urus masa

Usah Bergantung Pada Kebolehramalan Masa

urus masa

Semestinya, kita tidak boleh ramal apa yang kita mampu lakukan pada hari esok.

Menurut Dr Mohd Daud Bakar, kita hanya ada 3 situasi pada hari esok, samaada jadual kita sama dengan harini, atau lebih baik atau menjadi lebih buruk.

Namun, setakat pengalaman saya sendiri, setiap rancangan kerja saya untuk esok, mesti ada sahaja kerja-kerja lain yang datang tanpa diduga pada hari esok.

"Bila Anak Pulang Ke Kampung, Semakin Banyak Kerja Boleh Siapkan"

Public Safe

Ini antara kesilapan saya sendiri.

Masa anak tinggal sama-sama saya, setiap kali kerja, mesti anak nak 'bantu' sekali, dan saya fikir, kalau 'anak tak bantu' kerja saya lebih banyak boleh siap.

Hakikatnya.

Bila anak dan isteri balik kampung, saya rasa produktiviti kerja saya mungkin sama atau lebih teruk!

Buktinya ialah

Masa anak dan isteri ada di Sabah sama-sama saya. Saya mampu menulis minimum 1 artikel 1 hari dengan konsisten. 

Namun, sekarang anak dan isteri sudah pulang ke kampung lebih awal. Saya masih juga hanya mampu menulis 1 artikel satu hari di blog ini.

Waktu Sibuk, Waktu Paling Produktif

kuat berusaha

Jika masa saya belajar di Universiti dulu, waktu banyak subjek 1 sem itu lebih cemerlang dari waktu ambil sedikit subjek.

Ya benar.

Bila banyak kerja perlu dilakukan, otak saya cukup ligat untuk susun bagus-bagus jadual kerja berbanding waktu lapang.

Waktu sibuk, saya rasa setiap saat cukup berharga buat saya.

Bila dah masuk semester-semestar akhir di universiti, saya rasa banyak masa yang terluang, dan keputusan semester tersebut juga biasa-biasa sahaja.

Sibukkan Diri Sepanjang Masa

Saya dah belajar dari dua pengajaran ini.

Masa sibuk di universiti dan masa sibuk dengan anak di rumah.

Usah jadikan anak sebagai alasan untuk kita tidak produktif dalam kerjaya. Anak itu sebenarnya pemangkin untuk kita terus bekerja kuat sepanjang  masa.

Mentor saya selalu pesan, masa anak-anak masih kecil lah waktu dia nak bersama kita.

Bila anak dah besar. Dia dah tak cari kita, dia lebih suka cari kawan-kawan.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
22 March 2019
15 Rejab 1440H

Artikel Berkaitan

>