Harga Emas Hari Ini

5 Kesilapan Semak Harga Emas Hari Ini

Bagaimana cara yang betul untuk cek harga emas? Adakah cukup sekadar type di google "Public Gold Price" hari ini atau cek "harga emas hari ini"? dan keluarlah website ini.

Baiklah, sangat ramai yang buat silap bila nak semak harga emas. Ini kebanyakannya bagi yang baru nak berjinak-jinak  dengan simpanan emas

Terutamanya bagi mereka yang masih dalam fasa, nak pilih emas jenama apa yang terbaik sebagai simpanan emas yang pertama.

Jadi. 

Untuk artikel kali ini, saya nak kongsikan, 5 kesilapan menyemak harga emas, yang biasa newbie buat.

1. Semak Harga Emas Dunia

Harga Emas Dunia Hari Ini

Niatnya nak menabung emas 999.9 (24k) atau emas fizikal. Tapi, pergi semak harga emas mentah dunia.

Harga emas mentah dunia ialah harga emas yang belum di prosess menjadi sekeping atau seketul emas.

Ibarat kalau kita nak beli ikan 1kg je. Tapi kita pergi semak harga ikan peniaga ambil dari nelayan.

Walhal, kita nak beli ikan, kita bayar ikut harga yang dijual di pasar, atau dari peniaga ikan kepada kita. Bukan harga dari harga nelayan!

2. Samakan Harga Emas Kertas Dan Fizikal

Harga Emas Maybank

Dekat luar sana, ada beberapa platform akaun emas online tanpa emas fizikal. Salah satunya ialah akaun GIA (Gold Investment Account) dari bank.

Harga emas tersebut memang murah. Sebab ia cuma harga emas kertas. Kita beli emas, kita tak dapat emas fizikal.

Apa yang kita dapat ialah cuma nombor dan kertas.

Harga emas naik sikit, kita jual kita dapat untung dari sudut RM. Harga emas turun? Tidak ada apa-apa yang kita boleh manfaatkannya.

3. Tak Tahu Beza Emas 916 dan 999

Kedai Emas Wajib Hindari

Ada juga yang semak harga di luar kedai emas. Bila jalan-jalan dan ter "lalu" depan kedai emas.

Intai-intai harga kedai emas. 

Ehh? Kenapa murahnya harga emas kat sini berbanding harga emas Public Gold?

Rupa-rupanya, harga emas itu ialah harga emas untuk :

  • Emas 916 bukan 999

  • Tidak termasuk kos upah

Saya pernah kongsikan tentang beza emas 916 dan 999 sebelum ni.

4. Bandingkan Harga Emas Hari Ini Dengan Platform Forex (MetaTrader)

Graf Harga Emas

Selain itu, ada juga yang bandingkan harga emas Malaysia dengan harga emas di MetaTrader 5 (salah satu platform orang forex guna untuk buat analisa harga matawang)

Dia pulak pergi cek harga USD vs AU. Haha.

Dan biasanya kalau international, takda pakai unit "gram" tapi pakai unit "oz". Kita kalau satu "oz" pun tak tahu berapa "gram", tak perlu nak sibuk buka MT5 untuk buat analisa harga emas.

5. Tak Semak Harga Fizikal Sebenar

GAP Autodebit Public Gold

Bila cek harga emas, di mana-mana syarikat sekali pun. Kena tahu apa lagi kos yang perlu dibayar untuk dapatkan seketul emas tersebut.

Bukan sekadar tengok harga. Dan terus buat keputusan inilah emas yang terbaik untuk beli sebab murah.

Antara yang kena cek ialah :

  • Berapa cas untuk dapatkan seketul emas tersebut?

  • Berapa kos postage?

Kalau akaun emas fizikal pulak, kena tanya juga :

  • Berapa cas simpanan emas dalam akaun?

  • Berapa kos untuk keluarkan emas kepada fizikal?

Cara Betul Semak Harga Emas

Public Gold Price

Saya cuma seorang dealer Public Gold, saya boleh kongsikan cara betul semak harga emas Public Gold.

Harga emas Public Gold (belian biasa) ni dikemaskini setiap 20minit, mengikut pergerakan harga emas dunia.

Saya bagi contoh, goldbar 10g :

RM2795 + Gold Premium + Postage RM10, untuk gold premium, rujuk jadual dibawah :

Gold Premium Public Gold

Gold Premium untuk golbar 10gram cuma RM15. Jadi total harga yang perlu dibayar untuk dapatkan sekeping goldbar 10gram ialah RM2815 untuk 1 Jan 2023 pada jam 3pm.

Emas tersebut akan dihantar terus dari kilang, ke rumah kita.

Semoga bermanfaat

Hafiz
Kota Bharu
1 Januari 2023

Artikel Berkaitan

>