Apa Beza Simpanan Emas dan Pelaburan Emas?

melabur dan menyimpan emas

Apa beza diantara simpanan emas dan pelaburan emas?

Posting kali ni saya up balik dari Posting Facebook En Syukor Hashim, cuma saya tambah balik garam dan gula, berdasarkan pengalaman saya sendiri yang telah berkecimpung dalam dunia emas sejak dari tahun 2011.

Terma simpanan dan pelaburan emas, nampak mengelirukan orang ramai.

Nampak sama tapi tak serupa.

Ada orang cakap “saya nak simpan emas”
Ada orang cakap “saya nak melabur emas”

Baik, saya nak bagi penerangan supaya anda akan gunakan terma yang tepat.

Penerangan Tentang Simpanan Emas

Simpanan emas bermaksud anda mahu menukar duit anda menjadi emas.

Objektif penyimpan emas adalah membanyakkan gram emas. Makin banyak gram emas, makin dia suka.

Simpanan emas sesuai untuk anda yang sukar untuk menyimpan duit.


Jika duit tak tukar kepada emas, maka risiko untuk anda terboros berbelanja, dan terperabis duit sangat tinggi.

Contohnya, tengok aja tahun lepas.

Berapa banyak duit anda berjaya simpan.. ehem.. ehem... kalau tak simpan banyak, aha. Maksudnya ada masalah duit bocor lah tu Jadi, duit anda perlu alih cepat-cepat jadi emas.

Penyimpan emas mempunyai time frame yang panjang melebihi tiga tahun dan keatas.

Penyimpan emas cuma aktif membeli emas dan sangat tidak aktif menjual. “Jual buat ape? Nanti kalau jadi duit, abisss lah...; bisik hati penyimpan emas tegar”

Penerangan Tentang Pelaburan Emas

Pelabur emas pula adalah orang yang membeli emas dengan matlamat utamanya mendapat keuntungan (kenaikan harga emas).

Dalam bahasa mudah, pelabur emas mau ambil keuntungan dari segi RM, bukan fokus kepada pertambahan gram.

Dia aktif membandingkan kenaikan harga emas dengan % keuntungan jika letak duit kat instrumen pelaburan yang lain (contohnya ASB, Tabung Haji, unit amanah, saham, property dan lain-lain).

Strategi Pelabur Emas Berbeza Dengan Penyimpan Emas!

Pelabur emas kena beli secara konsisten dan tambah pelaburan bila ada harga emas turun (antara RM5/gram).

Pelabur emas aktif dengan aktiviti beli-jual.

Pelabur emas seeloknya tahu analisis teknikal harga emas (terutamanya support, resistance, trend dan momentum).


Baru boleh menjadi pelabur emas yang bijak.

Kalau empat perkara diatas pun anda tak tahu, maka anda kena pergi belajar. Baru cerah masa depan anda sebagai pelabur emas.

Kalau trend emas jatuh, pelabur emas akan exit gold dan pergi lepak kat investment lain. “No heart feeling. It is just money” kata seorang pelabur emas.

3 Perbezaan Utama Pelabur dan Penyimpan Emas

Secara ringkasnya. 

Ini perbezaan utama antara pelabur dan penyimpan emas.

#1 Pelabur emas fokus kepada pertambahan RM, penyimpan emas fokus kepada pertambahan 'gram'.

#2 Pelabur emas beli emas minimum 100gram supaya nilai spread lebih rendah untuk mendapat keuntugan dalam masa singkat.


Penyimpan emas pula boleh bermula dengan apa-apa bajet sekalipun walau hanya RM100, yang penting konsisten setiap bulan.

#3 Pelabur emas melakukan process jual beli emas banyak kali dalam masa setahun, manakala penyimpan emas beli sahaja, jual hanya apabila mencapat matlamat simpanan emas.

Antara Menyimpan dan Melabur? Mana Lebih Untung?

Dua-dua pun buat untung!

Cuma, setakat pengalaman saya, penyimpan emas lebih kaya berbanding pelabur emas!

Penyimpan emas bukan menjadi lebih kaya disebabkan kenaikan harga emas, tetapi disebabkan tabiat seronoknya menyimpan emas walau hanya sikit-sikit lama-lama menjadi bukit simpannya emasnya.

Kena getah menyimpan emas ni, anda akan rasa seronok untuk menyimpan emas lagi dan lagi, tanpa sedar, kekayaan anda bertambah!

Cuma yang pasti tidak untung ialah orang yang melabur emas pun tidak, menyimpan emas pun tidak dan menyimpan emas pun jauh sama sekali.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
15 Februari 2019
11 Jamadil Akhir 1440H

Kredit Foto : Dreamstime
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *