
Apa yang korang buat bila terima gaji?
Keluarkan saja terus dari bank sebanyak mana yang mahu, lepas tu jolee katak? HAHA
Kalau aku masa baru kerja dulu, aku keluarkan sikit-sikit je dulu, kalau keluarkan terus banyak, takut cepat habis pulak. (",)
Hari ini, aku nak share 3 pekara yang aku buat sebelum sentuh duit gaji, supaya aku dan bini masih steady walau ketika bulan tua (baca: hujung bulan).
(1) Muhasabah kewangan dengan menge'cek' berapa baki duit gaji yang bulan lepas.
Ini perkara pertama yang aku buat sebelum sentuh duit gaji.
Tujuannya.
Aku nak pastikan, gaji bulan lepas masih ada baki walaupun seringgit!
Kalau aku cek baki, ada lebih RM100. Boleh senyum lebar lah.
Kalau baki RM10 tu aku masih steady. Sebab sudah ada gaji baru.
Tapi, kalau baki RM10 je tapi yang bahagian kad kredit tu ada banyak (maksudnya ada hutang), maksudnya tahap kewangan aku dalam keadaan parah.
Aku perlu buat muhasabah diri dan taubat nasuha cepat-cepat dengan "dosa-dosa kewangan" yang telah aku buat bulan lepas. HUHU
(2) Rancang penggunaan duit untuk bulan baru.
Selepas sudah muhasabah duit gaji bulan emas.
Perkara kedua yang aku dan korang perlu buat ialah rancang apa yang nak belanja bulan ini.
Rancang tak boleh seorang diri, aku kena libatkan bini sekali sebagai seorang akauntan family untuk bincang apa keperluan bulan ni.
Orang laki tak peka dengan keperluan dapur atau rumah.
Orang perempuan pula tak peka dengan keperluan kereta.
Kalau aku, aku terus buat list apa yang aku perlu belanja secara bulanan dan juga tahunan.
Antara contoh belanja bulanan aku :
- 1Groceries
- 2Petrol
- 3Duit Parent
- 4Makanan kucing
- 5Duit belanja bini
- 6Duit belanja aku
Antara contoh belanja tahunan aku, tapi dah siap-siap bahagi kepada 12 bulan :
- 1Maintenance Kereta
- 2Roadtax kereta
- 3Duit belanja raya
- 4Duit melancong
Segala perbelanjaan, bergantung kepada masing-masing punya tahap kewangan.
Apa yang penting, rancang belanja ikut kemampuan gaji kita.
(3) Asingkan duit. Ikut apa yang dirancang

Masalah aku sebelum ni,
Planning kemain cantik, last-last ke laut jugak. Sebab duit semua letak satu tempat.
Ini cara paling mudah untuk urus duit gaji.
Semua bajet-bajet yang dirancang sama-sama tadi, terus masukkan dalam sampul.
Kalau yang bajet bulanan.
Senang nak monitor dari minggu pertama hingga minggu ke 4 sebelum masuk duit gaji baru.
Kalau baru masuk minggu ke 3, tapi duit dalam sampul sudah berkurang.
Pandai-pandailah kan berjimat cermat, sambil menanti duit gaji yang baru.
Mungkin 3 perkara nampak simple, tapi aku rasa, 3 benda sangat memberi kesan yang besar terhadap aku dalam mengurus duit gaji.
Semoga bermanfaat.
Wallahhuallam.