Gadai Emas Public Gold di Ar Rahnu

Bolehkah Gadai Emas Public Gold di Ar Rahnu

"Bolehkah jual emas Public Gold di Ar Rahnu?"

Ini soalan paling kerap saya ditanya oleh bakal penyimpan emas Public Gold, terutamanya golongan wanita. Yang memang sangat arif tentang Ar Rahnu.

Disebabkan terlampau banyak saya terima soalan macam ini, saya terus merancang untuk pergi tanya sendiri di semua Ar Rahnu yang ada berdekatan dengan tempat saya.

Saya sudah biasa dengan Pos Ar Rahnu, saya pernah berkongsi pengalaman gadai emas di Pos Ar Rahnu sebelum ini.

Sekarang saya nak cuba pulak di Ar Rahnu selain Pos Ar Rahnu.

Pengalaman di Ar Rahnu "Ar Rahn" Kota Bharu

Ar Rahn ini syarikat Ar Rahnu Kelantan. Saya rasa "Ar Rahn"lah Ar Rahnu paling banyak di Kelantan.

Pergi mana-mana pun ada.

Dekat Kota Bharu pun dah banyak. Saya lalu di bandar lain pun ada juga Ar Rahn ni.

Saya bawak emas Public Gold dan juga saya pinjam gelang emas wife saya, untuk dijadikan bahan ujikaji saya.

Apa yang menariknya di Ar Rahn ini,

Ar Rahn KB

1. Ar Rahn terima emas Public Gold tanpa membuka seal (Bagi item emas yang dalam kad atau LBMA)


2. Ar Rahn terima emas Public Gold tanpa perlu menjalani ujian ketulinan.


3. Hilang sijil pun mereka terima!

Sungguh mudah dengan Ar Rahn, dan secara tidak langsung, ia memudahkan rakyat Kelantan untuk menabung emas Public Gold!

Dari segi kos upah simpan, dan peratusan pinjaman tu saya tak cerita dekat sini. 

Saya hanya fokus kepada proses penerimaan Ar Rahnu tersebut, kepada emas Public Gold je.

Pengalaman di Ar Rahnu Bank Islam Kota Bharu

Ar Rahn, dan Ar Rahnu Bank Islam ini berdekatan je. Bangunan bersebelahan je.

Saya berjalan kaki, dari Ar Rahn ke Ar Rahnu Bank Islam.

Lengang. Takda orang. Sampai staff pun tiada di kaunter. Saya tak pasti kenapa. Saya ingatkan kaunter tutup.

Saya terus tanyakan staff, sebaik sahaja dia duduk di kaunter.

"Dekat sini terima tak emas jongkong dan dinar?"

"Ya, terima", Jawab staff tadi.

Bila staff cakap terima, maksudnya saya perlu selidik lebih lanjut lagi. Dipendekkan cerita, ini sedikit dapatan saya semasa saya cuba bawak emas Public Gold ke Ar Rahnu Bank Islam (ARBI).

1. ARBI terima semua jenis emas untuk di gadai, syaratnya mesti bawak sijil emasnya sekali.


2. ARBI tidak terima untuk kita jual emas. Terima untuk gadai sahaja.


3. Setiap emas yang kita bawa ke ARBI untuk digadai, mesti diuji ketulinan terlebih dahulu. Semua jenis emas ya, termasuk barang kemas dan jongkong/dinar.


4. Maksudnya, jika emas Public Gold yang didalam seal, mesti seal itu dibuka, dan akan merosakkan kondisi asal emas tersebut.

Secara umumnya,

ARBI terima semua emas. Yang penting perlu melalui ujian ketulinan terlebih dahulu, mengikut SOP yang telah mereka tetapkan.

Sebagai bukti,

Kalian boleh tengok rakaman saya menggunakan kamera spy di atas.

Pengalaman di Ar Rahnu X Change

Ini Ar Rahnu paling diminati ramai saya rasa. Dah banyak dah saya terima soalan,

" Emas Public Gold laku tak di Bank Rakyat?"

Ar Rahnu X Change ini, saya memang dah target, dan selepas Ar Rahnu X Change, saya merancang untuk ke Ar Rahnu Bank Rakyat pula.

Ehh, rupanya sama je. HAHA

Ok baik lah. Di Ar Rahnu X Change (ARXC), memang agak ramai. Dua kali saya singgah, kedua-dua penuh orang.

Dekat sejam saya tunggu. Barulah saya dapat giliran untuk terus ke kaunter.

Seperti biasa,

Saya tanya " Terima tak gadaian emas jongkong dan dinar "

"Ya, terima", staff ARXC tu jawab. 

Dan dalam hati saya, kenapa ada orang pernah cakap dekat saya, jangan beli emas jongkong, nanti tak laku untuk gadai?

Emas ialah emas. Selagi ia tulen. Ia tetap laku di mana-mana!

Ok baiklah.

Hampir 15 minit juga saya bersoal jawab dengan staff ARXC (Video dalam proses editing), apa yang saya boleh simpulkan di sana :

1. ARXC antara tempat paling ramai orang pergi, mungkin kerana tawaran di iklan mereka, tentang "Gadai dan menang 1kg emas ", siapa tak nak kan?


2. Dari sudut harga, tak ada beza sangat pun dengan Ar Rahnu lain.


3. Process uji ketulinan emas pun perlu lalui macam biasa, dan semua emas sebelum digadai mesti diuji terlebih dahulu. Mengikut prosedur biasa iaitu, ujian asid atau ujian decimeter.

Itulah sedikit ringkasan saya di Ar Rahnu Bank Rakyat. Ar Rahnu yang paling femes saya rasa.

Semuanya terima emas Public Gold.

Dan ia tak jauh beza dengan Ar Rahnu lain, cuma kelebihan ARXC ialah dengan promosi cabutan bertuahnya untuk menang emas 1kg. 

Siapa tak nak kan?

Ar Rahnu Mana Terbaik?

Untuk memilih Ar Rahnu mana yang terbaik ini 3 tips penting yang saya nak kongsikan.

(1) Kos Upah Simpan Yang Rendah

Pilih Ar Rahnu yang menawarkan kos upah simpanan yang rendah. Elakkan dari tengok nilai gadaian emasnya yang mahal sahaja.

Sebab akhir sekali, kita akan dapat balik juga emas kita, selepas kita bayar jumlah pinjaman + kos upah simpan.

Jika kos upah simpan mahal, kita kena bayar balik pun lebih mahal. Tak berbaloi.

(2) Proses Uji Ketulinan Emas 

Proses uji ketulinan emas biasanya ada dua, iaitu Ujian Desimeter dan Ujian Asid.

Jika emas yang nak gadai, perlu melaui Ujian Asid, mungkin ia menyebabkan kondisi emas kita rosak (tercalar).

Walaupun sedikit, dan ia tidak menurunkan nilai emas kita. Kecuali kita gadai goldbar/jongkong emas yang berseal, ia sudah pasti merosakkan kondisi asal emas.

Kerana seal kita akan terkoyak.

Seal terkoyak semasa gadai

Jadi, cuba elakkan gadai ke tempat macam ini.

(3) Elakkan Kena CTOS 

Ya. Elakkan dari gadai emas di Ar Rahnu bank. Tak kesah barang kemas atau goldbar/dinar.

Kenapa ya?

Ramai yang tidak tahu, jika kita gadai emas di Ar Rahnu Bank, seperi Ar Rahnu Bank Islam dan Ar Rahnu Bank Rakyat, nama kita akan termasuk dalam CTOS!

Bila ada nama dalam CTOS.

Bank akan anggap kita orang yang ada hutang. Atau orang yang kurang kemampuan dari segi kewangan.

Jadi kesanya,

Jika suatu hari nanti kita nak buat apa-apa pinjaman dengan bank, mungkin peluang untuk lulus pinjaman agak susah.

Pengalaman Berharga Perlu Di Kongsi

Banyak sangat kawan-kawan penyimpan emas tanya soalan ini, saya cuba sendiri ke Ar Rahnu.

Biasanya, kalau tidak terdesak dari sudut kewangan, orang tak gadai emas kan?

Ya betul! Eh, jawab sendiri plak. HAHA.

Siapa disini ada pengalaman gadai emas dekat mana-mana tempat? Boleh kongsi di ruang komen =).

Hafiz
Kota Bharu, Kelantan
23 November 2020
7 Rabiulakhir 1442H

Artikel Berkaitan

>