Penipuan Dalam Sejarah Manusia

Fungsi Sebenar Emas, Kenapa Emas Fizikal?

Bila kita bincang tentang emas, kita tak boleh lari dengan sejarah wujudnya wang kertas.

Bagaimana ia bermula?

Kalau kita belajar sejarah waktu sekolah dulu, untuk dapatkan barang keperluan harian, masyarkat ketika itu menggunakan sistem barter.

Iaitu sistem tukar barang.

Sebagai contoh, rumah aku ada beras lebih. Rumah kau ada garam lebih. Jadi, aku nak garam, kau nak beras.

Sistem Barter

Kau setuju, aku setuju. Kita tukar.

Dan begitulah digunakan untuk dapatkan barang-barang keperluan yang lain. 

Iaitu kita tukar barang yang kita nak dengan orang lain nak barang yang kita ada.

Bila dua-dua setuju. Proses barter itu berlaku.

Kekurangan Sistem Barter

Baiklah. Sekarang, sistem barter atau pertukaran barang ada hadnya dan ada banyak kekurangannya. Antaranya ialah :

(1) Susah untuk dibawa

Saya nak dapatkan seekor kambing. Dan dirumah saya cuma ada garam untuk dijadikan sebagai tukaran.

Jadi..bagaimana saya perlu bawa garam berkilo-kilo untuk ditukarkan kepada seekor kambing?

Ini merumitkan proses barter tadi.

Kekurangan Sistem Barter

(2) Tak semua orang mahukan garam

Bila saya ada garam, dan saya mahukan seekor kambing.

Saya perlu mencari orang yang ada kambing lebihan, dan orang tersebut mereka perlukan garam.

Jadi.

Peluang untuk saya dapatkan garam tadi sangat nipis. Mungkin saya perlu mencari 100 orang yang miliki kambing baru jumpa yang mahukan garam dalam masa yang sama.


(3) Tarikh Luput Item Rosak

Barang makanan atau keperluan biasanya ada tarikh luput.

Atau perlu simpankan dalam kondisi yang sesuai untuk ia kekal sebagai barang yang asal

Garam tak boleh kena air. Nanti dah jadi air garam. Jadi, untuk pastikan saya boleh dapatkan kambing, saya perlu simpan garam saya dalam keaadan yang baik.

Ia sangat merumitkan.


Sistem Barter Kepada Emas

Sistem Barter Kepada Emas

Baik. Untuk mengatasi masalah dalam sistem barter, manusia jadikan emas sebagai alat asas untuk tukaran dengan barang keperluan lain.

Emas, barang yang bernilai dimata manusia sejak dari dulu lagi. Hinggakan dalam syurga nanti pun emas merupakan barang yang bernilai.

Oleh itu, bagi mengatasi kekurangan sistem barter tadi. Barulah wujud duit, sebagai medium transaksi.

Duit ketika itu ialah emas.

Sebagai contoh, 1 keping Dinar emas ini nilainya sama dengan seekor kambing. Nilanya kekal sama sejak dari 1400 tahun dulu lagi..

Ketika zaman Nabi lagi.

Walaupun, harga emas dah meningkat berkali ganda. Tapi, dengan sekeping 1 Dinar yang sama. Kita cuma boleh dapat seekor kambing.

Tak lebih dan tak kurang.

Jadi..Nampak tak?

Zaman nabi ni belum lagi wujud sistem matawang kertas. Ketika itu, jual beli menggunakan duit dinar dan dirham.

Dinar itu emas, dirham itu perak. Maksudnya, emas dan perak ialah duit yang sebenar.

Emas wujudnya fizikal.

Perak juga wujudnya fizikal.

Dari Emas Kepada Wang Kertas

Print Duit Kertas

Setelah beratus tahun kerajaan Islam memerintah. Untuk transaksi jual beli masih menggunakan emas dan perak.

Duit yang sebenar.

Maka, bila berkuasanya kerajaan baru seperti US. Untuk mudahkan urusan jual beli, maka wujudnya wang kertas.

Kalau tadi.

Dari sistem barter, kepada emas dan perak.

Tapi, sekarang, perubahan dari emas dan perak, kepada bentuk yang lebih mudah. Iaitu wang kertas.

Namun.

Wang kertas ketika sebelum 1970, ia memang emas. Bukan sekadar wang kertas.

Wang kertas ketika itu ialah ibarat vaucer, yang mewakilkan emas.

Sebab.

Setiap US Dollar yang ingin dicetak, perlu disandarkan kepada emas.

35 USD kepada 1 Oz emas

Setiap 35 USDollar yang ingin dicetak. Perlu ada 1 Oz emas yang mana beratnya 31.1gram.

Jadi.

Wang kertas ketika itu. Ia memang emas. Kita boleh bawa wang kertas pergi bank. Dan tukar kepada emas.

Untuk berbelanja, kita guna wang kertas.

Sehinggalah, pada tahun 1971, US melanggar perjanjian Breton Wood. Yang mana, ia memutuskan hubunngan antara USD dan emas..

Tapi waktu itu, matawang lain masih disandarkan kepada US.

Sampai sekarang!

Maka sebab itulah pakar kewangan mengatakan, inilah penipuan tersebesar dalam sejarah ketamadunan manusia.

Iaiatu penciptaan wang kertas tanpa sandaran.

Apa Tujuan Simpan Emas Sekarang?

Tujuan Simpan Emas, Melindung Kekayaan

Nampak tak apa yang saya kongsikan sebelum ini, tentang bagaimana proses sistem matawang atau sistem duit itu berubah-ubah.

Oleh itu,

Sebelum kita mula terlibat dalam emas, apa sebenarnya fungsi utama emas di waktu sekarang?

Kalau saya, yang paling utama ialah kita nak keluar dari sistem kewangan yang fake itu.

Kita memang tak mampu nak ubah sistem kewangan dunia, tapi at least, bila kita ada emas, kita dah selamat kewangan kewangan diri sendiri dan keluarga.

Nak tak nak. Emas tersebut mestilah adanya fizikal.

Betul?

Kalau beli emas, tapi kita nak keluarkan kepada emas fizikal bukan main susah. Apa tujuanya kita simpan emas?

Cuba jawab soalan ini?

Sedangkan kita sendiri sudah tahu, kalau berlaku bank run, dimana semua orang dekat Malaysia ni keluarkan duit secara serentak pun mungkin ada yang tak dapat duitnya juga.

Bagaimana dengan emas yang kita boleh beli 1gram dapat 10gram? atau nak untung lebih kena pajak online? 

Saya tulis ni sebab ada syarikat emas yang promosikan perkara songsang macam ni.

Bagaimana emas tersebut berfungsi untuk keluar dari penipuan terbesar dalam sejarah manusia tadi?

Fikir-fikirkan lah

Hafiz
Kota Bharu
28 Mac 2023

Artikel Berkaitan

>