Beza Pendapatan Aktif dan Pasif Yang Ramai Orang Tak Ambil Tahu

Pendapatan Pasif dan aktif

Apa beza pendapatan aktif dengan pendapatan pasif?

Aku rasa, ramai yang tak tahu dan malas pun ambil tahu.

Yang penting, hujung bulan dapat gaji, belanja sampai habis. Dah selesai.

Lepas tu.

Tunggu lagi gaji bulan seterusnya. HEHE

Jadi, apa maksud pendapatan aktif dan pasif?

Secara ringkasnya.

Pendapatan aktif ialah pendapatan yang kita perlu jual masa, untuk dapatkan duit.

Manakala.

Pendapatan pasif pula, pendapatan yang disebabkan oleh orang bekerja untuk kita (owner syarikat) ataupun duit yang bekerja untuk kita (pelaburan seperti ASB & TH).

Apa sumber pendapatan aktif dan pasif?

Pendapatan pasif secara asasnya diperoleh dari bisnes yang bersistem atau pelaburan. 

Bisnes bersistem ialah bisnes yang boleh berjalan sendiri walau kita tidur lebih dari 6bulan sekalipun.

Manakala.

Pendapatan aktif pula, pendapatan yang diperoleh disebabkan kita bekerja makan gaji dengan syarikat atau kerajaan.

Maksudnya, kalau korang tak kerja. Tak dapat duit.

Kerja sendiri (bisnes kecilan) juga dikira sumber pendapatan aktif.

Masih tak faham lah. Boleh bagi contoh pendapatan aktif?

Contoh mudah pendapatan aktif.

Ada sebuah kedai runcit di kampung kita. Namanya kedai Pak Mat.

Nak cari mana Pak Mat?

Tengok yang dekat kaunter, itulah Pak Mat. Kalau ada perempuan jaga kaunter. Itulah bini Pak Mat.

Kalau perempuan muda yang jaga kaunter pulak?

Itu mungkin bini muda Pak Mat. HAHA

Kalau Pak Mat cuti beraya. Bisnes Pak Mat pun cuti. Pak Mat tiada pendapatan waktu beliau cuti.

Secara asasnya.

Bisnes atau pekerjaan yang kita perlu korbankan masa untuk dapatkan duit dikatergorikan sebagai pekerjaan berpendapatan aktif.

Contoh pendapatan pasif?

Kita tengok kedai runcit 7-eleven.

Sama-sama kedai runcit dengan kedai runcit Pak Mat.

Cuma, kita tak tahu siapa tuan punya 7-eleven tu kan?

Tuan punya kedai tu memperoleh pendapatan pasif dari satu bisnes bersistem.

Tuan punya kedai tak perlu jaga kaunter 7E untuk dapatkan pendapatan.

Budak lepasan SPM je boleh jaga kedai 7-eleven dah bisnes kedai runcit 7-eleven berjalan seperti biasa.

Apa kelebihan pendapatan pasif berbanding pendapatan aktif?

Fuhh.

Banyak sangat bezanya. Nilai pasif income RM200 lebih tinggi nilainya dari aktif income RM2,000.

Income pasif juga ialah income yang kekal selama-lamanya. Kalau terjadi apa-apa dekat kita, income tu boleh diwariskan.

Tak sama macam income aktif.

Andaikata kau seorang jurutera yang bergaji RM30k disebuah syarikat oil and gas luar negara.

Bila kau sakit atau mati. Nauzubillah.

Bini dan anak kau tak boleh ganti jawatan ko sebagai jurutera.

Income kau dari RM30k bulan ni. Bulan depan terus jadi RM0.

Belanjalah dibawah kemampuan, kalau selagi hanya bergantung kepada income aktif!

Ini je nasihat aku dekat korang.

Selagi belum ada income pasif. Belajarlah ikat perut dulu, sementara cari ilmu untuk dapatkan income pasif.

Itu je aku nak share harini berkaitan dua jenis income yang mungkin ramai tak pernah tahu.

InsyaAllah nanti aku akan sambung lagi, apa peluang yang korang boleh buat, untuk dapatkan income pasif.

Semoga bermanfaat.

Wallhuallam

Hafiz
Tawau, Sabah
21 Januari 2019
15 Jamadil Awal 1440H

Kredit Foto Treasury Vault
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *