persoalan yang ditanya, saya jawab satu persatu.

Setelah berbalas wassap dengan dia, saya dapat simpulkan, dia seorang yang sudah celik emas, dan telahpun mula menyimpan emas (bukan jenama Public Gold) sejak beberapa bulan yang lalu.

Saya tahu, dia boleh jimat banyak duit kalau dia beli emas Public Gold. Berat emas yang sama, tapi harga emas Public Gold jauh lebih murah.

Saya sendiri sudah buat perbandingan tentang kritiria emas terbaik untuk simpanan atau pelaburan antara emas Public Gold dan emas jenama lain, mengikut apa yang saya belajar dari guru emas saya beberapa tahun dahulu.

Ternyata, jika dia tahu ilmu pilih emas ni, dia boleh buat kajian sendiri, akhir sekali dia akan rasa rugi sebab tak beli emas Public Gold sebelum ni.

Oleh itu, saya share satu artikel tentang kritiria emas terbaik untuk pelaburan kepadanya, sebab saya rasa dia perlu pelajari lagi ilmu ini, untuk memaksimukan keuntungan simpan emas.

Namun,ini respond yang saya dapat dari dia setelah saya berkongsi ilmu tadi :

“Saya tiada masa nak baca artikel ni. Apa gunanya ejen kalau saya kena baca sendiri? Sepatutnya ejen kena cerita semua. Lebih baik saya terus je beli emas di kedai emas kalau macam ni”

Ohh, okey no problem.

Bila saya dapat prospect macam ni, saya terus tinggal je. Tak akan follow up lagi. Saya tak nak suatu masa akan datang, dia akan salahkan saya pulak sebab dia rasa dia rugi simpan emas.

Sebab saya sudah tunjuk ilmu apa yang dia perlu tahu lagi dengan situasi dia sekarang, tapi dia sendiri yang tak mahu belajar.

 

Untung Rugi Dalam Melabur Tanggungjawab Diri Sendiri

Saya bersama rakan-rakan dealer Public Gold Tawau yang aktif di Karnival Hijrah yang diadakan di Masjid Al Khauthar Tawau.
Untung rugi dalam pelaburan 100% tanggungjawab diri sendiri, bukan tanggungjawab seorang ejen. Kita yang letak duit kita sendiri dalam sesuatu pelaburan, tak kan nak harapkan ejen yang membuat untung kepada kita?

Ejen-ejen produk kewangan hanya sebagai pemudah cara je sepatutnya.

Apa yang saya perhati, ramai dalam kalangan sahabat-sahabat saya yang masih berfikiran macam ni. Di pejabat yang saya kerja pun semua macam ni. HUHU

Suatu masa, apabila ejen unit trust datang office saya, mereka keluarkan borang. Dan semuanya main tenyeh je sign dekat borang tu. Tanpa ambil tahu hujung pangkal.

Yang tak layak pun nak tenyeh jugak, disebabkan terpengaruh dengan kata-kata ejen tersebut. HAHA.

Bila saya fikir-fikir balik, mungkin kes Dato yang buat FB Live berkaitan tak dapat klaim insuran itu hari, kes macam ni jugak.

Bila ejen suruh keluarkan tandatangan, semua main tandatangan je. Lepas tu, bila ada apa-apa masalah, salahkan syarikat, salahkan ejen.

Saya yakin, kes Dato tersebut, kalau masuk mahkamah sekali pun, mesti menang syarikat insuran, bukan suka-suka syarikat yang beriputasi tinggi tak bagi claim hospital, mesti ada sebab dan procedure tertentu dulu yang perlu lalui.

 

Pilih Ejen Yang Boleh Berkongsi Ilmu

Sejak hari pertama menjejaki ke alam perkerjaan, saya memang nekad nak memiliki rumah yang pertama. Alhamdulillah, sekarang ni, saya dan isteri telah memiliki rumah kami yang pertama.

Apa yang saya buat sebelum habiskan duit RM30k untuk memiliki rumah yang pertama?

Pertama, saya baca buku-buku hartanah yang ada di Malaysia. Antaranya yang ditulis oleh Tn Faizul Ridzuan, Tn Dr Azizul Azli, Tn Azizi Ali dan juga buku-buku koleksi Rich Dad Poor Dad.

Saya join kelas hartanah Tn Faizul, habis sekitar RM1000 juga untuk yuran sahaja. Beli ebook-ebook hartanah dan kewangan tu banyak jugak lah.

Akhir sekali, saya mula servay 100 buah rumah di Damansara Damai, saya contact lebih 20 ejen hartanah, saya view 10 buah rumah dan akhir sekali saya beli sebuah rumah di sana.

Sebelum “tenyeh” untuk booking rumah yang saya rasa sesuai untuk saya tu, saya tanya macam-macam dulu dengan ejen. Saya datang mengadap ejen, keluarkan kertas, dan belajar dulu pasal urusan jual beli rumah satu persatu.

Bukanya saya tanya ejen “rumah ni bagus ke tak”? Kalau tanya bagus ke tak, confirmla ejen tu cakap bagus.

Saya tengok ejen rumah yang saya beli tu, boleh bagi ilmu. Boleh guide saya. Balik dari jumpa ejen, saya bincang dengan wife, dan terus letak booking fees 3% dari harga rumah.

Saya suka ejen hartanah yang macam tu, sebab saya boleh jadikan beliau sebagai tempat rujukan, bukannya kejar sale semata-mata.

Ramai ejen yang wassap saya bagitau ada rumah bagus, bagitau harga murah, below bank value. Akhir sekali, bila saya cek sendiri, banyak lagi yang murah dari tu.

Ejen yang tak jujur macam tu, saya tinggalkan awal-awal lagi.

 

Saya Dealer Public Gold, Saya Hanya Pemudah Cara

Dalam bisnes Public Gold, dealer hanyalah sebagai pemudah cara. Boleh je nak beli emas terus di branch Public Gold, harga sama sahaja.

Dan untuk meletakkan seorang Introducer (dealer) pun tiada apa-apa sebarang extra kos.

Saya seorang dealer Public Gold, saya ajar masyarakat untuk menyimpan emas dan saya juga penyimpan emas tegar.

Tak sama dealer Public Gold dengan ejen jual kereta mewah, ejen jual kereta mungkin pakai kereta tempatan je, tapi dia jual kereta BMW atau Merc. HEHE

Jadi, lebih baik sebelum beli emas Public Gold, mintak nasihat dealer dulu.

Dealer Public Gold mungkin lebih berpengalaman tentang urusan jual beli emas Public Gold, yang mana lebih murah dan cara mana yang lebih murah ikut kesesuaian situasi masing-masing.

Kesimpulannaya, dalam mana-mana pelaburan, manfaatkan ilmu yang ejen kongsi sebaik mungkin, pilihan ditangan kita sendiri.

Apa yang penting ialah ilmu.

Ada orang boleh kaya dengan hartanah, ada orang boleh rugi besar dengan hartanah.

Ada orang boleh kaya dengan saham, ada orang boleh jatuh lingkup dengan saham.

Beza orang yang untung dan orang yang rugi ialah ilmu.

Jadi, sebelum humban duit banyak-banyak, pastikan kita ada ilmu dulu walau sedikit, sebelum memulakannya.

 

Wallhualllam

 

Hafiz
Tawau, Sabah
17 September 2018
6 Muharam 1440H

 

Artikel Berkaitan

  1. Tips Menjana Keuntungan Dengan Emas
  2. 3 Kesalahan Biasa Pembeli Emas

Artikel Berkaitan

>