sejarah wang kertas

Asal Usul Penggunaan Wang Kertas Sebagai Duit

sejarah wang kertas

Kredit Foto to Youtube

Masa sekolah rendah dulu, mesti korang pernah belajar tentang sisitem barter iaitu sistem pertukaran barang kepada barang.

Sistem barter telah digunakan sejak permulaan peradaban lagi. Aku pun tak pasti sejak bila, mungkin ketika zaman nabi Adam lagi dah mula sistem barter.

Contoh korang ada lebihan kopi, dan jiran korang ada lebihan gula. Bila korang nak kopi atau gula tu, korang tukarlah dengan jiran tu. Ia jadilah situasi menang-menang.

Masalah Sistem Barter

sistem barter

Sistem Barter. Kredit Foto to Amazine.Co

Bila saling bertukar barang, masalah yang timbul ialah mungkin nak cari parter untuk menukar barang tu bukan senang.

Tak semua orang nak ambil gula kita, dan tak semua orang nak bagi kopi dia. Kopi dan gula tu saya hanya bagi contoh.

Selain itu, mungkin nilai pertukaran barang tu tak sama! Timbulah masalah ketidakpuasan bagi kedua-kedua pihak tersebut apabila menggunakan sistem barter.

Emas Sebagai Sistem Matawang Yang Pertama Di Dunia

emas 1 gram Public Gold

Bagi memberi solusi kepada masalah tersebut, orang terdahulu akan menggunakan emas sebagai pertukaran.

Dalam erti kata lain, emas sebagai duit untuk mendapat barang-barang keperluan untuk menggantikan dengan sistem barter.

Ini kerana, semua lapisan manusia menganggap emas satu barang yang bernilai.

Semua orang sukakan emas, dan ia satu barang yang dijadikan panduan sebagai pertukaran nilai untuk semua barang keperluan.

Bermulanya Sistem Matawang Kertas

Sejarah Wang Kertas

Apabila semua masyarakat menggunakan emas sebagai duit. Masalah lain lagi yang timbul, iaitu risiko emas itu dicuri!

Maka, dari situlah bank menawarkan khidmat untuk menyimpan emas yang mereka ada dengan selamat.

Sebagai bukti mereka menyimpan emas dalam bank, bank mengeluarkan Not kertas sebagai 'resit' simpanan emas tadi.

Akhir sekali, orang dah tak lagi simpan emas, bank yang menyimpan emas manakalah orang ramai hanya menyimpan kertas.

Emas Ialah Nilai Kekayaan Yang Sebenar

cara gadai emas public gold

Dari revolusi sistem barter sehingga ia menjadi sistem berbankan. Semuanya bermula daripada menggunakan emas sebagai nilai tukaran yang sebenar.

Namun, sampai disaat ini. Emas tidak lagi menjadi backup kekayaan bank yang sebenar disebabkan oleh kerja-kerja 'tangan halus' yang mahu menakluk dunia pada akhir zaman.

Sebab itulah, pakar kewangan Mac Maloney mengatakan, "duit kertas ialah satu penipuan yang terbesar dunia pada sekarang ini" yang ramai orang tak tahu.

Sistem duit kepada itu bukan hanya tamat dekat situ. Untuk tahu lebih lanjut bagaimana sistem Not simpanan emas tadi kepada matawang kertas, boleh baca di artikel saya yang sebelum ni tentang Sejarah Penipuan Wang Kertas.

Sekian. Semoga Bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
18 Jun 2019
15 Syawal 1440H

Artikel Berkaitan

>