Cara Paling Mudah Untuk Mula Simpan Emas (Online)

public-gold-gap

Setakat pengalaman saya simpan emas sejak dari 2011, simpan emas fizikal melalui akaun emas fizikal Gold Accumulation Program (GAP) adalah cara paling mudah dan boleh dapat emas 1 gram yang paling murah di Malaysia.

Dengan adanya GAP, nak beli emas bukan lagi ibarat semudah beli tiket kapal terbang Air Asia, malah ia jauh lebih mudah dan pantas dari itu. Betul!

Kalau yang sudah ada kod ahli PG, tak sampai 1 minit pun dah boleh emas Public Gold.

Pengenalan Akaun Emas GAP

GAP baru diwujudkan pada tahun 2014, sebelum tu kalau nak beli emas, semuanya dengan cara biasa. Disaat saya menulis artikel ni, saya tak jumpa lagi kaedah lain untuk simpan emas semudah ni.

GAP ialah salah satu kaedah pembelian emas Public Gold melalui akaun emas yang disandarkan oleh 100% emas fizikal.

Public Gold merupakan syarikat emas pertama di Malaysia yang melancarkan program seperti ini bagi memudahkan orang ramai membuat belian emas fizikal dengan modal serendah 1 gram.

Setakat ini, jongkong emas 1gram termurah di Malaysia adalah emas Public Gold dengan pembelian kaedah GAP.

Kadang-kadang, ada yang jugak menganggap dengan GAP ni beli emas tak dapat emas. Kena tunggu beberapa tempoh dulu baru boleh ambil emas. Sebenarnya bukan macam tu, kalau nak beli melalui GAP secara walk in di branch pun boleh.

Bagi cash dan dapat emas, tapi dengan GAP ‘sambil tidur’ pun boleh beli emas, kenapa nak susah-susah habiskan minyak kereta pergi cawangan Public Gold kan?

Nak mudah faham macam mana boleh simpan emas dengan bajet minimum dengan lebih murah dan paling mudah di Malaysia setakat ni. Boleh download Ebook percuma tentang GAP ni di link –> Nota Akaun Emas GAP

Dengan kaedah GAP, kita boleh beli, simpan dan keluarkan emas fizikal dengan jumlah minimum RM100 atau 1gram . Antara keistimewaan GAP Public Gold (PG) adalah:

  1. Modal pembelian sekecil 1gram atau RM100
  2. Simpan emas secara percuma, tanpa had masa dan kuantiti.
  3. Boleh keluarkan emas fizikal dari mana-mana 19 cawangan PG.
  4. Boleh beli dan jual secara online sahaja.
  5. Harga emas 1 gram yang berketulinan 999 paling murah di Malaysia dengan status LBMA.

 

Siapa yang akan paling mendapat manfaat dari GAP?

Apa yang saya nampak, 3 golongan ini sangat bermanfaat beli emas dengan kaedah GAP:

 

Golongan #1- Nak mulakan simpanan emas, tapi dalam bajet yang kecil

Sejak kebelakangan ini, ramai yang dah sedar tentang kelebihan simpan emas berbanding wang fiat. Namun, ada yang masih belum mampu untuk memulakan simpanan emas.

Jadi, dengan kaedah GAP, jika ada bajet serendah RM100 pun dah boleh mula, jadi tiada masalah terutamanya bagi  mahasiswaa untuk memulakan simpanan emas.

 

Golongan #2 – Nak beli emas, tapi risau dengan risiko kena curi kalau simpan sendiri

Risiko pertama yang terlintas dalam fikiran terutama bagi yang baru bermula adalah risiko terhadap kehilangan emas itu sendiri.

Dengan belian emas kaedah GAP, kita boleh simpan di dalam akaun emas tersebut (Public Gold tolong simpankan) tanpa ada had masa dan tanpa had kuanti dan ianya percuma!

 

Golongan #3 – Nak beli emas Public Gold, tetapi tinggal jauh dari cawangan Public Gold

Ini yang sangat bermanfaat bagi situasi macam saya yang bekerja jauh dari office Public Gold. Walaupun kita tinggal di mana-mana sahaja, asalkan ada ‘data internet’, kita boleh konsisten menabung emas setiap bulan, tanpa perlu ke office Public Gold.

Jadi, terutamanya untuk kawan-kawan yang di ‘oversea’, Public Gold sudah menyediakan platform yang terbaik untuk anda mula menabung dengan emas.

 

Cara Membuka Akaun Emas Fizikal GAP

 

Langkah (1)- Buat Pembayaran

 

Harga Emas GAP
Harga Emas Gold Accumulation Program (24K), boleh cek di www.publicgold.com.my

Masukkan (atau online transfer) duit mengikut harga per gram seperti di berikut ke akaun Public Gold Marketing Sdn Bhd, rujuk harga emas semasa dulu di www.publicgold.com.my

Maybank  : 5571 3923 8048 atau Public Bank : 3167 52 0833

Jika harga per gram RM187, masukkan duit cukup-cukup, jangan kurang atau jangan lebih supaya jumlah gram dalam GAP Statement nanti genap 1gram, tiada lagi titik perpuluhan. Contohnya, kalau nak beli 3 gram, masukkan RM561( RM187 x 3).

 

Langkah (2)- Hantar Maklumat

 

Format wassap buka GAP
Contoh format untuk wassap maklumat pembayaran

Hantar (Wassap) maklumat ke nombor telefon +6017-486 6916 (Public Gold bahagian GAP). Maklumat yang diperlukan ialah:

  1. Nama Penuh
  2. No IC atau Passport
  3. Email
  4. No Fon
  5. Maklumat Pembayaran (Jumlah, Tarikh & Masa)
  6. Introducer (PG00054635, Mohamad Hafiz b Shafie), letak nama introducer anda. Jika belum ada introducer, boleh letak  nama saya. Saya juga introducer(dealer) yang aktif sejak tahun 2015.

Boleh ikut ‘format’ seperti gambar di atas dan ‘snap’ sekali bukti pembayaran.

 

Langkah (3)- Login Website

 

Contoh GAP Statement
Cara dapatkan paparan in : Login > My GAP > GAP Statement

 

Public Gold akan emailkan username & password untuk login website dan cek GAP statement dalam masa 2 hari bekerja.

Biasanya, sebagai permulaan, Public Gold mengunakan 12 digit IC sebagai ‘password’. Perkara pertama perlu cek ialah, pastikan gram emas yang dibeli sama seperti ada dalam akaun GAP.

Call atau wassap saya segera jika belum dapat apa-apa maklum balas dari Public Gold selepas 2 hari bekerja, untuk saya follow up balik dengan staff Public Gold.

 

Langkah (4)- Ambil Emas

Gold Premium-GAP
Gold Premium atau Transportantion Cost. Jadual kat atas ni ialah kadar cas premium terbaru untuk eams Public Gold

 

(4.1) Ambil Emas Di Cawangan Public Gold

Kalau nak keluarkan emas tu dari akaun emas fizikal GAP, datang je ke mana-mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia, dengan membawa IC dan wang secukupnya untuk membayar cas gold premium.

Kita hanya perlu bayar cas tersebut seperti jadual di atas untuk mendapatkan item emas yang dipilih.

Cas gold premium dikenakan ikut item ye, bukan ikut per gram. Sebab mungkin ada yang masih belum faham

Untuk lebih mudah, call dulu office Public Gold sebelum datang untuk ambil emas supaya staff Public Gold boleh prepare awal-awal item yang anda mahu.

 

(4.2) Public Gold Boleh Hantar Emas ke Pintu Rumah Mulai Julai 2018

Alhamdulillah, ini improvement terbaru tentang akaun emas GAP Public Gold.

Sekarang ni, kalau tak nak habiskan minyak kereta untuk pergi ambil emas di cawangan Public Gold, kita boleh request untuk Public Gold poskan emas tu ke pintu rumah.

Tapi sekarang ni masih secara manual. Maksudnya, kena request secara manual dengan staff Public Gold dan mereka akan pos dengan berinsurance. Jadi, tak perlu risau emas tu hilang dalam perjalanan.

Tak lama lagi.

InsyaAllah, process untuk Public Gold hantar emas tu ke rumah hanya boleh klik-klik dekat website sahaja.

Kaedah ini saya sangat recomend bagi penyimpan-penyimpan emas yang berada jauh dari branch Public Gold, seperti saya iaitu di Tawau.

Sebarang permasaalahan berkaitan GAP Public Gold, boleh hubungi saya (wassap/call/sms) di +6014 500 5090. InsyaAllah saya boleh bantu setakat apa yang saya tahu.

 

Now Everyone Can Buy Gold

Item emas yang wajib anda beli ikut cara GAP kalau nak murah

Jadi, setakat ini, sesiapa yang masih risau untuk memulakan simpanan  emas, dengan GAP adalah yang terbaik untuk bermula. Segala masalah seperti takut emas hilang dan jauh dari branch PG, dengan kaedah GAP ia dapat diatasi dengan mudah.

Saya tinggal di Tawau Sabah, saya lebih suka beli emas melaui akaun emas GAP kerana setakat ni branch terdekat dari Tawau ialah di Kota Kinabalu.

Jadi, dengan cara GAP, bila saya ke KK, saya boleh ambil emas saya, bila saya ada kerja di KL, saya boleh ambil emas saya, dan bila saya balik kampung pun, saya boleh ambil saya di Kota Bharu. Sangat mudah kan?

Wallahua’lam

 

Hafiz
Tawau, Sabah
25 Sept 2016

[ Artikel ini dikemaskini pada 3 Julai 2018]

Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

17 Comments

  1. Pengeluaran jongkong emas public gold tidak semestinya 1 gram tetapi boleh juga dalam bentuk jenis jongkong emas lain seperti gold bar , gold bar , gold bar atau gold bar 1 berdasarkan jumlah gram emas yang telah di kumpulkan dalam akaun GAP dengan meninggalkan baki 1 gram dalam akaun GAP untuk akaun gap kekal aktif.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *