Usah Bergantung Pada Kebolehramalan Masa

Semestinya, kita tidak boleh ramal apa yang kita mampu lakukan pada hari esok.

Menurut Dr Mohd Daud Bakar, kita hanya ada 3 situasi pada hari esok, samaada jadual kita sama dengan harini, atau lebih baik atau menjadi lebih buruk.

Namun, setakat pengalaman saya sendiri, setiap rancangan kerja saya untuk esok, mesti ada sahaja kerja-kerja lain yang datang tanpa diduga pada hari esok.

"Bila Anak Pulang Ke Kampung, Semakin Banyak Kerja Boleh Siapkan"

Ini antara kesilapan saya sendiri.

Masa anak tinggal sama-sama saya, setiap kali kerja, mesti anak nak 'bantu' sekali, dan saya fikir, kalau 'anak tak bantu' kerja saya lebih banyak boleh siap.

Hakikatnya.

Bila anak dan isteri balik kampung, saya rasa produktiviti kerja saya mungkin sama atau lebih teruk!

Buktinya ialah

Masa anak dan isteri ada di Sabah sama-sama saya. Saya mampu menulis minimum 1 artikel 1 hari dengan konsisten. 

Namun, sekarang anak dan isteri sudah pulang ke kampung lebih awal. Saya masih juga hanya mampu menulis 1 artikel satu hari di blog ini.

Waktu Sibuk, Waktu Paling Produktif

Jika masa saya belajar di Universiti dulu, waktu banyak subjek 1 sem itu lebih cemerlang dari waktu ambil sedikit subjek.

Ya benar.

Bila banyak kerja perlu dilakukan, otak saya cukup ligat untuk susun bagus-bagus jadual kerja berbanding waktu lapang.

Waktu sibuk, saya rasa setiap saat cukup berharga buat saya.

Bila dah masuk semester-semestar akhir di universiti, saya rasa banyak masa yang terluang, dan keputusan semester tersebut juga biasa-biasa sahaja.

Sibukkan Diri Sepanjang Masa

Saya dah belajar dari dua pengajaran ini.

Masa sibuk di universiti dan masa sibuk dengan anak di rumah.

Usah jadikan anak sebagai alasan untuk kita tidak produktif dalam kerjaya. Anak itu sebenarnya pemangkin untuk kita terus bekerja kuat sepanjang  masa.

Mentor saya selalu pesan, masa anak-anak masih kecil lah waktu dia nak bersama kita.

Bila anak dah besar. Dia dah tak cari kita, dia lebih suka cari kawan-kawan.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
22 March 2019
15 Rejab 1440H

Artikel Berkaitan

Orang ‘Kampung’ Saya Terlalu Kenyang

Kalau bukan kerana Public Gold, mungkin saya tak akan sampai di negeri kita ini.  Saya anggap Indonesia macam tanah air sendiri. Sebab dulunya kita semua dibawah satu kerajaan, iaitu Kerajaan Melayu Champa. Yang berpusat di Champa, Vietnam sekarang. Saya nak kongsi pengalaman saya setelah sejak beberapa bulan lepas mula berbisnes di Indonesia. Saya tulis ini sebagai catatan

Read More

Tunaikan Impian Isteri Dengan Membina Pasif Income

Waktu merisik, dua tiga bulan sebelum kahwin. Memang wife ada impian untuk capai sesuatu dari sudut kerjaya sebagai graduan akauntan bila dah bekerja. Waktu tu wife sebut saya pun tak faham apa yang beliau nak capai, tapi saya mengiyakan sahaja. Namun, dipendekan cerita, sebulan sebelum tarikh kahwin. Saya dihantar oleh syarikat untuk bertugas ke Sabah.  Tarikh kahwin dah

Read More

Apa Rahsia Untuk Berjaya? Nampak Macam Mudah Je?

Rahsia untuk berjaya? Tak kesah dari bidang apa sekali pun. Tidak ada lain nya kita cuma tiru apa yang orang dah berjaya buat. “Saya dah tiru 100%, tapi kenapa tak berjaya macam dia?” Cuma, kadang-kadang. Kita nampak apa yang mereka buat dari sudut luaran. Setakat apa yang kita tengok dari SocMed dia, dari ucapan dia. Tapi, kita tak faham

Read More

Jangan Bagi Nasihat, Tanpa Diminta. Saya Terkena Tadi!

Pagi tadi, seawal 8.45am. Saya sudah terpacak di Maybank Kota Bharu. Untuk membuka ‘current account’ Maybank, atas nama syarikat saya “Mohamad Hafiz Shafie Enterprise” Syarikat saya ini saya telah daftar sejak dari Oktober 2020. Hampir genap setahun sudah nama syarikat saya ini berada dalam maklumat SSM. Setibanya saya disini, Fuhh. Saya terpaksa berbaris di paling belakang. Hampir sekitar 20

Read More

Nabi Yang Kaya, 5 Bukti Kekayaan Nabi Muhammad

Nabi yang kaya memang ada. Yang kita selalu dengar ialah sudah pasti Nabi Sulaiman AS. Kisah Nabi Sulaiman yang memiliki harta kekayaan yang banyak, sehingga tidak terkira jumlahnya kalau ingin dikira. Namun, kita jarang dengar pula kisah kekayaan Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Yang kita selalu dengar, Nabi Muhammad miskin, sampai ke ikat batu di perut untuk

Read More

Antara Masa, Duit dan Tanggungjawab Untuk Keluarga

Pernah saya bersembang dengan seseorang yang berjawatan agak tinggi dalam sebuah syarikat GLC. Beliau memegang jawatan sebagai pengurus kanan. Pengalaman kerja pun dah hampir 20 tahun. Walaupun pangkat tinggi, gajinya lebih RM20k sebulan, beliau sangat tertekan dengan tugas yang dipikulnya sekarang.“ Susah kerja macam ni, bagus jadi cikgu lagi senang “ keluh beliau, ( isterinya merupakan seorang

Read More