HafizShafie.Com

Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas

Tips Menjana Keuntungan Dengan Emas

By Mohamad Hafiz Shafie

November 5, 2017


Tips-Menjana-Keuntungan-Dengan-Emas

Bagi anda yang sudah membuat pembelian pertama dengan Public Gold, dan menjadi pembeli emas yang berdaftar dibawah network saya,

Saya ucapkan tahniah!

Bagi yang belum buat belian pertama, anda boleh daftar secara percuma.

Tekan butang daftar dekat bawah. Seterusnya menjadi penyimpan emas dibawah bimbingan saya.

Terima kasih atas kepercayaam kepada dealership saya (serta dealership dealer-dealer di bawah bimbingan saya).

Sebagai menghargai kepercayaan ada, saya sediakan support system khas bagi memastikan anda menjadi penyimpan dan pelabur emas yang 'merdeka'.

InsyaAllah, dengan support system yang saya sediakan ini, anda menjadi penyimpan emas yang berilmu serta pandai mengruskan pelaburan anda sendiri, tanpa mengharapakan untung nasib ditangan orang lain.

Hadiah Dari Saya

Untuk permulaan, saya nak hadiahkan 3 buah ebook percuma kepada penyimpan emas dibawah network saya :

  • Ebook 10 Minit Emas
  • Ebook Akaun Emas GAP
  • Ebook Panduan EPP

Semua ebook yang saya sediakan ini, anda boleh download secara percuma. Hanya klik je butang download dekat bawah ini.

Saya tak menjanjikan bulan bintang dalam pelaburan emas, cuma insyaAllah saya akan tunjuk cara yang bentul bagi menjana keuntungan yang maksimum dalam pelaburan emas. 

Ini berdasarkan pengalaman saya yang sudah membimbing lebih 300 penyimpan emas dan hampir 1000 penyimpan emas dibawah network saya.

5  Langkah Utama Keuntungan Maksima

Tips penting dari guru emas saya ialah " Bukan emas yang mebuatkan kita kaya, tetapi yang membuatkan kita kaya ialah ILMU tentang emas itu sendiri "

Sesiapa yang membeli emas dengan ilmu, dia akan rasa sentiasa senang hati walau sebarang keadaan harga emas.

Bila harga emas naik, dia akan gembira disebabkan harga emas yang dia simpan sudah menjadi lebih mahal.

Bila harga emas jatuh, mereka lebih gembira disebabkan ini sebagai peluang untuk menambah simpanan emas!

Oleh itu, sebaik sahaja membuat pembelian pertama, anda disarankan untuk sentiasa menambah ilmu tentang emas.

#1  Ebook Percuma

10minit emas

Ini ebook ringkas tentang emas,

Ia hasil ringkasan dari buku-buku emas yang saya baca yang ada di Malaysia hasil tulisan dari pakar-pakar emas dan kewangan sepertia Tuan Syukor Hashim, Tuan Azizi Ali dan juga guru saya sendiri En Mohd Zulkifli Shafie.

Tujuan saya membuat ringkasan ini sahabat-sahabat saya mendapat riviu tentang emas dengan pantas dan mudah.

InsyaAllah tak sampai 10minit dah boleh faham tentang emas secara umum.

Untuk download, terus ke SINI

#2 Buku Asas Tentang Emas

Ini antara buku yang saya boleh sarankan untuk anda baca dan khatam dari kulit ke kulit. 

buku wang emas

Ini buku “Wang Emas, Bertahan Ketika Gawat”.

Di tulis oleh mentor kewangan saya En Mohd Zulkifli Shafie. Buku ini bacaan nya yang sangat santai. Dalam satu hari pun boleh habis.

Nak dapatkan buku ni juga boleh cari di  PG Mall atau mana-mana kedai buku seperti Popular, MPH & SMO. Harga sekitar RM25 sahaja.

Atau boleh terus hubungi saya untuk dapatkannya.

Buku-Menyingkap-Rahsia-Emas

ni buku “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” adalah buku paling lengkap dan paling praktikal untuk faham pelaburan emas cara lebih mendalam.

Ia ditulis oleh guru pelaburan emas saya iaitu En. Syukor Hashim.

Saya boleh katakan,

Beliau adalah guru pelaburan emas no. 1 di Malaysia kerana aktif mendidik masyarakat tentang emas sejak 2008 lagi, iaitu SEBELUM beliau menyertai Public Gold lagi.

Boleh dapatkannya dengan harga RM80 dari beliau, atau nak lebih murah beli di PG MALL, boleh dapat sekitar harga RM50 sahaja.

# 3 Follow Saya Di FB dan sertai Telegram saya

Belajar Simpan Emas

Saya banyak menyimpan nota-nota dan menulis pengalaman saya tentang emas di Telegram rasmi.

Boleh klik je gambar di atas untuk menyertai lebih 300 subscriber di chanell telegram saya.

Selain itu, boleh follow saya di social media yang lain, cuma mungkin dekat sini saya kurang update info tentang emas. Saya lebih fokus di Telegram.

#4 Hadir Seminar Asas Tentang Emas (Online atau Offline)

Seminar-PublicGold-Tawau

Ini seminar Public Gold yang diadakan di Tawau. Saya salah seorang yg membantu menjayakan seminar Public Gold di Tawau

Nak belajar tentang emas direct dengan orang yang berpengalaman, boleh hadir je mana-mana seminar emas anjuran Public Gold di seluruh Malaysia.

Dan yang paling penting, semua seminar anjuran Public Gold adalah masuk percuma. Hanya datang, duduk dan belajar je.

Istimewanya seminar Public Gold, setiap peserta yang hadir akan dapat peluang untuk menang cabutan bertuah emas. Sudahlah masuk percuma, siap boleh bawak pulang emas lagi.

Nak cek jadual seminar Public Gold, boleh cek di website rasmi Public Gold dengan klik DISINI

Sekarang disebabkan PKP, hanya boleh belajar secara online di FB Page Public Gold International

#5 Bina Komuniti Emas Sendiri

Tempat terbaik nak jual emas ialah jual kepada kenalan kita sendiri. Ini kerana kita boleh ‘nego’ harga yang terbaik untuk dapatkan harga ‘win win situation’.

Jika jual balik dengan Public Gold kita dapat harga dengan spread 9%, mungkin jual dengan kawan kita akan dapat harga lebih untung 4%.

Jadi, semakin besar komuniti emas yang kita bina. Semakin mudah untuk kita jual emas bagi mendapat keuntungan maksimum.

Oleh itu, langkah pertama untuk membina komuniti emas ialah kenalan itu mesti juga mempunyai kesedaran menyimpan emas seperti kita kan? Kalau mereka tidak tahu apa kelebihan simpan emas, macam mana mereka boleh berminat untuk beli emas.

Justeru,

Kongsikan kebaikan simpan emas kepada kenalan-kenalan seramai yang mungkin. Ajak mereka datang seminar percuma anjuran Public Gold.

Selain tu, boleh share ebook ringkas yang saya tulis iaitu “10 Minit Riviu Tentang Emas” supaya mereka juga turut mendapat manfaat dari simpan emas.

Boleh juga recomend kepada kenalan untuk membaca tulis dari blog saya www.hafizshafie.com sebagai rujukan utama untuk mendapat ilmu tentang emas dan kewangan.

Kongsi Kebaik Kepada Semua

Akhir sekali, jangan simpan-simpan lagi ilmu tentang emas yang anda ada, terus berkongsi kepada kawan tentang kebaikan simpan emas. Seperti juga sabda Nabi SAW “Sampaikanlah ilmu walau satu ayat”

Hafiz
Kulim, Kedah
16 Julai 2020
25 Zulkaedah 1441H

Mohamad Hafiz Shafie

About the author

Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Dapatkan Bimbingan Sebagai Penyimpan Emas