Saya bermula dengan bisnes Public Gold secara part time. Cuma dengan fulltime mentaliti.
Dan tujuan saya buat bisnes ialah bukan untuk tampung keperluan hidup waktu saya masih bekerja, tapi saya merancang untuk bersara di usia yang muda.
Sebelum umur 30 tahun, dan ketika itu umur saya 25 tahun.
Pendek kata, kerja hakiki untuk hidup waktu sekarang, bisnes adalah untuk masa depan.
Kalau Tak Cukup Duit Keperluan Hidup
Saya tahu, destinasi akhir orang buat bisnes ialah untuk capai bebas kewangan. Iaitu, tak lagi perlu pergi kerja, tapi ada duit.
Bagi siapa yang nak capai bebas kewangan melalui bisnes Public Gold. Kita cuma boleh ambil masa 2 jam sehari, diluar waktu kerja, untuk membina masa depan kita.
Jadi, jangan guna duit bisnes untuk tampung keperluan hidup kita sekarang. Keperluan hidup sekarang sepatutnya hanya kita gunakan duit dari kerja hakiki makan gaji kita.
Kalau duit kerja hakiki tidak cukup untuk keperluan hidup, tukar kerja lain! Simple. Jangan rompak duit bisnes sendiri.
Bisnes Susah Nak Berkembang
Antara kesilapan biasa dilakukan oleh dealer Public Gold terutamanya yang baru, mereka anggap duit insentif bisnes Public Gold tu sebagai bonus bulanan.
Guna duit bisnes yang kecil tu untuk beli pampers anak, untuk reward diri, untuk belanja keluarga, ia ibarat kita baru menyemai benih pokok mangga.
Ini satu kesalahan besar!
Pokok masih kecil, tapi kita sudah petik daunnya untuk jadikan ulam. Pokok baru nak membesar, tapi kita dah bantutkan tumbesaran pokok tu.
Bahkan, guna duit bisnes untuk beli emas pun saya tak sarankan. Walau kami mengajar masyarakat untuk menabung emas.
Cara Betul Guna Duit Bisnes
Duit bisnes perlu invest balik dalam bisnes. Kalau dulu buat video tak clear. Upgrade tools dengan beli phone yang baik untuk buat video.
Kalau dulu pakai laptop yang perlahan untuk buat kerja-kerja bisnes, beli laptop baru yang sesuai untuk bisnes.
Khas untuk dealer dalam team G100 Network, sediakan bajet khas untuk ikuti program-program fizikal yang berbayar seperti Master Dealer Confrence, Public Gold Leadership Training (PLT) atau New Dealer Orientation (NDO)
Atau program anjuran Public Gold sendiri seperti ARN.
Inilah cara betul guna duit bisnes.
Pelaburan Terbaik Ialah Melabur Dalam Bisnes Kita Sendiri
Saya selalu ingat pesanan mentor saya, jangan sibuk nak melabur, selagi belum ada duit simpanan.
Dan, pelaburan yang terbaik ialah pelaburan terhadap bisnes kita sendiri.
"Alahh. Income bisnes Public Gold saya masih kecil."
Kalau masih kecil, sediakan bajet khas dari income kerja makan gaji untuk tujuan bisnes. Itulah caranya.
Ibarat kita nak pokok mangga kita tadi tumbuh dan membesar dengan cepat, kita perlu beli baja untuk pokok mangga kita.
Kalau sekadar tanam dan tinggal. Pokok akan lambat membesar untuk keluarkan buah, malah mungkin akan mati!