Dimana tempat terbaik untuk jual emas Public Gold?
Secara umumnya, ini soalan yang sering ditanya oleh bakal penyimpan emas Public Gold, sebelum memulakan simpanan emas.
Ia menunjukkan, kita benar-benar ambil berat, sebelum belanjakan duit kita. Ahamdulillah.
Ada juga yang bertanya :
" Emas Public Gold laku tak di kedai emas? "
" Emas Public Gold laku tak di bank?
" Bank Rakyat terima tak emas Public Gold untuk digadai?
Baiklah, saya akan terangkan satu per satu, dimana tempat terbaik untuk jual emas Public Gold.
(1) Jual Kepada Kenalan atau Pelanggan
Tempat terbaik untuk jual emas bermaksud, tempat yang ambil emas kita dengan harga paling mahal.
Jadi, dalam situasi ini.
Jika kita memilki emas, apa-apa emas, bukan sahaja emas Public Gold, jual je kepada kenalan, atau pelanggan anda yang berminat nak beli emas anda.
Tetapi,
Ia agak sukar nak mencari kenalan yang nak beli emas kita. Kena tanya setiap orang.
Kalau kita tanya 100 orang, belum tentu ada orang nak beli, kecuali kita jual dengan harga yang murah dari harga pasaran.
Bagi seorang dealer Public Gold,
Mereka mungkin sudah ada kominiti emas sendiri. Cara ini mungkin lebih mudah bagi seorang ejen emas yang sudah ada komiti emas sendiri.
(2) Jual Semula Dimana Tempat Yang Kita Beli
Ini bukan emas Public Gold je, emas jenama lain pun sama.
Jika kita beli emas di Kedai Emas Wan, jual balik emas tu di Kedai Emas Wan. (Pastikan simpan resit sebagai bukti).
En Wan akan bayar emasnya dengan harga yang lebih mahal dari kedai lain.
Jika kita beli rantai emas di Kedai Emas Ah Chong, jual balik emas tu di Kedai Emas Ah Chong. Jangan pergi jual dekat Kedai Wan pulak.
Samalah dengan jongkong dan dinar emas.
Jika kita beli Public Gold, jual balik kepada Public Gold. Supaya dapat harga paling mahal berbanding di tempat jual emas yang lain.
Kesilapan biasa ramai penyimpan emas, mereka beli emas di Public Bank, kemudian pergi tanya harga emas nak jual di Kedai Emas Ah Chong.
Sudah pasti Ah Chong ambil emas Public Bank murah.
Lebih Mudah Jual Jongkong atau Dinar
Kebiasaanya, syarikat yang menjual jongkong atau dinar emas, mereka siap-siap tulis harga jual dan beli di website.
Kalau emas Public Gold, kita boleh terus rujuk di www.publicgold.com.my
Dekat situ dah siap-siap tunjukkan harga mereka beli.
Kalau kita nak jual barang kemas, kita kena tanya banyak kedai untuk dapatkan harga terbaik.
Akhir sekali, bila dah dapat harga terbaik, modal masa dan duit minyak kita pun dah guna banyak tanpa sedai.
Begitulah.
Ada kawan-kawan pembaca pernah jual emas jongkong dan emas di bukan tempat beli? Boleh share pengalaman di ruang komen =)