Apa beza emas 916 dan emas 999? Emas yang mana satu patut kita beli?
Ramai pembaca blog saya atau subscriber telegram saya yang bertanya tentang emas yang mana patut kita beli?
Emas dinar atau emas goldbar? Apa beza emas 999 dan emas 916?
Untuk artikel kali ini, saya akan terangkan apa perbezaan emas 916 dan 999.
Beza Emas 916 dan Emas 999
Terdapat 5 perbezaan utama antara emas 916 dan 999.
1) Ketulenan Emas
Ketulenan emas diukur dalam unit karat. Emas 999 ketulenannya ialah 24karat, manakala emas 916 ketulenanya ialah 22karat.
Emas 24karat juga dipanggil emas tulen, iaitu 100% emas. Ia bermaksud, semua 24 bahagiannya ialah emas tulen, tanpa ada apa-apa campuran dengan logam luar.
Emas 916 pula, mempunya campuran dengan bahan yang lain seperti silver, zinc, dan alloy.
2) Peratusan Kandungan Emas
Bagi peratusan kandungan emas, emas 916 mempunyai 91.67% kandungan emas, emas 999 pula mempunyai kandungan emas sebanyak 99.9%.
Emas 999 atau 24k ini ialah emas yang mempunyai kandungan emas yang paling tinggi.
Tidak ada emas 25k atau 26k, maksimum hanyalah emas 24k.
3) Spread Emas 999
Dari sudut spread emas,emas 999 mempunyai spread emas sekitar 6%-15%. Ia bergantung kepada syarikat emas tersebut.
Namun, jika emas 999 Public Gold, spreadnya cuma 6% hingga maksimum 9% sahaja.
Bagi emas 916, spreadnya sekitar 20% hingga 30%. Dan juga bergantung kepada syarikat emas tersebut. Setiap syarikat emas, mempunyai kos operasi syarikat yang berlainan
4) Ketahanan Emas
Emas 22K lebih kukuh berbanding 24K.
Sebab itulah, untuk membuat barang kemas seperti gelang dan rantai. Kita menggunakan emas 22K bukan 24k.
24K ini sifatnya lembut. Kalau saya gigit emas 999 seperti ini. Boleh nampak kesan gigi.
Kebiasaanya, 24K ini hanya dijual dalam bentul goldbar atau dinar atau syiling emas.
Dan untuk emas 916, boleh dibuat dalam bentuk syiling atau juga barang kemas
5) Nilai Emas
24K lebih tinggi nilainya berbanding emas 22K. Sama ada untuk jual, atau untuk gadai, emas 999 lebih mahal berbanding emas 916.
Saya pernah kongsikan pengalaman saya gadai emas Public Gold sebelum ini.
Saya sarankan anda baca artikel tentang pengalaman saya gadai emas Public Gold di Pos Ar Rahnu Tawau jika anda inginkan sedikit tips tentang gadaian.
Emas Yang Mana Patut Beli
Berbalik kepada matlamat kita menyimpan emas, iaitu untuk :
1) Pelaburan
2) Simpanan
3) Perhiasan
Jika beli emas untuk perhiasan, sudah tentu beli emas 916 seperti gelang, rantai, subang atau cincin.
Namun jika anda membeli emas untuk pelaburan atau simpanan emas, anda perlu beli 24K
Kenapa ye?
24K lebih rendah spread berbanding emas 916. Boleh juga baca artikel saya tentang panduan lengkap bagi memulakan pelaburan emas 2021 sebentar lagi.
Semakin Rendah Spread, Semakin Bagus
Bagi anda yang ingin membeli emas atas tujuan pelaburan, anda perlu pilih emas yang spreadnya paling rendah.
Jika emas Public Gold, bagi pelabur emas, anda perlu membeli emas minimum 250gram keatas kerana spreadnya cuma 6% sahaja.
Cuba anda bayangkan
Pada hari ini, 29 Mei 2021
Anda beli emas 50g yang berharga RM10,000(bukan harga sebenar).
Anda beli sebelah pagi, dan petang anda terus jual semula. Saya beranggapan harga emas masih sama, iaitu kekal masih RM10,000.
Namun, jika anda jual semula emas yang tadi.
Spread 6%
RM10,000 x 6% = RM600
RM10,000 - RM600 = RM9,400
RM9,400 sahaja yang anda dapat apabila jual balik!
Ini pengiraan jika spread emas 6%. Maksudnya, anda perlu pastikan harga emas meningkat lebih dari 6% barulah anda boleh jual untuk mendapat untung.
Bagaimana jika anda terbeli emas yang spreadnya 15%, 20% atau 30%?
Anda tidak rugi, kerana anda tetap juga memiliki emas, tetapi anda perlu ambil masa yang lebih lama untuk anda memperoleh keuntungan apabila menjual emas.
Beli Emas Untuk Simpanan
Jadi, sebelum beli emas,
Pilih emas yang betul. Pastikan apa matlamat anda membeli emas. Jika beli untuk simpanan, mungkin anda boleh ignore sahaja spread emas.
Anda mungkin boleh menabung emas 999 dengan bajet minimum RM100 je, dengan kaedah akaun emas fizikal GAP.
Sebab anda memang beli emas untuk jangka masa panjang.
Namun, jika anda beli emas untuk pelaburan. Pastikan, anda buat tindakan yang betul.
Anda pernah pernah terbeli emas spread yang tinggi? Sila kongsikan pengalaman anda menyimpan emas.
Semoga bermanfaat.
Artikel Yang Boleh Di Rujuk Mulakan Simpanan Emas Pertama
- Mula menabung emas dengan GAP Public Gold
- Bagaimana guru ini langsaikan hutan RM50k dengan emas?
- Cara beli dinar emas Public Gold (2023)
- Tip simpanan emas melalui jongkong emas